perjalanan jauh tanpa IC di tangan. wtf?

6:19 am

Mmmmmmmmmuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaxxxxxxxxxx!

Eh kenapa kiss tiba-tiba ini? empat hari tiga malam tanpa lappy kesayangan di kampung buat saya jadi sedikit gila. Sengaja kiss tiba-tiba sebab mahu beri sedikit belaian kasih sayang kepada blog yang sudah lama ditinggalkan ini. ampun maaf encik blog. Sebab tinggalkan kamu begitu lama. Saya bawa berukband celcom bersama saya tetapi meninggalkan lappy kesayangan di rumah. Mengapa? Entah apa motif entah. Hahaha. Oh, saya kemana kah? Ke kg.tengah, sg.lesong, kampar, perak. Rumah nenda tersayang. Saya kan cucu yang baik pergi melawat nenda di hujung minggu yang bosan.

Photobucket

kad dan hadiah untuk kak anne. mati saya kalau dea baca blog ini, tengok hadiah yang belum sampai lagi di sarawak. ape punya adik lah saya ini. langsung tiada suprise.

Sebelum ke puduraya untuk bertolak ke Kampar pada pukul 5.30 petang, saya sempat ke times square bersama adik; ika dan roommate; fiza. Kembang tak kuncup-kuncup sudah apabila seorang makcik cina yang tua memuji-muji saya di dalam bas rapid KL hanya disebabkan saya beri tempat duduk kepada beliau. Di times square, kami berjalan-jalan mencari hadiah untuk kak anne dan makan-makan kerana kelaparan yang amat sangat. Kemudian, kami menaiki teksi ke puduraya. Sumpah sangat sibuk puduraya macam suasana nak balik raya sehingga roommate saya itu hampir-hampir tidak dapat pulang ke kuantan kerana kehabisan tiket ke kuantan. Mengapa ya? Tiba-tiba encik miqdad comel itu sms suruh cari tiket bas untuk dia. Oh rupanya semua budak UITM dapat cuti mid sem awal kerana H1N1. Patut lah muka student je semua dalam puduraya itu. Hahaha.

Then, saya dan adik bertolak dari puduraya ke Kampar pada pukul 5.30 petang menaiki edaran ekspress yang sangat selesa itu. Hahaha. Kami sampai di pekan Kampar kira-kira pukul 8.00 malam. Ceh! Konfiden terlebeyh, sebenarnya sudah lupa waktu sebenar. Lepas itu, menanti sepupu saya, kak ima dengan penuh sabar dan kami ke pasar malam berdekatan. Pulang ke rumah sudah kepenatan dan ketiduran kelenaan. Hahahaha.

Photobucket

nurul ain suhada. inspirasi nama dari pengacara majalah 3, nurul syuhada nurul ain. sumpah cumel doe budak ni! rasa na geget je. tak boleyh letak banyak-banyak gambar dea, nanti semua geram mahu pergi culik pula. hahaha.

Esoknya, hanya duduk rumah melenggang kaki melayan kerenah anak jiran yang telah diculik. Iskandar dan adiknya; ain sebenarnya memang dihantar ke rumah nenda saya untuk dijaga oleh kak ima. Maka, satu hari suntuk la menghadap muka cumel iskandar yang nakal itu, dan muka tembam mata sepet si ain yang sangat cumel macam saya itu. Petang itu, saya, kak ima dan adik saya ke pekan Kampar. Membeli tiket KTMB untuk pulang ke KL pada hari isnin, ke bank untuk sedikit urusan, dan ke tesco di Bandar baru Kampar untuk bershopping.

Photobucket

ainin sofea budak gemok yang nakal.

Photobucket

aqil fathi budak macho main sms dengan awek guna handphone ayah ya?

Photobucket

luthfil hadi budak tembam nak apa tuh?

Photobucket

happy birthday aina aqila budak cumel.

Photobucket

rasa macam ibu mithali terlebih tak duk melayan budak dua ekor yang aktif gila ni?

Photobucket

sesungguhnya saya hanya mampu bersabar melayan empat beradik yang nakal ini. habis semua mahu duduk atas riba, habis lah kurus peha saya.


Selepas ke tesco, kami ke rumah pakcik saya, achik anang di mambang di awan. Oh, birthday aina rupanya. Then, ada lah sedikit upacara memotong kek pandan aiskrim yang sangat sedap itu. Happy birthday, aina. Ke berapa? Saya tidak tahu. Hahaha. And, anak-anak achik anang itu sangat lah nakal dan aktif terlampau sehingga semua orang tidak larat melayan. Luthfil yang masih baby itu juga sudah pandai meniarap dan melakukan sedikit keganasan. Woahhhhh kucar kacir la rumah lepas ini. hahaha.

Photobucket

siapa cakap saya tidak pakai tudung hawa yang saya sendiri jual? mari cepat semua order. hahaha. promosi tiba-tiba.

Esok pagi nya, kami bersiap untuk ke rumah saudara mara yang membuat kenduri doa selamat. Lihat itu encik anep. Siapa cakap saya tidak pakai tudung hawa yang saya jual? Saya pakai oke? Lihat dengan sejelas-jelasnya. Hahaha. Comel bukan? Sila puji di ruangan comment yang disediakan. Hahaha. Selepas kenduri, saya, kak ima, dan ika bergerak menuju ke bandaraya ipoh. Niat dihati mahu ajak encik nuek hensem itu bersama-sama tetapi beliau ada event di batu gajah pula. ishhhh mahu jumpa beliau seperti mahu jumpa perdana menteri Negara mana pula. sangat lah busy sentiasa.

Photobucket

dari tetingkap sang kancil yang kecil lagi hebat gagah perkasa, saya mengambil gambar jaya jusco ipoh.


Firstly, Kami ke jaya jusco ipoh. Fuhh! Punya la full parking sampai basah baju kak ima akibat daripada berusaha terlebih mencari parking. Destinasi pertama kami, seharusnya Padini Concep Store. Selepas Berjaya menghabiskan sedikit harta membeli tee Seed, kami berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Dan, kami sempat ke Crocs untuk mencuba saiz kasut tanpa membeli apa-apa kerana kasut crocs boleh dibeli dengan harga yang lebih murah daripada encik ehsan mongek. Hehehe. Kemudian, sempa menghabiskan sedikit lagi harta di dalam jusco. Dan makan pretzel choc éclair buy 2 free 1. Hahahha. Sangat gembira shopping di jaya jusco jika memiliki JCard. Hahahha.

Photobucket

macam real! pakcik hensem, meh la lukis gambar saya pula.

Kemudian, kami ke Greentown Mall. Wah sangat cantik sudah bangunan greentown mall itu. Nampak sangat sudah lama tidak menjejak kaki ke sini. Kami ke sini hanya untuk membeli belah penyembur nyamuk cap king kong di uda ocean. Hahaha. Sempat juga berjalan-jalan melihat suasana di dalam greentown mall, dan terjatuh hati saya bergolek-golek ke lantai melihat seorang pakcik yang sangat pandai melukis. Cunn seyhh! Wa salute lu lah pakcik. Nanti lukis potret gambar saya pula ya?

Photobucket

mee rebus ramli yang sedap hanya berharga rm3.50. pegi cuba semua ya!

Selepas itu, misi mencari kedai mee rebus ramli yang feymes di ipoh itu. Selepas yakin kami sesat, saya menelefon cik suryasu’ adliah, penduduk asal bandaraya ipoh menanyakan jalan ke kedai mee rebus ramli itu. Akhirnya berjaya juga membeli empat bungkus mee rebus yang sangat sedap. Tidak percaya? Pergi lah try sendiri! Encik nuek suruh kami try steamboat di morvean peak tiada kesempatan pula. mungkin lain kali sahaja.

Photobucket

sue, ko nak pinjam? ta bleyh ta bleyh.

Sebelum pulang ke rumah, kami sempat singgah di fun fair di Bandar baru Kampar. Lamanya tidak pergi ke fun fair. Kak ima menghabiskan 3 token untuk bermain dart memecahkan belon yang sangat mencabar lagi tidak berbaloi itu dan Berjaya mendapatkan satu keychain yang sangat tidak lawa. Saya pula main golek-golek bola pingpong masuk dalam lubang yang macam kebudak-budakan sehingga Berjaya menghabiskan 2 token dan hanya membawa pulang hadiah berupa handphone pink nokia berisi air. Hahaha best jugak handphone ini. ada permainan membawa masuk bola ke dalam bakul. Hahaha.

Photobucket

kereta api buruk yang bakal dinaiki. hahaha. buruk pun, tetap laju oke?

Ahad pagi, ke pejabat pos. kelam kabut takut kena tinggal train pukul 9.29 pagi. Cepat-cepat pergi pos kad birthday kakak anne kuh sayang. HAPPY BIRTHDAY SIS ANNE. Ampun maaf sebab tidak dapat bagi hadiah sebesar-besar alam semesta kerana adik kecik mu ini ketiadaan elaun lagi. Hahaha. Kemudian, tunggu kak ima keluarkan duit ASB untuk bayar hutang beli selendang yang tertunggak. Hahaha. Naseb memang sedara mara yang kerja kat pejabat pos itu. Maka segala urusan selesai hanya beberapa minit. Then, apa lagi? Kak ima terus buat drift ke stesen KTMB dekat pekan Kampar.

Photobucket

abang jual makanan yang paling sempoi.

Train kami memang sampai on time. 9.29 pagi. Haha. Dalam train, ada satu scene memang buat kami dan yang lain-lain pecah perut tahan gelak. Dialog abang jual makanan dengan dua orang mat salleh yang adik ku cakap ala-ala gay berdua:

“do you have coffee?”

“no coffee. Milo have. Nescafe have.”

“okayh, one hot Nescafe please. What is this?”

“this is karipap. Malay food. Sedap!”

“karipap? Errr… this?”

“nasi lemak. Malay food. Sedap. Malay food.”

“nasi lemak? Oh okayh. And this?”

“mihun goreng. try first. Try first lah. Malay food”

“what is mihun goreng?”

“I dont know what is mihun goreng in English. But malay food. Sedap! Malay food. Try first. Try first.”

Akhirnya, dua orang mat salleh tersebut beli lah jugak mihun goreng bersama Nescafe panas. Hahaha. Saya, adik saya dan makcik cina yang tercengang-cengang dengar dialog mereka hanya sengih-sengih seperti kerang busuk menahan gelak. Ya allah cik abang, lepas ni masuk kelas bahasa inggeris ok? Kesian tengok muka mat salleh berdua tu blur jer cakap dengan abang. Hahahaha.

Photobucket

tribute to yasmin ahmad, 1958-2009.

Pukul 11.50 pagi kami tiba di stesen KL Central. Sekali lagi on time. Terus ke CIMB, pergi deposit duit kasut crocs, and ke cocoa tree tengok chocolates, dan pulang. then, kami menaiki putra lrt. saya ke pasar seni. adik saya ke masjid jamek. terpegun sebentar melihat tembok sungai kelang. ada graffiti gambar yasmin ahmad, dengan ucapan "we anak-anak malaysia will miss you, deary." tribute to yasmin ahmad. 1958-2009. saya meneruskan perjalanan pulang ke hutan beranang yang tercinta. Sangat penat.tapi seronok travel jauh-jauh tanpa IC. Tanpa IC? Ya. Saya lupa untuk bawa IC saya sepanjang perjalanan di atas.


You Might Also Like

14 comments

  1. wah mmg comey2 la bdak yg ada kt dlm entri yg agak panjang ni kan..huhu..
    nise blog, keep blogging

    p/s: jangan lupa singgah ke blog broSKL<==Klik

    ReplyDelete
  2. hahahah..
    jadi PATI r ko jap ek..
    gler r...
    nsb xjadi paper..
    cmner ko leh tgl ha?
    aku tau r ko dah lmer xberblog..
    panjang gler kot..
    hheh...

    ReplyDelete
  3. haha. sejak memiliki IC sementara yang besar gabak yg lagi besar dr sijil SPM tuh, aku jd malas gila nak bwk gi mana2. aku tertinggal dlm fail aku slalu bwk g kelas. hahaha. gila selamba jalan2 kat pasar seni sorg2 tanpa IC. nampak polis aku senyum2 menggoda je. hahaha.

    panjang gler? ala...aku tahu, kalau panjang pon sure ko baca and komen punya. hahahaha.

    ko na dtg jmpa aku ka sni ke nnty? sabtu ni aku gi KLCC. ade pC fair dowh. kalo ko na jmpa aku kt KL pon orait jek...

    ReplyDelete
  4. ye ker/
    aku ngat jumaat nak half day g amik kt beranang..

    gpon not in mud nk g keje..
    hahahha...

    ReplyDelete
  5. ko ni ske haty jek keje ngan tak keje. hahaha. jumaat oke la

    ReplyDelete
  6. budak ain tu comel nak mampos!!!i nak makan dya agar i comel mcm dya;)

    ReplyDelete
  7. ade ke plak makan dya bg u cumel mcm dya. hahahahhaha! ain tu i pnya. u pegi main jauh2. shuh shuh...

    ReplyDelete
  8. alaaa..smlm i da jumpa bayi comel lagi hensem..

    asyraf nama dya..

    ReplyDelete
  9. hohoho...

    ingt an balik naik bas...

    naik ktmb rupanya...

    rajin rajin balik kmpg...

    boypren no2 ade kat kampung an...

    hahahaha... XD

    ReplyDelete
  10. rein;

    naek bus masa pegi kamparr. balik kl nek tren.

    no2? im single lah. no 1 pn xde. hahahaha. rein nak jd no 2 ek? ahha

    ReplyDelete
  11. euchhhh!!!

    tak minat dengan orang dah berumur!!

    bf no 2 bukan anak tokei ayam sg kroh tu ke ?

    hahahahahahahahahahahaha99x

    ReplyDelete
  12. oh my god! mana kamu tahu ni? wakakakaka. ngok ah! dea yg minat akak bukan akak minat dea. wakakakakka. gelak guling2 baca komen kamu. tiba2 teringat kat bdk bisu tuh... hahahaha. sedara mara tuh

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook