Belia Pemangkin Transformasi Negara

12:31 pm


Belia itu siapa?

Apa definisi bagi belia? belia dan remaja itu sinonim kah istilahnya? Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun tetapi menurut Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.” Alasannya, ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai oleh banyak negara.


Belia sebagai pemangkin transformasi negara


Siapa kata peranan kamu sebagai seorang belia itu tidak penting? SALAH! Peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara amat penting kerana golongan Belia bukan sahaja penting dalam populasi negara, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik negara kita. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju.

Oleh sebab itu, para belia haruslah menggunakan masa mereka kepada yang lebih bermanfaat. Usia muda yang boleh dilentur bila-bila masa ke arah jalan yang tidak elok itu boleh merosakkan belia-belia di negara kita. Belia mempunyai peranan penting dalam menrealisasikan matlamat negara kita untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.

Bagi saya, zaman teknologi yang semakin membangun ini, semua belia haruskah lebih peka dan bersifat lebih berkepimpinan dalam menyuarakan pendapat mereka demi kemajuan negara. Alaf ini, belia seharusnya diberikan hak untuk bersuara dan ruang untuk mereka menyampaikan idea serta pendapat yang bernas untuk membantu menjana kedaulatan negara disamping membantu tranformasi negara ke arah lebih baik. Jika belia mendapat peluang seperti ini, saya yakin kemajuan teknologi masa kini tidak akan disalahgunakan oleh belia kita.

Dalam perutusan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak Sempena Hari Belia Negara 2011;

Hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang fajar 2020. Malaysia memiliki tradisi unik bersikap pragmatik dan bukan dogmatik , mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional yang bersifat transformatif. Inilah keunikan negara kita dari merebut kemerdekaan secara rundingan, mengukuh perpaduan nasional melalui integrasi dan bukannya asimilasi, menghapuskan pemberontakan komunis dengan memenangi hati dan fikiran, membangunkan kawasan luar bandar secara sistematik, membina infrastruktur asas secara di hadapan keluk, menarik pelaburan asing bagi merangsang proses perindustrian dan hari ini meningkatkan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.

Kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan berjaya menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara eceran atau berdikit-dikit. Ke arah matlamat ini lahirlah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM); bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan Negara kita bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020.

Kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional ini memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu Negara ke tahap yang kita impikan. Maka amat sesuai tema bagi Hari Belia Negara 2011, “Belia Pemangkin Transformasi”.



Himpunan Sejuta Belia Putrajaya Mei 2011


Bertemakan ‘Belia Pemangkin Transformasi Negara’, sambutan kemuncak bakal menyaksikan Himpunan Sejuta Belia bertempat di Dataran Putrajaya pada 29 Mei ini. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mei tentunya menjadi catatan sejarah yang amat bermakna khususnya bagi golongan belia negara. Pelbagai acara akan diadakan selama tiga hari berturut-turut. Mari semua belia, kita memeriahkan suasana! Sekurang-kurangnya semua belia negara dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah di samping merapatkan lagi silaturahim antara kita. Kita adalah belia pemangkin transformasi negara!





You Might Also Like

3 comments

  1. Aku terharu ada orang cakap aku pemangkin transformasi negara. kah kah kah.

    Entri terkini: Karak - Laluan puaka

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook