SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

9:39 am

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

salam aidilfitri. tarikh yang sangat cantik, 20092009. Satu mukadimah yang sangat harmoni dan bersifat 1 Malaysia. Cis, tiada kena mengena. Bangun pagi tadi, langsung tiada perasaan seperti hari raya. Apakah? Pergi pakai baju raya pun dengan penuh sifat kemalasan. Mungkin lebih selesa berbaju tidur? Atau lebih gemar untuk meneruskan hajat tidur dengan penuh kelenaan? Entah. Jujur, tiada rasa semangat raya. Tiada suasana raya.

Bersiap, bermekap terus ke rumah sebelah. Makan kuih, then balik. Tidak perlu tunggu lebih lama dan memasang angan-angan mahupun impian yang takkan tercapai dek akal iaitu mengharap kan duit raya. Konpem tak dapat. Tua sudah. Selepas beberapa minit meluangkan masa di rumah menanti tetamu, hanya 1 angpau yang diterima dan berisi RM2 pemberian sepupu. Salah satu pencapaian yang boleh dibanggakan? Hahaha. Then, dapat topup celcom RM30, dan topup maxis RM30. Sangat berteknologi tinggi zaman ini bagi duit raya juga melalui topup sahaja. Celcom pula terus bagi bonus raya, up lagi RM10 FREE. Sudah, kalian tidak perlu meraih simpati meminta sebarang share topup pula selepas tahu baki akaun celcom dan maxis saya. tiada rasa mahu menderma pula sempena raya ini.

Perasaan mahu bergambar juga tiada. Tiada semangat camwhore. Hanya kurang daripada 10 gambar yang berjaya diambil. Mengapakah? Ini bukanlah neyra shazeyra kalau tiada semangat camwhore. Entahlah. Baik, lihatlah gambar yang ada ini. baju yang dipenuhi manik dijahit oleh sepupu, bergaya pula bersama selendang baru ala yuna, dan juga gambar bersama sepupu yang agak rapat sejak kecil. Dusssh! Anda berminat dengan sepupu saya yang masih available dan mempunyai kereta Perdana sebijik serta penuh daya memikat? Hahaha. Macam iklan mencari jodoh. Abaikan ayat mengarut di atas. =)


Photobucket

pagi raya bersiap beriye macam nak pergi raya sangat. hakikatnya, waktu ni, pukul 10.00 pagi baru bersiap. idak lah terlalu pagi sebenarnya. sesudah enchek sayang MMS gambar raya beliau, terus tersedar diri sendiri belum mandi sebenarnya ;)

Photobucket

sudah memakai shawl baru, adakah seperti Yuna? huh, tidak mungkin. perasaan semata-mata sahaja. comel lagi dari yuna? itu sudah pasti. ngeheee~

Photobucket

ini teman lelaki saya yang baru. bertandang ke rumah ketika di pagi raya? eh BUKAN. mati saya. ini bukan orangnya. ini sepupu saya yang masih single dan available. mahu mengisi kekosongan? isi borang dan hantar bersama gambar pasport 4 keping. hahaha.


You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook