Review: Water For Elephant, Kongsi, Pirates of Caribbean: On Stranger Tides, Fast Five, Nur Kasih The Movie

12:48 pm





Maaf, aku rasa ini adalah tajuk entry terpanjang pernah aku buat. dan pastinya, entry ini juga akan panjang berjela. semua orang mintak review. hah! aku hanya pencinta panggung yang tegar bukan pengulas atau pengkritik filem yang hebat. tapi takpe, aku cuba review semua movie yang aku tonton sepanjang cuti semester aku selama seminggu sempena cuti yang akan berakhir esok hari. Lima filem yang aku tonton adalah: Water For Elephant, Kongsi, Pirates of Caribbean: On Stranger Tides, Fast Five, Nur Kasih The Movie. 







Water For Elephant (3/5 stars)

Cerita first aku tengok masa kat KL, mula-mula cuti semester start. Filem ni aku tengok kat GSC Alamanda, Putrajaya. Sebuah filem romantik yang diadaptasi ceritanya dari novel Water For Elephant hasil karya Sara Gruens. Antara pelakon dalam Water For Elephant ialah Reese Witherspoon, Robert Pattinson and Christoph Waltz. Cerita ni actually flashback oleh Jacob Jankowski yang dah tua. Dia flashback semula kisah zaman muda mudi pada tahun 1931, masa dia berumur 23 tahun. berhenti belajar dari Cornell, dan kehilangan parents yang meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya, Jacob Jankowski curi masuk dalam gerabak kereta api circus Benzini Brothers. Then bermula lah bermacam kisah macam mana dia kerja dengan circus Benzini Brothers and macam mana dia jatuh cinta dengan Marlena isteri majikannya sendiri. Macam-macam konflik berlaku dengan sikap panas baran bos dia, dan sampailah bos dia beli seekor gajah berumur 53 tahun bernama Rosie and dia kena jadi trainer untuk gajah tu. Masa ni si Marlena jadi performer bersama Rosie, so banyak lah masa yang Jacob habiskan dengan Rosie and Marlena. and masa ni jugak lah mereka ni bercinta. sampai lah satu disaster berlaku, Benzini Brothers lingkup sebab ketidakpuashati pekerjanya sendiri. Then Marlena, and Jacob berkahwin and dapat anak. macam biasalah ending cerita romantik kan? satu je yang best cerita ni, korang akan rasa sentap bila tengok Rosie the elephant tu kena seksa, and macam mana dia balas dendam and selamatkan sendiri Marlena dari kena bunuh dengan suami dia. siapa kata haiwan tiada perasaan? 



Kongsi (4/5 stars)


Cerita first aku tengok kat Kuantan masa keluar lepak dengan Huda Luna dan Ariffin. Filem ni aku tengok kat GSC East Coast Mall, Kuantan. Sebuah filem action/comedy yang diarahkan oleh Farid Kamil. Antara pelakon dalam Kongsi ialah Shaheizy Sam, Fizo Omar, Azad Jazmin. Filem ni mengisahkan siasatan ASP Shariff terhadap pembunuhan ahli-ahli tiga kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Tiga kongsi gelap yang diketuai oleh ketua berbangsa Melayu, Cina dan India slaing tuduh menuduh antara mereka yang melakukan pembunuhan tapi sebenarnya semua pembunuhan tersebut dilakukan oleh Temulak, pembunuh upahan yang membunuh untuk menyelesaikan hutangnya. Masa ni, ASP Shariff tidak tahu pasal Temulak dan tidak tahu siapa yang melakukan pembunuhan padahal pembunuhan tu semua sebenarnya dirancang oleh Kempedu yang mengupah Temulak sebab Kempedu nak control semua kawasan dalam Kuala Lumpur. yang best pasal filem ni, Temulak ni dah lah gangster gila muka, tapi loghat kelantan yang dibawa tu buat filem ni jadi komedi. cara pembunuhan pun ada yang tidak masuk akal dan ketua-ketua kongsi gelap pun ada unsur-unsur komedi. so, kalau nak gelak ketawa, boleh tonton movie ini. 



Pirates of Caribbean : On Stranger Tides (3/5 stars)


Marathon movie di GSC Berjaya Megamall selang satu hari selepas tengok Kongsi. Antara pelakon dalam Pirates of Caribbean : On Stranger Tides ialah Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz. Sebuah filem bergenre action/adventure oleh Rob Marshall. Filem Pirates of Caribbean kali ni ada mengandungi pelbagai unsur humor, mencabar dan aksi-aksi yang menarik. dalam cerita ni, Jack Sparrow bekerjasama dengan bekas skandal dia Angelica untuk ke Telaga Awet Muda sebab Angelica nak selamatkan ayahnya, Blackbeard yang kejam sebab berdasarkan mitos, Blackbeard akan mati dalam masa dua minggu. So, dia perlukan air magic untuk buat ayah dia awet muda. tapi, untuk dapat amgic tu macam-macam syarat haruslah dipenuhi dan pelbagai rintangan harus dilalui. antara syaratnya, setitis air mata ikan duyung yang dah macam ikan piranha je aku rasa, dan dua mangkuk perak. yang jadi masalahnya sebab ada 3 pihak berebut telaga air mata ni so siapa yang sampai dulu? telaga awet muda berjaya dimusnahkan oleh pihak Sepanyol kerana dianggap tempat berhala, tapi Jack Sparrow sempat dapatkan air magic tu dan bagi Angelica minum. ada juga terselit kisah romantik antara paderi dan ikan duyung, Syrena yang cantik gila tapi ganas itu. apa jadi dengan Angelica dan Jack Sparrow akhirnya? itu kena tonton sendiri. 


Fast Five (5/5 stars)
Antara movie yang terlibat dalam acara marathon movie di GSC Berjaya Megamall, Kuantan. Marathon filem Fast Five dan Pirates of Caribbean dalam masa sehari suntuk. Antara pelakon dalam Fast Five ialah Vin Diesel dan Paul Walker. Filem ini bergenre action/adventure oleh Justin Lin. Mengisahkan Dominick atau Dom merancang rompakan besar bersama rakan-rakannya di Rio. Dom merancang untuk merompak duet haram Reyes, taiko terbesar dan terkenal di Rio tapi pelbagai cabaran mereka kena lalui. dan mainan emosi juga banyak dalam filem ini apabila salah seorang rakan Dom mati ditembak. dan Dom juga mengalami masalah dengan pihak polis yang ingin menangkapnya ,aka Dom harus fikir danr ancang rompakan yang sangat teliti kerana Dom dan rakan-rakan juga dikejar oleh konco-konco Reyes. rancangan rompakan semakin sukar sebab Reyes berpakat dengan pihak polis Rio untuk simpan semua duitnya di balai polis tapi akhirnya Dom dan rakan-rakan berjaya juga merompak sebuah peti kebal yang sangat besar dari balai polis. masa ending nak merompak tu memang cool and ini filem terbaik aku rasa sebab sikit pun tak rasa bosan. 


Nur Kasih The Movie (4/5 stars)

Cerita terakhir aku tonton di Big Cinema, Kompleks Teruntum, Kuantan sebelum cuti semester aku berakhir esok harinya. Antara pelakon dalam Nur Kasih The Movie ialah Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Filem ini bergenre drama/romantik hasil arahan Kabir Bhatia. Filem ini kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang episod akhirnya telah ditonton oleh lebih 5 juta rakyat Malaysia pada tahun lepas. Filem ini mengisahkan bagaimana perjalanan hidup Nur Amina dan Adam selepas bermacam tragedi dan dugaan hidup yang mereka hadapi sebelum ini. Isteri Aidil, abang kepada Adam telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan pelbagai konflik dalaman dalam keluarga besar Aidil dan Adam. Nur Amina dan Adam pula telah membuka pusat asuhan dan kelab bagi remaja bermasalah dan kanak-kanak. Nur Amina disahkan mengandung, tetapi malangnya gugur di pertengahan kandungannya. Kemudiannya, Adam membawa Nur Amina ke Jordan dan di sana pelbagai masalah dihadapi. Mereka terlibat dalam kemalangan di landasan kereta api dimana kereta api yang mereka naiki meletup dan Nur Amina kehilangan cincin pernikahan mereka. Adam kembali ke kawasan kemalangan untuk mencari cincin tetapi penyakit yang dihadapinya kesan dari letupan di Mumbai dulu menyebabkan Adam menghidapi sakit jantung dan kemalangan jalan raya di Jordan ketika usaha mencari cincin yang hilang. Adam diselamatkan, Aidil dan Nur Amina berusaha mencari Adam yang hilang. masa ni, Nur Amina dah mengandung lagi. dan akhirnya, Nur Amina bertemu semula dengan suaminya yang hilang dan ke,bali ke Malaysia. masa kat Malaysia ni Adam memang disahkan sakit teruk dan memang dah kritikal lah. akibat hutang bil hospital, mereka menjual rumah dan kembali ke kampung untuk teruskan sisa hidup Adam. di saat akhir, ketika Adam dah nak meninggal, ada penderma jantung iaitu dari pelajar yang diasuh Adam sendiri so Adam selamat dan hidup sampai ke tua bersama Nur Amina tapi di akhir cerita Nur Amina tinggal bersama Aidil sebab Adam dah meninggal masa tu. cerita ni sedih sikit untuk mereka yang berhati tisu tapi buakn aku. satu je aku suka, anak Aidil si Ilyas tu pandai betul berlakon dan bermain dengan emosi. respek!



p/s: atas ni koleksi aku kumpul tiket wayang dari first time aku tengok wayang ketika umur aku 15 tahun. ada dua album setakat ni. ok, ini sahaja review yang mampu aku siapkan. jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, dan aku harus tidur kerana bas ke Kuala Lumpur esok akan bertolak pad apukul 8.30 pagi. zzzz.... 



contestDH2



You Might Also Like

19 comments

  1. hoi.. kongsi kat ecm la!!!

    ReplyDelete
  2. cm best je cite kongsi... sebab tak pernah tengok cite melayu kn..
    yg laen ta minat.. hohooh

    btw thanks tuk review niy.. hohohoho =)
    boleh la serbu gsc

    ReplyDelete
  3. Berpeluh membacanya,

    Mujur best!

    ;)

    ReplyDelete
  4. tu dia..marathon movie lagi tu..dasat....

    ReplyDelete
  5. arepin; bahahaha nasib kau alert. aku mamai la mlm td. dah tukar daaa

    ReplyDelete
  6. ery; mmg..aku kumpul banyak da hahahah . album besar lagi :p

    ReplyDelete
  7. huda; mcm la kau tatau hobi aku hak2

    ReplyDelete
  8. Nizam; boleh lahh.. ok sbb ada mcm gelak2 je

    ReplyDelete
  9. Dhilla; pi serbuuu i dah tak larat nak mengkayakan GSC

    ReplyDelete
  10. azree; thanks dear. sedaya upaya menaip hahaha

    ReplyDelete
  11. reez, ni la habit masa cuti hahaha

    ReplyDelete
  12. fadil; awak pun sama apa. hahaha

    ReplyDelete
  13. Pirates of the carribean dapat 3 star rating je ker?
    Macam tak best jer ni.... ["~]

    ReplyDelete
  14. yg ni agak bosan sikit dr pirates2 sebelum ni

    ReplyDelete
  15. Tengok tak ajak..hehehe
    tgk 5 furious je setakat ni..
    yg lain2 xtawla biler :(

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S