Selamat Hari Ibu

2:45 am




Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Semuanya...ibu.






Aku selalu teringatkan..ibu
Bila sedih, aku mesti talipon…ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah..ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku..ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..ibu
Yang selalu berleter kat aku..ibu
Yang selalu puji aku..ibu
Yang selalu nasihat aku..ibu
Semuanya...ibu.




Aku ada pasangan hidup sendiri..
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada ibu
Bila sambut valentine's day… aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat pada aku
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Bila?



Ibu selalu berkata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.Dan hari ini....aku masih meneruskan perjuangan aku mencari ilmu demi masa hadapanku...untuk aku kirimkan wang untuk ibu di waktu tua nya nanti. itu janji aku pada ibu.




Dua puluh tiga tahun ini...siapalah aku tanpa dirimu walaupun kau sering memarahiku. Aku tidak pernah kecewa kerana kata-katamu bak mutiara dan kerana ku tahu disebalik kekatamu itu terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya... Aku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku yang akan mengajarku erti sebuah kehidupan. Aku telah banyak berdosa kepadamu, dapatkah aku membalas jasa baktimu? Yang laksana pepasir di pantai, yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku dan yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil... Sempena Hari Ibu ini, aku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia disamping keluarga kita yang tercinta...




p/s: ini adalah entri sempena contest SELAMAT HARI IBU DARI JOEGRIMJOW 


baca lain: entry hari ibu budak gumuk 



(づ。◕‿‿◕。)づ





contestDH2



You Might Also Like

19 comments

  1. Wahh.. muka akak ikut sebelah mak rupanya.. keh3... Btw, semoga berjaya utk contest ni ye... =))

    Latest Post: 10 Tweet Paling Menarik #PerempuanSexyBila

    ReplyDelete
  2. wow! LIKE, suka2..:)
    selamat hari ibu ye :D

    ReplyDelete
  3. entry syahdu..aku xde idea nk tulis entry hari ibu nih haha

    ReplyDelete
  4. sedih... terharu baca entri ni. isk3...
    mak saya takde.... takde kat perak.







    ada kat kampung terengganu tu haa.. :)

    ReplyDelete
  5. ehehehe..
    blog budak gumuk eh?
    cisss..


    hahaha..
    best2..


    kemarin malam ingat mo upload gmbar sndri dlm entry..
    tapi lupa..
    sa nda buli letak gmbar sendiri..
    hahahaha

    ReplyDelete
  6. @Neil; tau dah kamu takkan letak gambar sendiri

    ReplyDelete
  7. Arghhh..
    ehem, ehem..
    jan aa guna nama tu..
    haih~
    =.="

    ReplyDelete
  8. wahhh
    complete dengan gambar tu
    good luck untuk contest ni
    sama-sama kita meriahkannya yer

    ReplyDelete
  9. @gem; bahahahha nak nama glamer aja. :p bluwekkk

    ReplyDelete
  10. @daus; ye la tu kamu dausss

    @caenz; macehhh

    @penyu; loyar buruk

    ReplyDelete
  11. lepas ni ada selamat hari ibu mertua plak..hahaha

    ReplyDelete
  12. ni yang buat jeles dengan org yang dah habis exam nih..


    Sila lawat: Kaoshi Troll

    ReplyDelete
  13. Comel budak kecil tu.
    siapa la cik adik tu kan.

    ReplyDelete
  14. Selamat hari ibu gak Ieyra...scan gambar kecik2 nice..suka tgk comey...hehe

    ReplyDelete
  15. Tahniah Tahniah!!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook