Backpacking Trip: Kuching - Miri - Brunei (Day 5)
8:48 pm
Bersambung dari entry Day 4 di Miri, hari ke lima di Borneo, saya ke Brunei pulak! Sebenarnya niat hati untuk ke Brunei by bus. since dah tanya Linda budak Australia dorm-mate saya di Miri tu experience dia. masa tanya pasal bus kat hentian bus Pujut apa semua, tetibe Nurmi cakap "eh tak payah la kita hantar kan je awak pergi Brunei". fuhhhhhh! maka pagi tu lepas breakfast di hostel, terus la kami menuju ke Brunei by Nurmi's Car. Saya bayar minyak dia full tank around RM 50.00. kalau naik bas pun dah RM 60.00 something so lebih kurang je la. Masa ni jugak subscribe data roaming RM 38.00 untuk memudahkan saya berhubung dengan semua orang yang dah janji untuk meetup di Brunei. haha!
Tapi pagi tu buat sesi membalut lengan dulu. betul cakap Nurmi, semalam memang takde apa. pagi tu membiru terus lengan. teruk gila la condition lengan masa tu. haha!
Dari Sungai Tujuh, Miri (sempadan Miri-Brunei) ke Kuala Belait, Brunei around 12KM je tak lah jauh mana pun. sekejap je dah masuk negara Brunei. Tapi destinasi pertama saya ialah Tutong! So Nurmi drop saya kat Tutong je instead of Bandar Seri Begawan sebab kawan saya, Hafizah dari UM dah menanti di Tutong and nak bawak jenjalan dalam Brunei.
Hafizah datang dengan makcik dia which we call as Malau. First destination, Malau and Hafizah bawak saya masuk Empire untuk ke Jerudong Beach! amboi #travellingberuang ni kemana-mana pun mesti jumpa Pantai. Tengah hari buta panas terik tu kami pi lepak Pantai. haha! cantik gila Empire ni. dah lah laut sini pun cantik.
Orang cakap datang Brunei kena rasa Ambuyat! fuhhhhh nasib baik Malau and Hafizah bawak datang Restoran Aminah Arif di Jerudong ni, Diorang order banyak gila lah lauk. semua sedap-sedap! And diorang siap orderkan noodles for me takut tak reti makan Ambuyat. sebab untuk first timer ada yang tak pandai makan memang tak pandai la jadinya nanti. And guess what? first time makan Ambuyat dah pandai! haha. Thanks Malau and Hafizah tolong ajarkan makan Ambuyat and belanja lunch.
Lepas makan tu Malau and Hafizah tak tahu nak bawak ke mana. kami singgah di Pasaraya terdekat dulu. gila rambang mata tengok cokelat murah! Saya beli biskut and few cheese stick untuk bekalan dalam bag kalau lapar, Total BND 5.90. Tetibe Hafizah and Malau bagi souvenier makanan. Kerepek Kentang dan Kerupuk Popia Manis. Yeahhhh I love foods!
Lepas tu, kami ke Taman Rekreasi Tasek Lama di Bandar Seri Begawan, Brunei. Taman ni dibuka setiap hari dan kami datang sini untuk walk je la. Malau ingat nak bawak saya ke Ulu Temburong tapi macam tak sempat je and jauh kan so, ke Tasek Lama je la. Taman Rekreasi ni macam tempat orang jogging apa semua. tenang dan redup sebab tu tengah hari macam ni pun ada orang pergi jogging. haha! yang best dalam ni ada waterfall. sejukkkk~ sebelum keluar dari Tasek Lama tu jumpa orang jual air kelapa. Aing Piasau Nyamannn~ memang sedap la dapat Aing Piasau fresh yang sejuk tengah cuaca panas macam tu, sebijik BND 1.50. Malau belanja. kahkah!
Around 3 petang macam tu Malau dan Hafizah hantar saya ke jeti Kg. Ayer. Hah ni part kelakar sikit. actually kat Brunei ni saya nak stay kat Pusat Belia Brunei which is one room only cost me around BND 10.00 , tapi malangnya Pusat Belia tu tutupand I dont know why dia tutup. so gelabah la masa kat Miri tu, alamak! mana nak stay ni. nak stay kat rumah Hafizah pun tak boleh sebab dia ramai adik lelaki. sehari sebelum ke Brunei, Nurmi bagi number few people yang dia kenal kat Brunei dan mula-mula dah fikir nak stay hotel budget BND 45.00 per night (ni paling murah la dapat masa tu) lepas tu Mrs Lee dari Dillenia Guest House pun ada promote homestay Kg Ayer cost around BND 40.00 jugak. Or maybe stay homestay ketua kampung around BND 35.00. masa tu memang nekad nak stay Kg Ayer je. tapi macam mana transport ke airport nanti? Nurmi kenalkan dengan Hj Sufri, dia bawak boat kat Kg Ayer ni untuk tour Kg Ayer and also provide service airport tranfer dari Bandar ke Airport. Tengah whatsapp Hj Sufri ni tetibe dia cakap, "stay je la rumah saya. anak perempuan pun ramai kat rumah". Fuh bagaikan rezeki jatuh dari langit and since Nurmi cakap dia pun pernah datang rumah Hj Sufri rasa macam lega la selamat dah,
Sampai kat jeti tu, Hj Sufri lah pickup dengan boat. katanya, dia hantar saya ke rumahnya di Kg Ayer dulu untuk berehat. dia ada tourist nak kena bawak jalan-jalan. masa tu anak nya, Adik Nadhirah dah menunggu di rumah. lepas dah lepak minum dan berehat, petang tu Hj Sufri bawak saya dan anaknya jalan-jalan keliling Kg Ayer ni. besar gila la kampung ni!
Kata Hj Sufri, Kg Ayer Brunei ni ada around 40,000 penduduk. Around 10% penduduk negara Brunei duduk di Kg Ayer ni. Dan untuk meningkatkan standard of living penduduk Kg Ayer, Sultan Hasanal Bolkiah dalam usaha buat projek membina rumah modern dua tingkat atas air, yang rumah ni akan diberi kepada penduduk yang memerlukan rumah baru tapi taknak stay atas darat. wow sangat! By the way, Kg Ayer ni kamung atas air terbesar di dunia tau! Bayangkan lah ada 42 kampung atas ni dengan 40,000 penduduk dan complete dengan beberap buah jenis sekolah, hospital, balai bomba, balai polis dan segalanya atas air. amazing huh?
Mengelilingi Kg Ayer ketika waktu senja memang awesome la view. cantik sangat! Dr Kg Ayer ni boleh nampak Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang dimana kubahnya tu dibuat daripada pure gold!! dan dari masjid ni juga ada jambatan menghubung kan Kg Ayer. Lepas tu Hj Sufri bawak saya jauhhhhhh sangat rupanya ke Jong Batu. Jong Batu ni macam sebongkah batu seketul di tengah Sungai Brunei ni. Mitos dan lagenda kisah Nakhoda Manis yang menderhaka kepada ibunya. macam kisah Si Tanggang la kalau kat tempat kita.
Masa kat rumah Hj Sufri di Kg Ayer tu macam pelik la jugak. mana semua orang takkan Nadhirah je ada. Rupanya dia ada rumah lain kat darat! Rumah bantuan yang kerajaan Brunei offer untuk penduduk Brunei. Wow sangat tengok rumah diorang. dah lah around BND 70,00 ke atas je . Sampai je kat rumah Hj Sufri di Meragang Housing, Muara... terus disambut meriah . fuhhhhh ada 5 anak perempuan, mak mertua, isteri, cucu perempuan. memang ramai lah anak beranak Hj Sufri ni. sampai dah petang so semua tengah busy memasak di dapur maka seorang Neyra pun sinsing lengan baju, terus memotong apa yang patut, haha! Malam tu makan ramai-ramai .
So malam tu Hj Sufri kata nak bawak jalan-jalan ke Expo di Indoor Stadium. Expo macam jual buku, baju, seluar, and barang-barang lain la. Yang kelakarnya most of the stuff diorang jual dari Malaysia. Ada Mumu Scarves, Dubook Press, dan lain-lain. so saya tak beli apa-apa pun la. mahal kot. haha!
malam tu jugak around 9 malam pergi ke Pasar Malam Gadong. salah seorang anak Hj Sufri, namanya Siti Nurhariza atau kami panggil Datin meniaga Takoyaki di Pasar Malam Gadong ni. Si Nadhirah belanja minum air jugak malam tu BND 1.00 sementara kami menunggu Atin siap mengemas. besar pasar malam ni banyak local foods boleh korang dapat kat sini.
Malam tu balik terus rasa nak pengsan dah kepenatan. tumpang bilik Atin dan Nadhirah, selesa sangat tidur di rumah Hj Sufri dengan aircond siap! Syukur, sepanjang Borneo Trip ni jumpa orang yang baik-baik semuanya.
Total kemusnahan setakat ini:
Belanja perjalanan ke Brunei: RM 50.00Shopping makanan: BND 5.90 (around RM 18.00)Roaming: RM 38.00
Total semuanya: RM 240.00 + RM 76.90 + RM 120.20 + RM 126.00 + RM 68.00
= RM 669.10
0 comments
drop your comment here!