Boom Bang Moments - The Making of TERUS movie.

8:50 pm

Hidup Seorang Blogger.

(latar belakang muzik: Seru - Fynn Jamal)

amaran: jangan baca kalau belum sedia untuk bosan. entri terpanjang akan aku taip.

semalam kat Times Square ada gathering blogger-blogger ternama di Malaysia pergi berbuka puasa. sadisnya, kami yang tertinggal di Perak ni amat lah dukacita tak dapat pergi ke sana maka, kami pun buat lah gathering atau tweetup berbuka puasa sendirian berhad di Jaya Jusco Ipoh dengan penaja besar dermawan, Mr. Azman. eh? Amirul Faiz sebenarnya tapi semalam beliau guna nama itu.

bermula dengan kerja gila aku memulakan perjalanan pukul 11 pagi dengan suasana aman damai kepanasan mencecah 45'C di Toronto, Perak ini. memang sengaja mentipu di bulan puasa kata suhu banyak macam itu. tapi ironinya, sememangnya suhu kat sini mencecah ribuan Fahrenheit sebab kenapa entah aku lihat air tasik kat Masjid An-Nur tu macam dah surut sikit? abaikan. nanti aku suruh pengamal kaji cuaca je datang sini buat kajian.

menunggu adik Anna bagaikan orang gila di hentian bas depan UTP. aku kira, mungkin ada 88 kali bunyi hon memekak di telinga. menyesal rasa tidak bawa earphone bersama. aku fikir, orang-orang di Tronoh ini teruja setiap kali melihat perempuan menunggu bas di hentian mungkin?

kasihan Mr. A yang misteri itu menunggu kami di Ipoh terlalu awal sambil melihat gadis cantik di hentian bas. kami bertolak dari Tronoh kira-kira pukul 1.00 petang walaupun mulanya janji pukul 11 pagi. kasihan Anna, sempat kena tahan dengan pakcik tua mengawal pintu pagar UiTM Seri ISkandar gara-gara pakai seluar skinny jeans. itulah dik, kan akak dah cakap pakai baju kurung je senang?

tiba di Ipoh dan terus mencari jejaka kacak, Mr.A yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis cantik walaupun fizikal beliau seperti budak sekolah. Kami teruskan perjalanan ke Jaya Jusco Ipoh dan sampai sahaja, semua pening nak berbuka puasa di mana. Si Anna dah mula bagi cadangan pelik-pelik nak berbuka kat Sushi King. kamu ingat kita duduk kat Jepun macam Zack Zukhairi ke dik hoi? akhirnya, kami buat tampahan berbuka puasa di Pizza Hut. akhirnya, berjaya meng-pow Mr.A yang menangis keluarkan sekeping not 50 dari dompetnyanya.


kemudian kami teruskan aktiviti dengan membeli tiket wayang "GARAM" lakonan makcik jolie. walaupun Mr.A dah tengok cerita garam ni, tapi beliau setuju juga dengan syarat duet orang lain dileburkan. okayh, mentipu lagi. semalam aku ikhlas dan redha. lepas itu, pergi merewang macam orang gila dalam Jaya Jusco. terjumpa botol susu Doraemon dengan Keroppi teringin nak beli untuk anak Azman Ishak tapi terpaksa lupakan je hasrat hati sebab tidak tahu bagaimana mahu bagi. kemudian, kami ke MPH juga lagak seperti otak cacat kami penuh dengan bahan ilmiah padahal ke sana untuk gedik mengambil gambar sahaja.







pendekkan cerita yang semakin bosan ni, kami pun teruskan aktiviti mengumpat di jalanan ketika bulan puasa, dan menonton wayang garam dengan penuh kusyuk. lepas itu, kami teruslah berbuka puasa di Pizza Hut sampai tak fikir dah pukul berapa nak balik ni? oh ye, sempat aku gaduh dengan seorang mamat ni dalam sms. siapa? nanti kat bawah aku cerita.










masa untuk pulang dan berpisah dengan Mr.A, usahawan terkenal di Malaysia mengalahkan dR. Rozmey lagi. baiklah, mentipu je sebab semua ayat nak hiperbola. lepas tu aku dan Anna menuju ke Medan Kidd dengan harapan musnah untuk pulang. tanpa sedar, kami tidak dapat pulang. maka, memintan pertolongan superhero Jacksparrow yang aku bergaduh sakan waktu berbuka puasa tadi untuk ambil kami di sana. nasib la beliau setuju kan? terima kasih pakcik.

hah dah ready scene paling saspen? kereta encik Jacksparrow yang bernama Natalia buat lawak antarabangsa. selepas Natalia berhenti, cari handphone masing-masing dan update Tweet! punyalah tegar nak update Twitter. tekonologi di hujung jari. nak tahu apa yang terjadi sila klik : blog Mighty Jacksparrow.

kemudian kami ke Tesco, dan juga ke McDonalds temankan Jacksparrow berbuka puasa terlambat waktu dia itu. kami gelak ketawa sampai aku sedu sedan dari McD, sampailah dalam kereta masa nak hantar pualng ke rumah kawan dia. semuanya gara-gara balik lewat, Anna tak dapat masuk UiTm. baru aku tahu, UiTM ada limit masuk sebelum 10 malam je. kami lalu jalan penuh angker gelap gelita ke batu gajah,dengan selingan cerita seram oleh Jacksparrow. takpe, bulan puasa takde hantu kan? nasib tak buat lawatan rasmi ke Kellie's Castle semalam.

dengan penuh dugaan mencari rumah kawan Anna. apakah? Terus je! mira kata Terus! terus punya terus tak jumpa-jumpa. lagi sesat sampai ke rumah kosong, surau baru nak bina, kedai tayar, kedai makan, cari jalan limo. limo? a[pa tu? limosin? tak! jalan nombor lima. punya lah susah mencari jalan nombor lima. aku fikir, rasa nak katok kepala yang buat jalan. nombor empat dan enam jumpa, lima takde? apakah? rupanya jalan no lima letak hujung jauh sangat-sangat lepas nombor sebelas. aku rasa, orang buat jalan itu tak belajar matematik masa tadika dulu.

dah selamat hantar Anna, kami terus pulang ke UTP. akhirnya, selepas peha aku sakit-sakit macam aku yang drive, selamat juga tiba di village aku walaupun menempuh perjalanan yang tidak berapa selamat itu. alhamdulillah, aku masih hidup untuk menaip entri ini. kalau tak, aku rasa semalam memang kami punya nasib macam dalam filem Final Destination dah kalau Natalia melambung. kan?

p/s: pagi ni aku tersengguk-sengguk ketiduran di dalam kelas OOP. mata juga seperti panda.


You Might Also Like

7 comments

  1. aku dpt rasekan,si faiz aka mr azman celup tu ensem!!!!!hahahaha. malang sape kuar ngan ko wei.abis kering poket balik umah blanjer korang.wakaka

    ReplyDelete
  2. errrkkk..bosan...hahahahaha ;p

    ReplyDelete
  3. org tronoh ape? ske hon bile tgk awek cun? agak kasar statement "orang-orang di Tronoh ini teruja setiap kali melihat perempuan menunggu bas di hentian mungkin?" hahahahha.. apsal aku tak penah hon pun? aku org tronoh.. :D

    ReplyDelete
  4. memang best berbuka kat pizzahut kan? saya baru minggu lepas ke sana..best sangat..hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya...pizz hut tu..wwahahauuu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook