"Bir Halal" dari Arab itu Haram?

8:09 pm



sekadar gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.


Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi."

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya. - Harian Metro



tidak silap saya, dari tahun 2009 lagi isu ini hangat seketika apabila minuman malt mula diperkenalkan di Malaysia. masyarakat meragui tentang halal atau tidak minuman yang digelarkan bir halal ini. kemudian, isu itu reda dan semua orang terus minum air ini.

apa maksud beer? dalam answers.com, "beer" bermaksud;

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

Umum mengetahui, minuman malt yang dijual di negara kita sekarang ini mengandungi 0.5% alkohol tetapi syariat Islam hanya membenarkan 0.01% kandungan alkohol sahaja dalam minuman. saya teringat isu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada orang ramai tentang perasaan gusar, tidak senang dan ragu-ragu dengan penjualan minuman malt ini di MIHAS 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC). Malaysia ini adalah negara Islam jadi soal HALAL dan HARAM sesuatu makanan adalah sangat ditegaskan dan sebarang kemasukan barang asing perlu diselia terlebih dahulu bagi menentukan HALAL dan HARAM sesuatu bahan makanan itu. jangan jadi isu seperti Secret Recipe Cake dan IKEA Meatballs seperti tempoh hari pula.

Tapi, bagi saya antara halal dan haram itu sudah dipanggil syubhah. Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil atau nas yang terang atau sahih. Hadis 6 daripada hadis 40 Imam Nawawi ada bermaksud:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."

Maka, bagi saya jika ragu-ragu atau was-was tentang halal atau haram sesuatu perkara itu, lebih baik bukan jika kita tidak mencuba langsung? Jujur, saya pernah rasa air Barbican ketika pesta convo di UTP dan di hari convo saya di PICC tahun lalu. tapi, saya rasa air tu tak lah sedap mana pun. so tak minum pun takpe kot? air kopi kat rumah embah saya lagi sedap. wallahualam.

baca lain: 





contestDH2



You Might Also Like

9 comments

  1. untung air kopi uma embah lagi sedap HAHA :D

    ReplyDelete
  2. mahal la barbican. tak sedap pun. harap botol lawa je. haha.


    My latest entry : Cermin Mata Hitam Censorship

    ReplyDelete
  3. yeah! betul tu
    betul air kopi lebih sedap..:DD

    ReplyDelete
  4. "On this basis, we can see that non-alcoholic beer is not an intoxicating drink, since it cannot intoxicate a person even if it is consumed in gargantuan quantities. Though there is a trace amount of alcohol in certain brands of non-alcoholic beer that can be determined by laboratory testing, this minute amount does not in any way warrant classifying the drink as an intoxicating beverage. It would be extremely difficult for a person to drink enough of the beer for the alcohol within it to have any affect."

    Digest the Fiqh argument here:
    http://en.islamtoday.net/artshow-409-3342.htm

    ReplyDelete
  5. SaLaM iRa..

    KaLau dah NaMaNYa aRaK, TeTaP HaRaM...

    ReplyDelete
  6. hurm..aku dari awal dah was2 dengan benda ni .. sampai siap kuar tv3 masa awal2 dulu.. hurmm aku pun tak tahu la apa nak jadi..tapi aku rasa perlu siasat betul2 dulu.. jangan jadi kes kek haritu..benda yang tak sah lagi dibuat andaian

    bagi aku..kalau boleh elakkan ker jer benda syubhah tu..x minum ..tak mati..

    ReplyDelete
  7. Waktu expo raya kawasan rumah saya dulu ada jual. ;DD

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook