dua puluh tiga tahun kehidupan.

8:53 pm



Alhamdulillah, genap duapuluhtiga tahun aku masih bernafas di bumi ini. duapuluhtiga yang penuh liku-liku kehidupan. terasa jauh di sudut hati, baru semalam sahaja menaip cetusan rasa untuk kelahiran yang ke duapuluhdua. Syukur, Tuhan masih beri aku kesempatan untuk bernafas hari ini. nafas yang dilahirkan ke dunia ini oleh raja dan permaisuri sebuah kehidupan, yang diberi nama cahaya keberanian yang mahsyur ini masih kuat dan tabah memeluk bumi yang Allah cipta. Dan, jujurnya, diri ini masih terus belajar untuk bernafas dan hidup di paksi bumi ini. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.

Kata orang, susahnya hidup itu hanya disebabkan oleh kita yang membuatkannya menjadi susah. mulai dengan resepi cita-cita dan sedikit penambah perasa bergelar usaha dalam diri, InsyaAllah hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya dalam perjuangan kita meneruskan hidup ini. aku masih kuat, berjuang dalam perjuangan aku untuk terus menuntut ilmu disini. walaupun terlalu banyak faktor-faktor luaran yang mungkin, sedikit menganggu kehidupan aku sejak akhir ini, aku jadikan semua itu sebagai satu inisiatif untuk aku terus hidup. tanpa cabaran dan dugaan juga boleh jadi hidup ini membosan bukan?

Untuk semua sahabat di alam maya mahupun di alam realiti ini, yang aku mengenali kamu semua dari segenap pelusuk dunia, sesungguhnya kamu semua adalah kekuatan dan perencah kegembiraan dalam hidup aku. terima kasih sayangku semua, untuk setiap memori antara kita. moga pertalian persahabatan ini akan terus berkekalan, InsyaAllah. Untuk seorang mantan sahabat, mungkin aku boleh katakan disini, sebuah pengajaran yang aku kenal sejak usia aku duapuluhsatu dahulu, selamat kelahiran juga untuk kamu. moga kamu dipanjangkan lagi usia dan sentiasa dibawah payung rahmat-Nya. Untuk keluarga, terima kasih juga untuk kelapangan masa bersama sehingga hari ini. InsyaAllah, rasa sayang ini akan berkekalan hingga putusnya nyawa dari jasad ini. Dan untuk kamu si putera hati, kamu tahu siapa kamu. Terima kasih ya Allah kerana memberi perasaan itu dalam hidup ini dan terima kasih cinta hati kerana sentiasa berada di sisi aku.

Doa aku, moga aku terus kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan ini kerana usia duapuluhtiga belum lagi pengakhiran ceritera hidup aku ♥


You Might Also Like

12 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook