468x60

.

Selamat Hari Pendidik

Monday, May 16, 2011



setiap tahun aku menaip entry hari guru. tidak lengkap rasanya tahun 2011 tanpa entry sebegini. lagipun, nanti pembaca semua bosan pula kalau setiap kali update hanya advertorial yang keluar. takpe, akan ku luangkan masa untuk para pendidik hari ini.

kenapa "selamat hari pendidik" dan bukannya selamat hari guru? sedikit kelainan kerana ada lah tutor aku yang comel ni bila aku wish tadi, dia ngomel: "mana ada hari tutor, hari ni hari cikgu".. cisdel, tak terharu langsung aku wish. hahaha~

entry hari guru 2008: Happy Teacher's Day

entry hari guru 2009: Warkah untuk guru

entry hari guru 2010: Selamat Hari Guru, Pendidik

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara.Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Pendidik di dalam islam pula adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. dan mendidik itu adalah amanat Allah s.w.t dan tugas mereka adalah mulia. (repost ayat entry tahun lepas)




Bagi aku, tugas sebagai guru adalah pekerjaan paling mulia di dunia ini. Bersusah payah, mereka sabar mendidik kita untuk menjadi insan berguna. sejauh mana kamu semua menghargai insan bergelar guru? aku sentiasa hormat mereka yang memilih kerjaya sebagai guru walaupun segelintir manusia memandang hina pekerjaan ini. sedih apabila melihat ada segelintir masyarakat kita tidak menghargai mereka yang bergelar guru. tidak kah tefikir di bank mereka, siapa yang mendidik mereka dahulu? ada juga di kalangan rakan-rakan aku yang terlibat dengan isu ini. ada yang dipandang hina oleh bakal mertua hanya kerana kerjayanya seorang guru. kata mereka, menjadi guru ini rendah kastanya, tidak mewah pendapatannya, tidak cukup berilmu tinggi hingga tidak layak menjadi pegawai di mana-mana sektor. apakah? masih ada yang melihat faktor mata wang itu lebih penting dari sifat mulia seseorang individu? ada juga di kalangan mereka yang tergamak menggelar seorang guru itu selayak dengan seekor lembu. ada pula pelajar-pelajar sekolah yang memukul guru. di mana terletaknya akal manusia seperti ini?




kita tinggalkan semua zaman sekolah aku. rasanya, sudah aku ceritakan di entry hari guru tahun 2010. Alhamdulillah, tahun 2011 ini aku masih terus berjuang mencari ilmu di Universiti Teknologi Petronas dalam jurusan Information Communication & Technology. Insyallah, akhir tahun 2012 akan tamat belajar. rasa seperti pantas masa berlalu. baru sahaja naik ke pentas di dewan PICC, Putrajaya untuk mengambil segulung Diploma. kadang-kadang apabila kita sibuk belajar, tanpa sedar masa berlalu terlalu pantas. beberapa hari lepas, ada aku pergi ke Kolej Professional MARA Beranang. rindu rasanya dengan kolej lama aku itu. berjumpa dengan para pendidik aku tika zaman dulu kala, ah rindu semua! mereka masih terus mendidik tanpa putus asa. di Univerisiti Teknologi Petronas, persekitaran yang berbeza bagi aku. tapi, para pendidik masih lagi mesra alam seperti di kolej dulu. lagi-lagi tutor yang bagi aku choki-choki tu kan? comel je layan perangai kanak-kanak ribena macam aku ni. ngeee~ 




terima kasih para pendidik yang mengajar aku dari zaman aku tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, kolej dan kini di universiti. tanpa kalian, rasanya tak mampu aku memegang sekeping kertas di atas ini. tanpa kalian, aku tidak akan menjadi kuat seperti ini. tanpa kalian, aku tidak dapat ilmu yang tinggi seperti ini. tanpa kalian...ah! aku tak tahu nak tulis apa lagi. hahaha. sila baca kata-kata dibawah ini. Selamat Hari Pendidik untuk semua pendidik di dunia! 


(っ˘з˘)っ~♥ (˘⌣˘)ε˘`)



Dia Seorang Guru Tua


Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

karya: Ismail Haji Adnan, 1989)



contestDH2






3 comments:

  1. fik-autoz said...:

    nice entry...yg blh kanan tu sweet ar,kim salam kt akak tu..hehe

  1. i still remember this poem..:)

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates