468x60

.

Review: Diary of a Wimpy Kid 2 and Kungfu Panda 2

Tuesday, May 31, 2011



Diary of a Wimpy Kid 2 (4/5 stars)

semalam layan Wimpy Kid 2. dah lama nak layan tak terlayan last-last semalam baru dapat tonton. kenapa nak tengok cerita ni? sebab Wimpy Kid 1 dulu aku dah tengok, haruslah tengok yang no 2 pulak kan? boleh terima tak alasan ni? T________T apa pun, permulaan cerita agak membosankan tapi pertengahan cerita (bak kata orang klimaks kan?) baru lah seronok ditonton. Filem ni mengisahkan Greg Heffley yang dah masuk grade baru mengharapkan perubahan dalam hidup dia. tapi, tetap sama jugak always kena buli lebih-lebih lagi dengan abang dia yang hensem gila babi tapi muka stim, Rodrick Heffley dan lebih teruk, adik dia umur tiga tahun pun selalu buli dia.abang dia ni memang otai gila selalu buli Greg tapi mak mereka yang sentiasa berfikiran positif tentang pendidikan untuk anak-anak cuba untuk rapatkan jurang antara mereka. macam-macam cara lah dilakukan tapi yang paling best masa dia dengan abang dia kena tinggal kat rumah berdua. Rodrick buat party, Greg kena kurung di basement tapi last-last mereka party bersama jugak. memang cool gila party tu! but mereka terlelap sampai lah parent call beritahu nak balik dalam masa satu jam, masa tu rumah sumpah huru-hara tahap gaban. so, mereka bekerjasama kemas rumah lah macam-macam tapi last kantoi jugak. diorang kena denda, Rodrick kecewa tak dapat masuk competition talent apa entah tu. but lastly Greg bekorban untuk abangnya. apa pengorbanan Greg? sila tonton filem ini. 




Kungfu Panda 2 (5/5 stars)


tadi gathering dengan kengkawan pergi tengok Kungfu Panda 2 di Big Cinema, Sitiawan. ya, kami sangat busy dan terlalu banyak kekangan masa maka terlewat menonton Kungfu Panda 2. seat masih FULL dan kami yang gamble muka konpiden tak beli tiket awal ni terpaksa duduk berasingan #foreveralone sebab seat ada jauh-jauh je yang tinggal. alhamdulillah, aku duduk seat atas sekali. yeay! Filem ini mengisahkan tentang perjuangan Po, si panda yang dulu tak pandai berkungfu, sekarang dah jadi harapan negara nusa dan bangsa. dalam Kungfu Panda 2 ni jugak Po tahu asal-usul dia sebenarnya, yang memang tak logik lah dia ni anak seekor angsa kan? puas aku pikir macam mana panda gemuk gedempol ni lahir dari telur angsa. bila Po ditugaskan untuk lawan dengan Shen, pahlawan merak yang jahat gila rampas kuasa semorang lepastu suka pakai meriam naga besar tu, baru lah Po ingat sikit-sikit asal-usul dia. filem ni lawak gila sebab aku berani janji korang akan gelak sampai urat kentut putus dan pankreas tercedera. and Po masa baby sangat lah comel! rasa macam nak peluk-peluk je Po tu. berbulu gebu buncit yang sangat menawan hati! tengok filem ni, sure korang tak menyesal!






Gathering Blogger + Twitterer di Sitiawan


oleh sebab komitmen tinggi (tak boleh blah ayat) di Kuala Lumpur hujung minggu ini dan aku tak dapat hadir ke Gathering Blogger Perak di Teluk Batik maka aku buat mini gathering di Sitiawan tadi. kami namakan gathering ni #TwtuPo sebab semua tengok Kungfu Panda 2 bersama-sama. mereka yang terlibat adalah Meyra Aziz, Muhd Fadil, Amirul Abu, Izyan Izzati, Ryzal Yusoff dan aku sendiri. lepas tengok wayang tadi, kami melepak di KFC Sitiawan berjam-jam lamanya. gelak sakan bukak topik zaman kanak-kanak. sumpah tak tahan gelak sepanjang masa walaupun antara mereka baru first time jumpa, tapi havoc betul KFC tu tadi. dah macam mapley pun ada rasanya. maaf, kami tiada gambar kerana kami semua blogger low-profile.




sebelum balik ke UTP tadi, kami sempat terserempak dengan sebuah kereta yang dipercayai kepunyaan ketua kumpulan Max 247. kasihan, oleh kerana tidak mendapat job yang banyak gara-gara dikutuk oleh rakyat Malaysia, kumpulan M-Pop Max247 ini telah melarikan diri ke Sitiawan. aku rasa, mereka tengah cari job baru di funfair berdekatan. by the way, thanks sangat kat Meyra, Yan, Fadil, Ryzal, and Mirul sebab korang dah buat life aku perfect gilak seharian ni. dating dengan korang sabgat best sebab semua kepala masuk air. aku tengah menaip entry ni pun ting tong je rasa tahu? thanks! love ya guys! ♥



contestDH2














4 comments:

  1. mirul said...:

    tadi takleh komen. hahaa. naw boleh.

    btw, tuh kete aku okeh. MAX247 yg tiru aku okeh. hahahaaaa

    memmang ohsemm dapat gath. credit to all

  1. Muhd Fadil said...:

    dari semalam nak komen. baru sekrang boleh?

    bhahaha. takpe, sabar menunggu walaupun noti. haha

  1. Monica said...:

    i haven't seen these movies..i wanna watch Diary of a Wimpy Kid 2! :D

  1. neyra shazeyra said...:

    mirul; ohsem gilak kan? hahahaha/ :p

    fadil; ada error apa ntah takleh komen =.=

    monica; heheheheh.... must watchh

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates