Puasa Orang Uzur

9:10 am


period pain?

uzur?

datang bulan?

senggugut?

apa tu?


korang mesti tahu kan apabila seorang wanita didatangi haidnya, dia tidak boleh berpuasa? Bukan sahaja tidak boleh tetapi diharamkanbagi wanita haid untuk berpuasa, baik itu puasa wajib mahupun puasa sunat, dan tidak sah puasa yang dilakukannya. Akan tetapi ia berkewajiban mengqadha’ puasa yang wajib, berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu ‘anha.

"nahnu nukmaru bi qadhais shaum wala nukmaru biqadhais shalah"

Ertinya:
Ketika kami mengalami haid, diperintahkan kepada kami mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan mengqadha’ solat

Jika seseorang wanita itu telah datang haidnya ketika sedang berpuasa maka batallah puasanya, sekalipun hal itu terjadi saat menjelang maghrib, dan wajib baginya mengqadha’ puasa hari itu jika puasa wajib. Namun, jika ia merasakan tanda-tanda akan datangnya haid sebelum maghrib, tetapi baru keluar darah setelah maghrib, maka menurut pendapat yang sahih bahawa puasanya itu sempurna dan tidak batal. Alasannya, darah yang masih berada di dalam rahim belum ada hukumnya.

Juga jika pada saat terbitnya fajar seorang wanita masih dalam keadaan haid maka tidak sah berpuasa pada hari itu, sekalipun ia suci sesaat setelah fajar. Tetapi jika suci menjelang fajar, maka sah puasanya sekalipun ia baru mandi setelah terbit fajar. Sama juga seperti orang dalam keadaan junub, jika berniat puasa ketika masih dalam keadaan junub dan belum sempat mandi kecuali setelah terbit fajar, maka sah puasanya.




Dalam agama Islam, mengikut surah al-Baqarah ayat 183 sehingga 188, terdapat tiga golongan individu yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu orang yang sakit, musafir dan wanita yang kedatangan haid. Mereka tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Jika mereka masih tidak mampu untuk menggantikan puasa terutama bagi individu yang menghidap penyakit yang sukar sembuh seperti kanser, mereka perlu menggantikan puasa dengan cara yang lain. Mereka perlu menggantikan puasa yang tertinggal dengan membayar fidyah kepada fakir miskin. Sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan 700 gram beras yang perlu diberikan. Malah, mereka perlu membayar fidyah mengikut jenis beras yang dimakan. katanya mengenai amalan berpuasa yang diperintah Allah sebagai ujian untuk menguji ketakwaan umatnya.



Di sini saya sertakan Niat Puasa dan juga Doa Berbuka Puasa. Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam. Bagi yang tidak diwajibkan berpuasa tu, paham-paham sendiri la. esok kita makan meggi bawah meja ok?



******************************************










Photobucket





Photobucket

You Might Also Like

6 comments

  1. hihihihi.
    nasib aku tak period..
    cuma susah aa nak mandi wajib wuuu

    ReplyDelete
  2. walopon uzur,xpose..tp nnti kne ganti gak..hahaha

    ReplyDelete
  3. erk susah gak jadi girl..

    anyway selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  4. inilah life sbg seorang perempuan
    :)

    ReplyDelete
  5. bersabar la ye.. nanti rajin ganti puasa ye hehe

    ReplyDelete
  6. thumbs up for period pain? hahahahahahaha!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook