Backpacking Trip: Kuching - Miri - Brunei (Day 3)

8:32 pm


So, bersambung entry jelajah Borneo ni. After Kuching, saya fly ke Miri pulak hari ketiga di Sarawak. Dari hostel boleh request nak taxi and naik sekali dengan tourist lain nak ke airport (kalau ada) tapi last minute, Muhammad cakap nak hantarkan. Jam 6 pagi kami ke airport tu! Sambil breakfast McD RM 10.00, dalam kepala masih pening mamai pagi ni tak tahu apa lah nak buat kat Miri. Tak sempat plan apa lagi tapi ada jugak scroll facebook malam semalam search keyword Niah. jumpa la contact number tour guide Nurmi dari Laman Langat Miri Travel. Plan nak ambil pakej hostel sediakan tapi mahal gila! haha.



Alhamdulillah sampai Miri, dan nasib baik hostel yang saya booking tu ada sediakan pickup dari airport ke hostel RM 20.00. kalau naik taxi kat airport RM 30.00. Flight saya awal 20 minit dari schedule entah kenapa sampai awal. Kelam kabut driver tengok saya dah menunggu. dari Airport ke hostel around 30 minutes jugak la. 

 

So, ini Dillenia Guest House yang saya book di Hostel World dua tiga hari sebelum ni. Terima kasih untuk kawan-kawan yang di Miri tolong surveykan jalan. Kat sini saya bayar RM 60.00 untuk dua malam di 6-bed female dorm. RM 60.00 untuk dua malam tu including free breakfast okayh! dah la selesa, bersih, dan boleh checkin awal! hehe. hostel ni jugak dekat dengan Permaisuri Imperial City Mall, cross the road je. lepas tu sumpah sebab tak plan apa-apa so saya tidur je seharian. sebab plan Niah untuk esok hari. maka hari ketiga ni macam rest je la.

Dillenia Guest House
Lot 846, 1st Floor, Jalan Sida,
Miri,Malaysia.
Tel: +085-434204 



Petang tu bangun je macam lapar lepas tu pergi kedai makan melayu depan hostel. Makan Laksa Sarawak dan Teh C Peng Special ni pun dah RM 16.00 maka marilah kita berhuhuhu sebentar haha! Dah lapar sangat and blur tak tahu nak pergi mana dan makan mana so hentam je. petang tu ke Permaisuri Imperial City Mall kejap and shopping few stuff untuk masuk Gua Niah esoknya, Torchlight pun baru kelam kabut nak beli sebab tak plan punya pasal! Habis RM 12.00 untuk torchlight, mineral waters and few cookies and chocs nak bawak bekal dalam bag esok.


Malam tu balik memang fikir nak tidur je sampai esok pagi. Tetibe ehhhhh ada roomate la! Nama dia Linda Ma, dari Australia. Solo female backpacker juga tapi baru first time travel sorang-sorang. Dia baru sampai dari Brunei, and esoknya nak ke Mulu. dalam bilik potpet berborak tanya itu ini. Siap tanya tips travel ASEAN sebab dia baru nak start. tapi saya tengok dia ni memang kalut aih. travel nak kena ada towel, siap abwak handbag bagai tatau dia ni nak backpacking sorang kat Mulu tu macam mana entah haha! 

Malam tu Nurmi dari Laman Langat my tour guide for Niah tu tetibe whatsapp ajak keluar jalan-jalan. wahhh ajak la Linda sekali!




Malam tu Nurmi dan kawan dia, Syikin bawak kitorang jalan-jalan bandar Miri. Kami ke Canada Hill and also the Grand Old Lady. Canada Hill ni nama lainnya ialah Bukit Telaga Minyak, dan the Grand Old Lady tu pulak popular as first oil drilled in Miri. Dalam tahun 1910 macam tu, Shell drill minyak kat sini lah first dulu. fuh. macam buat educational field trip pulak malam-malam. Ada petroleum museum jugak tapi tutup la malam. Atas Canada Hill ni jugak boleh view Miri City yang sangat cantik! ala-ala Bukit Ampang la kalau kat KL tu haha!


Lepas tu kami ke Miri City Fan pulak! Konsep ni macam garden in the city la. Dalam Miri City Fan ni ada Botanical Garden, Herbal Garden, Islamic Garden, Miri City Library, Public Swimming Pool, Amphitheatre, dan macam-macam lagi. malam tu ada jugak ramai main skateboard, roller blade semua. Terletak di tengah bandar Miri, dan Miri City Fan Park ni pernah awarded as Malaysia's best landscaping city park in 2001. Tahu kenapa Fan? kenapa kipas? sebab garden ni bentuk macam kipas dari atas. kalau ada drone kan best!



Malam tu dinner di Casa de Aladdin, dari luar tak teruja sangat, bila masuk macam wahhhhhh gilaaaaa ah deco kedai ni. actually rumah. cuma rumah ni dibuat kedai makan. so its really feels like home! cuma bertemakan arabic aladdin. we choos to eat kat bahagian duduk bersila di bahagian tertutup sikit. fuh romantik kalau pakwe bawak datang sini. kahkah!

Linda nak try local food malangnya Laksa Sarawak dah habis so dia makan lah Nasi Lelapan tu. saya pulak order Aladdin Wantan Hor, RM 8.90 dan Aladdin Herbal Drink, RM 5.30. Servis tokey kedai pun bagus, makanan sedap, delightful ambiance and everything is awesome!

Casa de Aladdin
407 Jln Taman Edar, 
Piasau Garden, 
Miri, Malaysia.
Facebook: Casa de Aladdin
Tel: +012-8830407


Dan dessert malam tu ialah Aiskrim Gula Apong yang berharga RM 2.50 tapi Nurmi dan Syikin belanja. teruja betul si Linda rasa Aiskrim Gula Apong for the first time. Memang sedap lah sampai menjilat sudu. dah lah letak 4 jenis topping! so malam tu kami balik awal, rest dan prepare mental dan fizikal untuk saya ke Gua Niah dan Linda ke Gua Mulu.

Sambung entry Day 4 di Gua Niah!




Total kemusnahan setakat ini:
Hostel: RM 60.00
Taxi: RM 20.00
Makan Minum & Shopping: RM 60.20


Total semuanya: RM 240.00 + RM 76.90 + RM 120.20= RM 437.10


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook