HIDUP SEORANG BLOGGER

6:54 am



HIDUP SEORANG BLOGGER

Kehiduan sebagai seorang blogger bukan lah sesuatu yang mudah sebenarnya bagi semua orang. aku berjinak-jinak dalam dunia blogging sejak June 2007 kerana masa itu aku sellau blogwalking ke blog rakan-rakan sekolah aku. ye, zaman itu masih tidak ramai blogger yang dilahirkan. apa itu blog? blogger? blogging? hampir semua masih terpinga-pinga tidak tahu tentang blog masa itu. tidak seperti sekarang, dunia blog semakin meluas. tidak kira lah menggunakan platform apa pun sama ada wordpress, blogspot, dan lain-lain. semakin ramai sudah mengetahui tentang dunia blogging. bertapa cepatnya masa berlalu.

June 2007, bermula lah HIDUP SEORANG BLOGGER bernama neyra shazeyra. nama pena internet aku sejak enam tahun yang lepas. menggunakan platform blogspot/blogger dan sehingga sekarang masih menggunakan platform yang sama. apa yang beda nya, dahulu babyeyra.blogspot.com dan sekarang menggunakan domain sendiri iaitu ieyra.com. baru sahaja menggunakan domain sendiri pada Mac 2010 dan masih tidak berminat lagi untuk mempunyai self-hosted blog buat masa ini. sudah tiga tahun dalam dunia blogging, dan sumpah aku hanya blogging untuk peribadi semata-mata dahulu. hanya sekarang baru tahu apa itu Nuffnang, Adverlets, Innity dan sebagainya. maka, tiada definisi aku blogging untuk menjana wang di sini. tidak terlalu aktif sebenarnya kerana jujurnya, aku masih mentah dalam dunia blogging. aku tidak lah sehebat salleh gregor samsa itu bukan?

HIDUP SEORANG BLOGGER pada zaman mentah aku dalam dunia blogging pada 2007 amat lucu untuk aku ingat sehingga ke hari ini. masih teringat dengan tulisan bermacam jenis, bermacam warna, dan entri semua di tulis tanpa sebarang gambar gara-gara tidak tahu macam mana mahu publish gambar di dalam entri. naif kan? sebab zaman 2007, ketika aku di kolej, masih tiada rakan-rakan yang tahu apa itu blog. tapi kelakar juga bila ingat semula, semua coding yang aku belajar pada zaman myspace dulu aku cuba guna dalam blog. berwarna-warni, bergerak-gerak semua tulisan, dan penuh gambar animation aku letak. lucu.

HIDUP SEORANG BLOGGER bukan lah mudah. terlalu banyak yang perlu dilakukan sebagai blogger. memperuntukkan masa untuk menulis entri juga sudah makan masa. itu belum lagi teruk kalau tiada idea? dah pusing ke sana sini, lihat bintang bulan mencari mood dan idea untuk menulis blog. ye, aku menulis entri berdasarkan mood aku. kadang-kadang terlalu banyak yang mahu dikongsikan tapi tiada masa dan mood yang baik kadang-kadang agak mempengaruhi semuanya.

diganggu apabila HIDUP SEORANG BLOGGER itu sudah menjadi lumrah hidup. baru setahun jagung aku dalam dunia blogging, dan baru sahaja aktif update blog sejak tahun lepas, kadang-kadang agak tekanan dengan masalah-masalah dalam dunia blog sekarang. yang membaca, yang mengetahui pasti faham. tapi, itu semua kadang-kadang mengajar aku tentang kehidupan. dari dunia blog atau dengan membaca blog orang lain juga kadang-kadang kita dapat mengenali sesuatu personaliti orang itu bukan?



dunia blog juga banyak menemukan aku dengan rakan-rakan blogger yang sempoi gila dan cacat otak spesis macam aku. aku senang dengan mereka dan maaf, jujurnya bagi aku, rakan di alam maya lebih rapat dengan aku berbanding rakan di alam realiti. mereka banyak membantu aku di waktu susah dan senang. kadang kala, rasa terharu sangat dengan keakraban kami seperti satu keluarga. lebih prihatin, ambil berat dan faham antara satu sama lain. terima kasih kalian, kerana menceriakan hidup aku. sayang semua ketat-ketat. bagi aku, susah untuk kami membina keakraban ini kerana HIDUP SEORANG BLOGGER banyak mengajar aku erti kepercayaan dan kejujuran kerana aku amat susah rapat atau percaya dengan seseorang terutamanya dalam dunia blog. terlalu ramai backstabber sejak akhir-akhir ini, membuatkan aku lebih berhati-hati.

siapa kata dunia blogging tidak seronok? tekanan sedikit kadang kala, maslaah di sana sini tapi pengalaman melalui semua itu seronok bukan? dari blog, anda semua akan mempelajari sesuatu yang sangat bernilai yang tidak mungkin anda semua memperolehinya di tempat lain.

nota kaki:

entri ini ditulis untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER oleh denaihati

Contest SEO sekali lagi diadakan di blog denaihati, amat mudah iaitu dipenghujung contest blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM300 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM150 setiap seorang. 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger akan menerima hadiah bernilai RM100 setiap seorang.

sponsored by: eQurban.com

You Might Also Like

15 comments

  1. dunia blogging memang seronok..sape ckp xsronok??uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sememangnya saat indah bila kawan2 online dapat bertemu di dunia nyata. berkongsi minat yang sama uhhh best! good luck ye untuk contest tu :)

    ReplyDelete
  3. seperti biasa banyak duri dan ranjau yg akan ditempuhi oleh seorang blogger tegar.. kalo ingin maju dalam arena ini, byk usaha yg perlu dilakukan.. seronok kenal u dan moga u lepas ni berubah kepada wordpress.. gyahahahhaha~

    ReplyDelete
  4. thanks yg wish gud luck

    syah; hampeh lu pnya ayat last

    ReplyDelete
  5. kalau xder blog, sure aku xder madu giler macam kau kan?wakakakakakaka!!!gud luck wei ;)

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dan selamat berpuasa.
    Waaaah... ramainya yang join contest ni. Good luck ya. kalau menang jangan lupa belanja. Hehehehehe....

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya dengan contest ni.. :)

    ReplyDelete
  8. wah.. lame gak jadi blogger nie.. gud luck contest nie..

    ReplyDelete
  9. aku ramai kwn blogger
    tp yg rapat mcm geng korang ni aku takde lah
    still depends on my real frens :)

    ReplyDelete
  10. Berkunjung dan salam kenal sob...

    ReplyDelete
  11. good luck eyra, hopefully berjaya lg kali ni

    ReplyDelete
  12. mmg ssh bab nk cari idea menulis blog ni..memerlukan bnyk masa untuk berfikir..hehe..btw nice entri..gudluck untuk contest ni..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook