detik malam raya :)

10:05 am

Aku tiba di Bandar Kuantan pada pukul 9.30 malam. Perjalanan lewat sejam dari kebiasaannya. Biasalah, jalan jammed teruk. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuantan, bermacam-macam jenis accident aku tengok. Alhamdulillah selamat sampai. Sepanjang perjalanan selama 4 jam setangah itu juga aku tak tidur sebab borak dengan mamat warden penjara sebelah aku. Macam-macam cerita dari penjara aku dengar sampai tak tertidur langsung. Tu belum lagi masuk hal melayan cerita pakcik driver bas. Korang memang best lah! Cesss… mentang-menang lah aku duduk seat depan sekali korang bantai tak bagi aku tidur ye?


Photobucket


Balik rumah, sumpah mengantuk. Tidur lah. Ape lagi kan? Sahur terakhir aku, aku buat garlic bread. Ecehhh…makan aje. Sorry lah reena, bagi ko terliur jek bila ko bukak blog aku kan? Hikhikhik. Tengah hari tuh, semua bersiap nak balik kampung kat kuala rompin, Pahang. Kenapa tengah hari? Sebab bangun lambat lah! Hahaha.


Photobucket


Sampai pukul 3 petang. Sepanjang perjalanan, ada 2 accident. Adoyai, perkara biasa ketika musim perayaan. Berbuka puasa yang terakhir untuk Ramadhan ini, kami berbuka di bawah pokok rambutan. Cewahhh..ala-ala berpiknik sakan je. Padahal semua kaki kena gigit nyamuk sebab nyamuk pun berbuka puasa jugak petang itu. Makan apakah? Macam-macam. Biasa lah, dah puasa yang terakhir kan?


Photobucket


Then, tengok lah makcik aku bersungguh-sungguh bakar lemang. Sampai jam berapa mahu siap pun tak tahu lah. Pssstttt…korang tidur lah sekali dengan lemang-lemang tuh semua okayh? Nyamuk kan ada buat jadi teman. Hikhik. Bakar sampai lemang itu sedap tau. esok orang semua nak datang beraya. Hurm, raya kali ini tak semeriah mana pun. Sebab Cuma kami 1 family yang pulang. Then tambah family pakcik aku yang duduk sebelah rumah tok aku, ada lah 2 family je. Tak seronok.


Photobucket


Malam tuh, main bunga api je. Mercun pun tak banyak. Sebab tahun ni pakcik aku a.k.a sponsor mercun takde raya kat sini. Ceh! Bunga api pun jadi la. Pelita pun ada satu tuh jek yang kitorang nyala kan. Hahaha. Takde semangat raya betul. Sangat jeles enchek sayang telefon tadi macam meriah je dia nak raya kat sana. Cis cis. Pssstt….sayang, baby mahu duet raya dalam sampul oke? Boleh ek? Hikhik. Eh tadi tengok drama kat TV3. Tajuk salam terakhir. Fuhh sedeyh dowh! Memang best la rosyam nor berlakon. Nak menangis kejap tadi. sob… sob… sob…


Photobucket


Oh sebelum aku bebel ucapan raya kat sini, meh semua layan iklan kejap. Tajaan pakcik ramadhan bin syawal. Eceh…pandai betul mereka-reka nama. Korang nak tengok gambar hantu yang muncul di bulan puasa? Ini real okayh. Gambar diambil di benteng sg. Kuantan. Jangan lah korang tengok gambar mamat hensem kat depan tuh. Sila zooommmm betul-betul gambar kat belakang itu. Nampak? Seriously, beberapa hari lepas, aku dan housemate juga Nampak makhluk putih di kawasan rumah kami. Adoyai, bulan puasa macam ini juga ada kah?


Photobucket


Okayh, sempena esok yang sudah konpem raya, izinkan kedua tangan ini bersimpuh maaf dari tulisan yang tidak terjaga, janji yang terbaikan, kesombongan hati dan salah kata yang telah aku lakukan selama ini. dengan penuh keredhaan hati dan beranikan diri, salam aidilfitri aku ucapkan untuk semua. Terima kasih untuk semua SMS dan kad raya yang aku terima. Selamat hari raya semua!


p/s: sape yang tak sempat aku bg kad raya,
amek lah kad raya kat atas tuh!
:P




You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S