"Beautiful Terengganu" Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017

8:57 pm



Baru-baru ni dengan geng Projek Travel, sempat saya ke Majlis Pra Pelancaran Tahun melawat Terengganu 2017 di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur. Negeri Terengganu Darul Iman memperkenalkan Beautiful Terengganu sebagai salah satu strategi produk dalam persediaan untuk Tahun Melawat Terengganu 2017. Dengan tema "There's More To Terengganu Than What You Know", Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Terengganu akan mempertingkatkan aktiviti pemasaran untuk menarik pelbagai segmen sasaran. Aktiviti ni semua akan direka untuk tingkatkan lagi purata perbelanjaan pelancong dan tempoh pelancong bercuti kat Terengganu. Sasaran mereka ialah 6.5 juta ketibaan pelancong dalam masa 5 tahun. Wow! Terengganu pasti boleh capai sasaran tu sebab banyak pulau-pulau cantik dan kaya dengan adat budaya negeri kan?

 
Kebetulan pada bulan March nanti saya dan kawan-kawan akan bercuti bersama di salah satu pulau tercantik di Terengganu. Tak sabar rasanya nak menikmati percutian di pulau yang cantik, pantai yang bersih sambil makan local food Terengganu yang sedap belaka tu. Walaupun dekat je dengan hometown sendiri kat Pahang tu tapi Terengganu tak pernah rasa bosan untuk dilawati setiap tahun!

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 ni juga, kerajaan negeri Terengganu dah iktiraf pelancongan sebagai teras ekonomi dan dah start program intensif untuk bangunkan lagi dan mendorong sektor pelancongan di Terengganu. Banyaklah aktiviti yang pelbagai dari segi aspek budaya, sejarah dan macam-macam lagi yang ada kat Terengganu ni!




Tahu tak korang, Terengganu ni ada lebih daripada 300 hotel dan tempat penginapan jenis homestay? Dan siapa je tak kenal Pulau Perhentian, Pulau Redang dan segala jenis pulau dan pantai cantik di Terengganu ni? Masjid Kristal? Keropok Lekor Losong? Nasi Dagang? Macam-macam ada wooo kat Terengganu maka marilah kita melawat Terenganu!



Tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu percutian di Terengganu bulan Mac ni. eh? :p

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S