Balik raya naik ETS

9:21 am



IPOH – Perjalanan balik kampung pada musim Aidilfitri pada kali ini akan menjadi lebih mudah, lancar dan selesa bagi kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan antara bandar raya Ipoh dan Seremban.

Kereta api elektrik (ETS) milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban bermula Khamis ini.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, pihaknya memang menjangkakan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan kereta api menjelang perayaan itu dan dengan pengenalan ETS, ia dijangka dapat menampung permintaan berkenaan.

“Memang kita menjangkakan permintaan tinggi pada setiap musim perayaan.

“Untuk itu, kita juga akan menyediakan tren tambahan termasuk ETS,” katanya kepada pemberita pada program menyebarluaskan perkhidmatan ETS di sini semalam.

Aminuddin berkata, ETS merupakan tren paling canggih dan pantas pernah dimiliki KTMB yang mampu bergerak pada kelajuan 160km/jam.


credit : kosmo! online.

p/s: kalau macam ni, bukan balik raya. tiap-tiap minggu pun boleh pegi KL kan? jom JulietANNA and Scromix !!

You Might Also Like

4 comments

  1. woahhhh lepasni boleh lah try naik tren nak balik kl. tapi seksa jugak nak kena pergi ipoh kena naik bus T_____T

    ReplyDelete
  2. hurm..nasib baik BF yaty bukan orang KL..haha tetiba je..*ok itu gurauan semata2...sila abaikan..=P

    ReplyDelete
  3. bestnya naik kereta api eletrik..

    ReplyDelete
  4. harga promosi masih tidak masuk akal.. RM60.. what the heck?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S