hari indah bersama H1N1

3:59 am

Photobucket

Gambar rajah diatas menunjukkan penggunaan internet terlalu kerap sejak akhir-akhir ini. adakah saya semakin addicted dengan dunia alam maya cyberjaya ini? 20 jam? Itu penggunaan kelmarin. Tidur hanya 4 jam. Hahaha. Semalam? 21 jam! Tidur hanya 3 jam. Langsung tiada perasaan mengantuk. Jika tidak kerana anjing menyalak-nyalak pukul 4.00 pagi td, saya mungkin masih terus ber-online. Semuanya akibat rasa kebosanan tiada kelas. *gila perempuan ini orang semua taknak kelas, dia mahu kelas*


Commercial break:

masak megi goreng sebentar…
juga minum bersama coffemix panas…



Pagi ini, dengan rasa semangat mahu ke kolej selepas bangun pada pukul 8.50 pagi, menyanyi-nyanyi kegembiraan sambil online *ishhhh…celik mata terus menghadap lappy kesayangan dia ni, apakah tidur bersama laptop?* sebelum pergi mandi pada pukul 9.15 pagi. Kemudian tepek-tepek foundation, compact powder, blusher, dan mencalit sedikit lipstick dan lipgloss senipis-nipisnya. Tidak lupa juga eyeliner setebal-tebalnya, dan sempat ber-twitter sebelum ke computer department mencari papa tersayang dan kemudian ke kelas ABIT pada pukul 10.00 pagi. Kemudian, selepas kelas, terus mencari papa tersayang lagi sekali, malangnya tiada pula. hajat di hati mahu terus pulang kerana saya bukan lah pelajar skema mahu ke assembly pada pukul 1.00 petang nanti. Hajat di hati sudah mahu ponteng. Sempat juga saya merembat topeng muka H1N1… tiba di pintu pagar belakang, tiba-tiba…

Pakguard tak bagi keluar!

*damn*



Grrrr…..ini petanda tidak baik. Sudah terbau-bau aura pelajar skema. Sah! Dia suruh pergi assembly petang karang. Aduh! Baru pukul 11.30 masa itu, apakah?


Photobucket

Sambil membawa hati yang lara, dan memakai topeng yang sempat dirembat sebentar tadi, saya terus menuju ke computer department, melepak bersama papa z dan mama z. habis semua kejelitaan masing-masing seawal pagi tadi kerana memakai topeng. Lepas ini, semua pakai purdah je la, senang… HAHAHA. Then, berbual sebentar sambil bermain doctor-doktor kerana semua orang sudah kelihatan seperti pakar bedah di dalam wad sakit jiwa kerana kebosanan tahap melampaui batas. Melihat papa z yang kelam kabut di meja mencari entah apa entah *sentiasa begitu…mentor siapakah ini?* dan melihat mama z sibuk bermain game kanak-kanak riang di PC beliau *sure, esok saya bawakkan game baru untuk puan…adakah pembawakan budak ini?*. Oh! Lambat nya pukul 1.00 petang. Pukul 12.45 tengah hari, saya dan fiza menuju ke dewan sri gema… kami kan pelajar skema? HAHAHA. Perhimpunan pelajar ini baru kali kedua saya pergi dan sentiasa di dalam keadaan terpaksa untuk pergi. *sebelum ini banyak ponteng. Jangan tiru perangai sebegini*


commercial break:

makan cokelat mars.
*berapa kali nak makan ini?*


Nasib baik introduction pengarah ku sayang, dr. yatim nawai agak enak untuk telinga ini mendengarnya. Jika tidak, sudah konpem lah kelenaan di situ. Havoc sebentar dewan tetapi masih tiada announcement cuti seminggu. Fuhhhh…sayang pengarah. Saya TAK NAK cuti. Sekali lagi ditekankan, saya TAK NAK cuti. Pengarah said; "we are still under observation for 24 hours more." Fuh! Apesal lah sampai 83 orang demam, 35 orang suspect H1N1, 3 orang positive H1N1 ni? adoyaiii! Yang kelakar nya, pengarah suruh kami bertanding dengan KPM Bandar Penawar, siapa terlebih dahulu cuti seminggu. Adakah patut? KPM tersebut nama pun Bandar “Penawar” sudah pasti lah tiada kes H1N1. Sentiasa ada “penawar”. Sabar….Yang penting, TAK CUTI lagi. Tapi, saya sudah terbau-bau aura cuti seminggu. Ciskek! TAK NAK CUTI la weyh!!! *mizi kacak sure gelak-gelakkan saya jika kolej kami bercuti…huh!*

Oh my… sudah 3 orang classmate saya demam, salah seorang daripada mereka suspect H1N1. And baru sahaja terima SMS dari encik nuek cumel yang sedang terlantar di atas katil klinik mana entah di UTP sana, juga suspect H1N1. Ish kamu semua bikin saya risau saja!

Aduhai… sudah! Berhenti blogging untuk hari ini. mahu berjiwang sebentar baca novel “Jika Benar Cinta” - Lynn Dayana. Sudah bosan mencuba menge-post entry dengan sedaya upaya bersama berukband yang lembab kembali ini

=)



You Might Also Like

6 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook