tired and happy. most wonderful day for me.

8:44 am

Tiba-tiba rasa rindu kat belog sendiri. Mmmuuuahhh! Bagi sedikit kasih sayang untuk belog ini. maaf ye, tinggalkan kamu selama 2 hari. Nanti dah pulang ke kolej saya tingalkan kamu lagi berhari-hari. Hahahaha.


Photobucket

rumah adik yang buruk diluar,

indah di dalam.


Semalam ialah hari sabtu. Saya masih berada di Kuantan tetapi selepas pukul 10.30 pagi, kereta Suzuki APV hitam yang sangat gagah perkasa itu berarak lalu meninggalkan perkarangan rumah. Kami mahu ke kuala lumpur? KL lagi? Macam hari-hari ke KL. Apa kejadahnya? Hahaha. Mahu hantar adik saya pulang sambil memindah-mindah-kan semua barang-barang dari rumah di setapak, ke rumah di taman shamelin perkasa itu. Kami tiba di KL pada pukul 3.30 petang. Eh lamanya? Al-maklum lah, banyak kali berhenti di pit stop yang disediakan.


Photobucket

"Megasales....!! Shop till drop!"


Kami terus menuju ke rumah adik di pangsapuri sri shamelin itu, meninggalkan sedikit barang kepunyaan nya, dan bergegas pula ke Nilai 3. Oh buat apakah? Apa lagi kalau tak ber-shopping. Tak Nampak ke keratan akhbar The Sun di atas? “Shop till you drop! Its time for shopaholics to indulge in their passion once more”. Kan sekarang ni megasales di semua tempat. Hahahaha. Nilai 3 hanya beberapa minit sahaja dari rumah sewa saya di Beranang. Saya beli apakah?


Photobucket

mengambil gambar tanpa kepala,

ala-ala hanis dan vujie.

Saya hanya beli kemeja checkers pujaan hati berwarna hitam dan putih, RM23.90. murah dan sangat puas hati. Saya sudah nampak kelibat kemeja ini dari kedai pertama saya masuk. Tapi, tidak terus beli. Kononnya mahu survey dulu. Tapi selepas masuk beberapa kedai, akhirnya kemeja checkers itu juga yang berjaya dibeli. Sebab apakah saya beli?

1st, sebab terlalu dipengaruhi oleh eny, dan sue tentang baju checkers. Lebih-lebih lagi selepas menonton belog jiejie. Ketika mencuba semua kemeja checkers di Nilai 3 juga, saya sibuk ber-MMS bersama sue gambar semua kemeja checkers yang saya cuba di fitting room.

2nd, saya juga dipengaruhi oleh seorang amoi yang ditemui di highway. Beliau memakai kemeja checkers sebijik seperti kemeja checkers yang saya temui di Nilai 3. Terima kasih amoi, kerana mempengaruhi saya.


Photobucket

tudung polkadot kepunyaan vujie.


Aikk? Itu je kah yang saya beli? Oh tidak. (memang tak mungkin pergi Nilai 3 tapi shopping sikit...) Ibu sempat borong dengan banyaknya lampu cantik di Nilai 3. Tahniah kerana telah berjaya melakukan pembaziran. Beliau juga membeli jam kayu berukir ayat kursi dan sedikit pakaian. Adik pula sempat membeli pashmina berharga RM15, dan tilam lembut berharga RM30. Dan, ketika saat akhir-akhir, saya ternampak selendang chiffon awning polkadot. Teringat pula semasa ber-YM bersama vujie, beliau menyuruh saya membuat misi pencarian selendang itu. Sebenarnya, sejak tiba ke Nilai 3 lagi sudah mulakan misi pencarian, akhirnya baru teringat mahu SMS vujie. Dan berjaya juga membelinya dengan harga RM15. Terima kasih abg bangla kerana berjaya beri saya harga yang berpatutan untuk vujie. Hahaha. (vujie, taknak order tudung-tudung lain? Kawan-kawan semua? Ceth! Sempat buat promosi pula disini…)

Kemudian, apabila matahari sudah terbenam dan digantikan dengan bulan yang cantik, kami beransur pulang, dan menuju ke Seremban. Rumah makcik saya di panchor jaya. Sengaja mahu melawat beliau sebelum beliau berangkat ke Mekah untuk membuat umrah pada minggu hadapan. Dan kemudian, dengan keletihan tahap maksima, kami bergerak pulang ke rumah sewa saya di Beranang. Tiba pada pukul 12.30 tengah malam, terus tertidur selepas mandi.


Photobucket

sila jangan jeles.

saya sedang meng-gewdik bersama kemeja checkers yang baru.


Sudah tiba keesokkan hari nya iaitu hari ahad atau lebih dikenali dengan hari minggu. (sesi mengajar nama-nama hari untuk budak tadika kemas kah ini?) saya bangun pukul 7.00 pagi selepas handphone kesayangan memekak suruh bangun. Terus mandi, dan bersiap. Seharusnya memakai kemeja checkers baru. (Fuhhhh..bau kedai lagi la weyh! Tak boleh blah semangat perempuan ni…). dan kami menuju ke rumah adik, tinggalkan sedikit barang, dan menuju ke Setapak. Dan pulang semula ke Cheras, dan Setapak lagi. Ulang-alik sebab upacara pindah randah sedang dilakukan. Saya sempat ber-posing di dalam rumah di Setapak sebab eny menyuruh saya meng-ambil gambar bersama kemeja checkers baru. (So, sue…cumel tak diriku? Hahahaha. Sila muntah di longkang berdekatan.) Selepas itu, kami menuju ke Pekeliling, dan menjemput menantu pilihan tidak jadi kesayangan ibu ku yang sedang mananti di
sana. Apakah itu menantu pilihan tidak jadi kesayangan? Hahahaha. Beliau, Mohd. Shaiful Anuar a.k.a Nuek merupakan bekas boyfriend saya. lihat, siapa cakap ex-bf tidak boleh jadi BFF? Kami kawan baik sekarang ini dan masih baik selepas 2 tahun putus hubungan cinta monyet.


Photobucket

kelihatan Nuek dan Aza sedang nyenyak tidur.

Perjalanan pulang ke Kuantan diteruskan pada pukul 3.30 petang. Sempat berhenti di hentian Gombak untuk makan tengah hari, dan terus menerus pula perjalanan selepas itu. Berbual-bual seketika dengan Nuek, dan beliau sempat memuji saya kurus sebanyak dua kali. (sue, sila jangan jeles ada orang puji saya hari ini) kemudian, semua orang tertidur. Cuma saya yang mabuk darat ini tidak dapat tidur dengan lena akibat pening lalat tiba di kepala. Dan saya sempat mengambil gambar kandid Nuek sedang tidur. Hahahaha. (Padan muka kamu!)


Photobucket

gambar kandid Nuek sedang tidur nyenyak.

Selepas banyak kali berhenti di semua hentian yang ada, dan dalam keadaan mabuk darat dan pening lalat sambil ganggu semua orang tidur, kami tiba di Bandar kuantan pada pukul 9.00 malam. Sumpah lambat! Hahaha. Dan meng-hantar Nuek di rumah nya kat Air Putih dan tiba di rumah saya pada pukul 9.30 malam. Tiba di rumah, sempat MMS Nuek, gambar beliau sedang tidur. Hahahaha. (Sekali lagi, padan muka kamu!) Saya memang jahat pun. Hahahaha.

Now, sangat letih. Esok mahu melakukan pelbagai aktiviti. Update lagi pada keesokan hari. Selamat malam semua.

Noktah.

p/s: selamat hari lahir Arni 3 July, Hazwan 4 July, Zamani 6 July

You Might Also Like

9 comments

  1. hahaha..en3 yg sgt menarik...wat sy tertawa akibat bnyk kali anda memuji diri anda..haha..xpe2..aku x muntah hr ni..aku trime pujian nuek tok ko seadanya.. xp

    ReplyDelete
  2. kemeja tuh ley jd board main chess!!

    hehe..

    chantek syg!

    tahniah kerana berjaya memiliki!!!

    xoxo~

    ReplyDelete
  3. sue; alhamdulillah kao redha. hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahha.....jom main chess!

    ReplyDelete
  5. eny;

    cessss...ade plak main chess. cepuk kang.

    ReplyDelete
  6. heeyyy hahahaha...
    dr td tunggu kamu online.. nsb baik i tbngun balik dr tidur n online blk tau. haha..
    omaigod.. tak sabarnya nak pakaiiii.. haha..
    hold dulu jap.. nak pegi tnya kawan2 lain nk order skali ke x ek..
    btw, email me ur account no!! hehehehe...

    ReplyDelete
  7. sue;

    kao pon sama la sue. ade plak nak men chess

    ujie;

    hahahha...i lah yg sumpah u jap td. ta bg tdo. jampi2. tuh yg u bangun. lalala. nnty i sms k...

    ReplyDelete
  8. jum.eny nak kaler putih..hehe..

    redha?

    angkat itam..

    neyra jd papan chess..

    hehe~

    ReplyDelete
  9. hampeh eny ni. eh u tak on ym ke? i nak ym ngan u

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook