HIDUP SEORANG BLOGGER (ii)

11:37 am


Kesinambungan dari entry HIDUP SEORANG BLOGGER sebelum ini, ini entri kedua yang ditaip pada waktu pepagi buta sambil minum ribena. Ini lah lumrah HIDUP SEORANG BLOGGER, sesudah pagi subuh mahu melabuhkan tirai masih bersengkang mata menatap skrin laptop/pc untuk menaip entri berbicara tentang HIDUP SEORANG BLOGGER. Bak kata Fynn Jamal, “embun yang menemankan aku sejak tadi malam sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh”. Mengapa? Masa ni lah masa terbaik yang ada untuk mendapat idea dan mood yang memuncak untuk menekan papan kekunci. Arghhhh terlalu skema kan penulisan aku? Hentikan. Bajingan. Ah.

Apa kalian semua fikir HIDUP SEORANG BLOGGER ni mudah ke? Seronok? Tidak selalunya indah, tetapi kalau dah gila gelak ketawa bersama macam cacat otak sekali-sekala itu macam indah pelangi kan? Bukan senang nak rapat dengan strangers. Lagi-lagi berkenalan di alam maya. Tapi nilai persahabatan itu yang aku banyak belajar dari dunia blog. Siapa kata blogging itu buang masa? Tidak berfaedah? Ah! Peduli kan semua itu. Kita tahu siapa kita bukan? Dan sesungguhnya aku sayang persahabatan yang terjalin dari dunia blog ini. Keakraban yang terjalin dari alam maya juga boleh bertukar kepada alam nyata dan itu lah kelebihannya. Tidak ternilai dan tak terbalas sampai mati!

Aku bukan penulis hebat. Karya-karya penulisan aku juga biasa-biasa sahaja. Blog aku juga blog picisan yang menceritakan perihal peribadi semata. Hanya berlandaskan minat menulis aku untuk meneruskan hidup sebagai seorang blogger. Blogger otai? Dewa dewi blogger? Langsung tiada definisi blogger otai atau dewa dewi blogger pernah tertulis dalam kamus hidup seorang blogger seperti aku. Hormat antara satu sama lain, jujur menulis, dan sentiasa mengkagumi setiap orang itu lebih baik bukan? Untuk apa menggelarkan sesetengah blogger itu otai? Semua blogger sama sahaja tiada beda. Pemikiran kita yang meletakkan sesetengah gelaran itu tapi kita masih boleh menilai baik buruk sesuatu benda itu kan? Berfikirlah di dalam dan luar kotak bukan hanya terperangkap sesak di dalam balang kaca selamanya.

Tiada apa yang perlu dibidaskan cuma melahirkan nukilan rasa di benak pemikiran aku. Aku hanya seorang blogger biasa yang penuh kekhilafan diri yang berjuang hidup sebagai seorang blogger. HIDUP SEORANG BLOGGER ini hebat. Tidak percaya? Lihat bayangan mu di kaca cermin, dan bertanya kepada diri sendiri. “HIDUP SEORANG BLOGGER seperti aku ini hebat kah?” Tiada manusia yang sempurna. Percayalah. Anggap sahaja semua orang juga hebat. Setuju?

Sudah penat berbicara tanpa hala tuju dari mukadimah perenggan pertama hingga yang terakhir ini. Di sini ingin aku kongsikan beberapa gambar sepanjang aku menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER. Mengenali mereka adalah hadiah terbaik yang pernah aku miliki. Terima kasih sahabat alam maya semua. Doakan persahabatan kita kekal selamanya. Ingat, nilai persahabatan ini tidak ternilai dan tak terbalas sampai mati!

pssstttt..maaf. aku tidak seperti blogger lain yang mempunyai tips-tips hebat untuk dikongsikan bersama. cukuplah, berkongsi pengalaman HIDUP SEORANG BLOGGER sahaja.















Antara blogger-blogger wanted di atas adalah JustKhai, Mazlin, Ariffshah, Zerohanz, Paeh, Fazreen, AyongQiela, Julia Bubbles, Aman Firdaus, Piratz, Nizam, Scromix, Juliet Anna, Miszgarfien, Cha'on, Yus, Azizan Kadir, dan Eny Sickchild. (maaf, nanti aku backlink kemudian).

nota kaki:

entri ini ditulis untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER oleh denaihati

Contest SEO sekali lagi diadakan di blog denaihati, amat mudah iaitu dipenghujung contest blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM300 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM150 setiap seorang. 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger akan menerima hadiah bernilai RM100 setiap seorang.

sponsored by: eQurban.com

You Might Also Like

35 comments

  1. yaa

    ini memang 1 geng
    da kenal geng korg ni
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. hehhehhe...

    alamak.. saya minat la kat yg berjambang tu.. sape name dia?? no phone ade x?? hahhah..

    Selamat berjaya.. klu berjaya jgn luper blanja bowling 3 game.. hahha..

    ReplyDelete
  3. siapa yg bdk jambang ni?haha..jmpa korg mmg best la..sempoi je..hehe..ad mse lpk lg..

    ReplyDelete
  4. ade gak gambar aku kat sni.. kenangan tue.. bukan senang nak tengok rakan baru publish nie.. =)

    Actually tak join contest nie.. saje buat je.. gud luck.. =)

    ReplyDelete
  5. banyak betul mosaic. haha!

    ReplyDelete
  6. ery; hahahahahha geng kelawar kan?

    ReplyDelete
  7. yus; siapa? azizan kadir tu kan takde jambang da. hensem dah hahahaa

    ReplyDelete
  8. jijan; kami kan gila cacat otak hahaha

    ReplyDelete
  9. jijan; kami kan gila cacat otak hahaha

    ReplyDelete
  10. chaon ; mula2 lupa gak nak ltk gambar korg. tetibe teringat ade snap ariu ahhahaha

    ReplyDelete
  11. ariff; perlu ke aku mosaic ko juga? hahaha

    ReplyDelete
  12. best tol jpe blogger lain..hehehe

    ReplyDelete
  13. hahhhh...kenapa perlu dimosaic?

    ReplyDelete
  14. reality is not for me?..hahaa

    ReplyDelete
  15. aku suke tgk pic si eny gatal sebelah shasha je!!!!!wahahahaahha

    ReplyDelete
  16. dark half; biasalah ramai wanted. hahahahha

    ReplyDelete
  17. lizz; hahahhaha shadap kau. aku gatal2 ngan shasha tu ko takmo komen lak

    ReplyDelete
  18. berkongsi pengalaman pun sudah cukup bagus... pengalaman bukan semua orang dapat dan berlainan ceritanya.. :-) semoga berjaya

    ReplyDelete
  19. gud luck ! hehe

    ReplyDelete
  20. Hhehe gambar saya pon ada
    Touching la :)
    Muah3 hahaha

    ReplyDelete
  21. btol u zikr

    thanks sharinginfoz

    thanks iza

    thanks yukio

    nizam gedik. ahhaha akk censored

    ReplyDelete
  22. Kunjungan persahabatan dari Blogger Borneo... Btw, hobinya foto-foto yach?

    ReplyDelete
  23. gambar paling atas sekali adalah gmbr yg paling mahal..hahaha..

    tp sadis..gmbr dgn aku takde pn..T__T

    ReplyDelete
  24. amboi men suap2 ngn ariff shah kn?. haha. btw gud luck k. ngee :D

    ReplyDelete
  25. iya hobinya foto2 hehehe

    feez; tu la kau, aku duk tidor umah kau tp ta amek gmbr kan hahaa

    acap; hehehehe kontroversi sikit2

    ReplyDelete
  26. How do you do?
    I am 31 years old woman and I live in Venezuela, Santa Rosa. My interests it is a family and spiritual self-improvement. For a long time dreamed to make international friends

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook