Gosip lagi? skandal bersegi.

2:07 am



“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!

“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.

“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”

credit: MyGosip and Media Malaya




************************************


gosip lama tapi aku tetap nak post. ahaks! aku tak suka si Fiza ni sejak aku sekolah lagi sebab pernah terjumpa dia kat mall, dia sombong! Fiza sudah diceraikan dan penceraian dilakukan di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November yang lalu. eh eh gosip artis lagi? dah dah, lepas ni kita cakap pasal benda lain la pulak ye? =)

You Might Also Like

2 comments

  1. mna satu suami fiza, i guess yg senyum tanampak gigi tu kot. mmg tak baik curang woo. wartawan panas la ieyra :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S