Backpacking Trip: Kuching - Miri - Brunei (Day 4)

12:45 am


Finally its the day that I was waiting for! GUA NIAH. dari zaman sekolah, dah lama teringin nak ke Gua Niah dan Gua Mulu. tapi sebab Mulu tu macam jauh sikit dan costly nak handle hal logistik semua sorang-sorang, kita pendamkan dulu hasrat hati dan cross Gua Niah from bucketlist dulu. Saya ke sini dengan Nurmi dan rakan-rakan. nasib baik jumpa Tour Guide awesome with awesome package dari Laman Langat Travel Miri Travel ni. Kalau tak memang sumpah niat nak redah sorang-sorang je haha!

Saya ambil pakej dengan Nurmi ke Gua Niah Day Trip ni, RM 120.00 seorang termasuk segala kos transport, guide, makan minum, entrance fees, boat dan segalanya lah. murah kan? kan? lagi bagus sebab perempuan dan muslim tour guide kita. tak lah cuak nak masuk Gua Niah dengan lelaki entah siapa-siapa entah. haha! dan selepas breakfast pagi tu terus kami menuju ke Taman Negara Niah.



Yeay sampai Gua Niah! mana boleh tinggal #travellingberuang tu memang usung merata dah sekarang travel kemana-mana. Taman Negara Niah ni Taman Negara kedua di Sarawak yang saya dah redah, first time dulu kat Taman Negara Bako, Kuching. fuh, memang lah taman negara kat Pahang pun tak pernah lagi masuk, taman negara tempat lain pulak rajin nak teroka. Terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Miri atau satu jam tiga puluh minit perjalanan, Taman Negara Niah ni sebenarnya taman negara terkecil di Sarawak. hah korang tahu tak fakta tu? saya pun baru tahu. haha!





So, segala urusan tiket masuk ke sini, Nurmi yang uruskan. tiket masuk ke Taman Negara Niah ialah RM 10.00 okayh? Lepas dah beli tiekt pergi la tandas dulu ke apa kang nak weee wee poo poo kat mana dalam hutan tu hoi! haha~ ingat, nak masuk hutan ni mulut pun kena jaga. jangan celupar pulak mulut cakap nak jumpa itu ini ke. attire yang betul untuk caving also important. jalan slippery wet apa semua kasut jangan pakai heels pulak masuk gua. bawak mineral water dan torchlight jugak. kalau takde torchlight, boleh sewa RM 5.00 okayh kat entrance tu. so kami pun menuju ke sungai untuk cross the river ke kawasan sebelah sana.


Dan yeah, kami berempat dah ready nak masuk Gua Niah! Naik boat ni alamak lupa RM 1.00 je rasanya one way. dekat je pun tapi takkan nak berenang ye dak? dah sampai ke seberang tu maka bermula lah ekspedisi kami ke Gua Niah. so apa menarik Gua Niah ni? 

 Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia dan gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini. Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.


dah karang saya bebel subjek Sejarah dalam blog ni korang bosan pulak.



Keindahan ciptaan Tuhan yang pertama akan korang jumpa is Trader's Cave, which is really an extended rock overhang rather than a cave proper. Kat sini lah banyak bird nest dan guano traders conduct business dulu kala katanya. Masa ni tengok betapa besarnya kawasan ni pun dah macam wowwwww...... apa lagi next cave yang menanti?


Lepas tu korang akan jumpa kawasan arkeologi Tom Harrison dan isterinya, Barbara Harrison. diorang ni takde asas arkeologi tapi berminat dengan bidang arkeologi. masa diorang tengah cari gali dan bongkar membongkar, diorang terjumpa satu tengkorak manusia yang berusia 40,000 tahun! Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homosapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo dan bukti kehadiran manusia Zaman Paleolitik. lepas tu diorang jugak terjumpa bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene dan tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu. Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaleotik. Fuh rasa macam kembali ke zaman sekolah tak? Masa dalam gua ni penat jugak lah saya recall balik zaman macam-macam ikut turutan. haha!






Tadaaaaaaa~~ ini lah dia Mulut Besar atau West Mouth of the Niah Great Cave! Masa ni mesti korang macam terpegun, tergamam, terkedu tengok betapa besar nya mulut gua ni. and it deserves its name! 60 meter tinggi dan 250 meter lebar, its one of the world's most spectacular cave entrance. dan ini lah permulaan segalanya. entrance untuk ke gua-gua yang lain. 






Dan selepas Great Cave, korang akan melalui a large chamber known as Padang, where shafts of sunlight stream down from large holes in the cave roof to illuminate the bizarre rock formation in Burnt Cave or what you call as Lubang Hangus. Beberapa hari sebelum ke sini semoat menonton filem Point Break lepas tu terfikir pasal lubang gua macam ni lah dalam filem tu. dia terjun dari luar ke dalam lubang mcm ni. fuh macam dalam movie. by the way, ini memang scene bahaya ok. menggeletar lutut jugak kami memanjat batu tu dan berdiri atas tu untuk gamabr macam tu, bawah tu gaung apa entah. start dari sini, dah masuk dunia kegelapan dah hahaha! ready with your torchlight!


Selepas melalui lorong-lorong gelap yang sumpah memang gelap gila dan licin basah berair semua, korang akan jumpa sinar bahagia. haha! ini ialah Gan Kira atau Moon Cave, Masa ni kawan-kawan cakap alang-alang datang sini, kita kena teruskan perjalanan hingga ke Painted Cave! Gua terakhir yang ada dalam Niah ni! and its less than 1 kilometer more. gila, masa tu pun dah 3-4 km dah berjalan. haha!


and selepas penat lelah mendaki memanjat tangga, dan segalanya kami sampai juga di Painted Cave! Di sinilah dimana pasangan Harrison tadi jumpa gua yang dindingnya penuh dengan lukisan, dan disini juga wooden coffin death-ship ditemui. Death-ships tu keranda mayat la senang cerita. Segala isi dalam death-ship tu dah di bawa ke Muzium Sarawak tapi someof empty death ships and lukisan di dinding gua masih kelihatan. Agak sukar nak lihat lukisan sebab banyak dah faded, and kawasan pun dah dipagarkan sebab banyak vandalisme. hmmmmmm rasa macam teruk betul orang nak vandalisme tempat sejarah penting macam ni. Mostly lukisan potray spread-eagled human figures probably melambangkan pahlawan dan hunters, gambar haiwan-haiwan, dan juga lukisan longboats yang kononnya membawa pergi roh-roh yang telah pergi menuju ke syurga. fuh! tetibe meremang bulu roma duduk kawasan Painted Cave ni.




Then, kami macam rehat kejap la kat Painted Cave ni. memang tenang je rasa tengok hutan je. nak main phone pun takde line rasa macam hilang segala masalah. fuh! ni lah waktu paling lama tak pegang phone untuk online, haha! dannnnnn....ada tragedi masa nak keluar dari gua ni....


Bukan seorang Neyra lah kalau dia tak jatuh kat mana-mana. Remember sebelum jumpa Gan Kira kita kena lalu kawasan gelap, dan licin? ya, saya terjatuh kat tangga masa on the way keluar dari situ. bedebuk macam nangka busuk! berguling bersama tahi burung semua, masa ni dalam hati macam hmmmm takde apa kot tangan. kahkah! sebab tak rasa sakit sangat. padahal tahu dah esok-esok konpem lebam teruk!




Dan sepanjang perjalan pergi dan balik kat dalam Taman Negara Niah ni banyak lah haiwan yang korang akan jumpa lepas tu sikit-sikit nak berhenti ambil gambar. ulat gonggok tengah proses persenyawaan pun korang boleh teruja. haha!


Masa ni dua botol mineral water dah habis lepas tu terjumpa penduduk Niah ni menjual air dalam ni. fuh beli la air tin Yeos harga RM 6.00 ni demi support orang-orang kaum Iban yang menjual dalam hutan ni. kesian diorang. 


masa ni habislah journey Gua Niah ni. berjaya jugak teroka sampai ke Painted Cave. total dalam 5 kilometer untuk sampai ke Painted Cave tu, pergi balik around 10 kilometer. fuyohhhh selalu masuk run pun tak sepenat caving. Tapi kalau korang masuk sini, redah je sampai Painted Cave tau! rugi ahhhhh masuk separuh jalan je. ada 1 group ni nenek atok tua dari Kedah datang ke Gua Niah. Tua hoi! malu gila la kalau yang muda pun tak larat nak redah sampai habis. 



Lepas dah tukar seluar yang penuh tahi burung, dan on the way balik dari Taman Negara Niah tu kami singgah ke Pantai Tusan, di Bekenu. fuhhhhh cantik betul Pantai Tusan ni. dan keistimewaan Pantai Tusan ni sebenarnya...



Photo by The Borneo Post and William Ting C L.

Tadaaaaaaa~~~ ini lah special nya Tusan Beach ni. korang boleh baca more about this dalam artikel dari The Borneo Post. It was like secret beach yang sebenarnya ramai tak tahu pasal tempat ni. malangnya, masa saya datang air pasang. so tak dapat turun untuk ke Horse Arch/Cliff ni. macam kuda tengah minum air laut kan? lepas tu yang algae bertukar jadi biru tu pun takde sebab bukan musim. fuh, tak payah pergi Maldives dah nak tengok view pantai macam tu!


Dan ekspedisi Gua Niah kami berakhir petang tu, dengan dinner Mie Kolok Sapi bersama Teh C Special. lepas tu Nurmi hantar pulang, dan saya terus pengsan kat hostel tu. banyak video sebenarnya sepanjang trip Gua Niah ni errrr macam biasalah malas transfer lagi. haha! next time lah update semula entry ni. 

oh ye untuk yang nak tour guide and package ke Gua Niah ni, atau kawasan Miri, Niah, Mulu, Brunei  dan kawasan-kawasan Sarawak boleh contact Laman Langat
(especially solo female backpacker like me!)

Laman Langat Miri Travel

Email: llttmiri@gmail.com 
Tel: +60128451219 (Nurmi Samion) 


Sumpah korang akan enjoy, dan rasa cambest ada Nurmi dan geng Laman Langat ni as tour guide korang! Hari Kelima saya akan ke Brunei dan guess what? dengan Nurmi juga! HAHAHA!
Total kemusnahan setakat ini:
Pakej Gua Niah: RM 120.00
Air: RM 6.00


Total semuanya: RM 240.00 + RM 76.90 + RM 120.20 + RM 126.00= RM 563.10


You Might Also Like

1 comments

  1. tak pernah sampai lagi tempat ni.great place to explore

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S