Jumpa Hantu & McDonald's Breakfast

3:57 am



McDonald's Hotcakes! nyummmy~ bila weekdays, hanya RM4.50 sahaja. sangat murah kan? okayh sebelum aku story mory dari mula, korang tatap lah Hotcakes tu lama-lama sampai kekenyangan. sebelum cerita pasal McDonald's , meh kita bisik-bisik pasal cerita hantu di UTP dulu...



roomate sabahan aku balik bilik, kami pergi makan dekat Lanz Cafe, Bandar Seri Iskandar. kami berempat.tetibe diorang bukak cerita pasal kisah seram masa diorang habis kelas malam tadi dekat Block 1. aku tatau la kenapa semua orang ada kisah seram dengan lif Block 1 tu. diorang cakap masa tu dari tingkat 2 nak turun ke tingkat bawah sekali iaitu, Ground Floor. so mesti lah tekan button "G" je kan? tapi tetibe lif terhenti dekat First Floor. tapi diorang tak tekan pun? entah lah tapi selalu kes macam ni jadi. aku pikir positif, lif tu rosak agaknya? tak pun pak guard saje nak usik diorang time ronda-ronda Block 1?


tu kisah seram suam-suam kuku. baiklah, balik dari makan dan lepak kat Lanz Cafe tu, kami kena bergerak ke hostel V5K sebab kawan aku nak hantar kebab kat kawan dia. call kawan dia, katanya dia tunggu dekat parking pocket C. nak pergi V5K? parking pocket C pulak tu? pergh, masa tu dah tepat-tepat 12am ok! siapa yang tahu, tahu lah kot mitos cerita hantu UTP. apa yang ada kat V5K, Pocket C semua tu. nak pulak kena lalu belakang Chancellor Hall menuju ke V5. masa tu aku dah rembat kusyen dalam kereta, kongsi tutup mata dengan kawan aku. tangan dia pun dah sejuk masa tu. gila mencabar laluan belakang tu. tengah-tengah hutan masih dara itu memang menyeramkan.




so, kami pun lalu je la. tabah hati je lalu. padahal mulut dah cakap bukan-bukan masa sebelum lalu sana. on the way ke V5, kawan aku yang drive tu cakap.. "nasib baik ada kereta depan kita". masa tu kawan sebelah aku pandang aku buat muka pelik. kami tak nampak kereta pun ok. fine. lama sikit, tetibe baru muncul kereta. fuhhh masing-masing tarik nafas lega. tetibe kan, jalan lagi....biasalah, perjalanan jauh je rasa. tetibe jumpa orang pakai baju putih! tengah-tengah hutan beb. masing-masing terdiam. istighfar dalam hati. normal ke manusia duduk situ sorang-sorang tengah malam buta? aku cuba pikir positif, dia pegi jogging kot? tapi, dia tengah jalan perlahan-lahan masa tu. wadehel kan? bebudak ni pulak mulut cabul tanya, "eh korang nampak kan?" masa selisih dengan orang tu, aku try jeling muka dia. duh! tak nampak langsung padahal aku pakai spec mata dah tu. then kawan yang drive tanya; "eh dia ada lagi tak kat belakang?" semua diam. sampai ke V5K.


balik tu, terus basuh kaki bajet nak tido. tapi last-last tak boleh tidur pun maka sebab dah plan nak buat #McDTwtup = McDonald's Tweetup dengan bebudak UTP, aku pun tak tidur. 5am kami bertolak dari UTP ke McDonald's Pengkalan, Station 18, Ipoh. sampai dalam kira-kira sebelum pukul 6am. beratur sejam dowh! baru dapat makanan. kenapa lah bukak satu kaunter je? biasalah esok kan last kupon tu sebelum expired. so hentam semua makan McD. jadi jugak buat tweetup pepagi buta. aku beli McDonald's Hotcakes 1 set = RM4.50, Apple Pie = Rm2.00 dan dapat FREE 2 set Big Breakfast. masyukkk!





hari ni, kelas HSE tak pergi. bebudak yang join #McDTwtup semalam pun tak pergi kelas. yang tak jadi pegi #McDTwtup pun sama kes tak pergi kelas. haihhh....semua pengsan kekenyangan. tapi aku pergi HP Career Talk. hahaha. aku sempat buat sesuatu yang comel. ok, siapa nak belanja saya sepasang sari? bajet macam deepavali nak dekat dah! okbai!



contestDH2



You Might Also Like

4 comments

  1. Laaa... akak jumpa something ye masa kita berjaga kat Twitter semalam.. hahaha.. Apasal tak #BTS sikit² kat twitter tu.. Aishh seramm! Tak pernah jumpa menatang tu dan harap takkan jumpa..

    ReplyDelete
  2. link tu dah xde dah.. tu kt blog lame. ni yg baru. dah update story baru punye - Koleksi Cerita Seram di UTP (update 30 mac 2011) http://bit.ly/fz3dgC

    ReplyDelete
  3. henna tu lawa nah ar. pekat kaler dia :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook