Pelancaran 5 buku terbaru Lejen Press

9:16 am


ini aku sedang kusyuk membaca Sperma Cinta, hasil tulisan AisaLingLung
gambar ditembak oleh rakan tilam sebelah.

semalam, 10 Disember 2011 aku ke pelancaran 5 buku terbaru Lejen Press di Uya Distro, Subang Jaya. Buku-buku yang dilancarkan ialah:




cukuplah tiga. habis suku gaji aku.

aku suka buku. aku suka baca buku. dan aku suka ke tempat yang banyak buku. berjaya membeli tiga buah buku, total RM60. aku bangga aku sanggup korbankan duit untuk membeli boot baru di M.O.D dengan membeli buku. cukuplah bajet buku untuk bulan Disember. bulan October lepas, sudah aku spent RM50 di Uya Distro jua. dan kali ini, aku beli Awek Chuck Taylor, Hero dan Sperma Cinta. ah! Kitab Terfaktab pun belum habis khatam, aku sudah tambah koleksi buku aku. bagaimana?


aku ke Uya Distro kerana dia dan buku nya.

aku sakit, tapi masih gigih ke Uya Distro dengan menukar sebanyak lima jenis kenderaan. jalan kaki, taxi, start lrt, putra lrt, ktm dan taxi. berbekalkan alamat  No. 26, 1st Floor (bahagian atas Station 1 Cafe), Jalan SS 15/8B, SS15 Subang Jaya, Selangor aku membabi buta kesana. dimana Uya Distro itu aku tidak tahu lokasi sebenarnya. tunjuk sahaja alamat pada pakcik taxi bermata sepet; "uncle, saya mahu ke alamat ini. uncle tahu?". kesana, semata-mata mahu berjumpa empat mata dengan kesayangan aku, Lord Zara.




 cuma mereka yang aku kenal.

dalam kesesakan ribuan orang yang hadir (ini hiperbola sebenarnya), aku sudah seperti rusa masuk kampung. terpinga-pinga terdiam sebab tak kenal semua orang. nasiblah ada Haniff. dengan Zara juga masih malu-malu penguin sebenarnya. iya lah, kali pertama bertemu bukan? dan kali ini, aku pasti bahawasanya aku lebih gemuk dari Zara. sudah kami ukur diameter peha kami.



ini sahabat sampai mati.

seorang sahabat yang sentiasa memenuhi paparan muka blog ini sekarang. dia sahabat, tempat berkongsi cerita suka dan duka. maaf si buncit, anda selalu terpaksa mendengar masalah budak gemuk ini. saya janji saya tidak akan beremosi selepas mendengar lagu ombak rindu lagi. eh? haha. cuba untuk pura-pura gelak ketawa lagi. ini sahabat sampai mati.



rakan baru dari dunia berkicau. 

sumpah, saya tidak pernah mengenali dia. salah seorang rakan Zara yang hadir di Uya Distro, cuba untuk beramas mesra bersama dia. juga dari dunia berkicau, namanya Farid. terus tekan butang follow lepas duduk di sebelah dia. lagi kritikal, terus kami mengedik kan diri bersama di depan lensa kamera. hai Farid, saya rakan baru anda.





suasana di Uya Distro.

agak ramai yang hadirkan diri. sila tepuk tangan untuk diri sendiri atas kejayaan anda. ulasan ringkas, dari awal upacara dimulakan hingga ke akhirnya, aku cuma menatap gambar budak lelaki di banner itu. lihat banner latar belakang pentas itu? pulang ke rumah malam itu, terus aku upload di muka buku bertanya, "ini ikhwan ke?" dan maknya menjawab komen, "mana kakak dapat gambar ikhwan?" . aku yakin itu gambar sepupu aku. walaupun tak seratus persen pasti. dan di majlis pelancaran ini juga aku jumpa salah penulis buku Angus. dengan muka tidak tahu bagaimana untuk malu , aku bertanya: 

Aku: "dari tronoh? Tronoh kat mana?" 
Penulis Angus: "budak UTP"
Aku: "ok, kita dari universiti yang sama rupanya"







penyanyi. penulis. pembaca.

Benar dikau kucinta
Setiap detik kupuja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari kutulis setiap hari

ya, itu Pretty Ugly di atas sana. mereka ada buat persembahan pada petang itu. hampir aku lupa lagu-lagu mereka. lama sungguh tak dengar gamaknya lagu-lagu mereka. dan dibawah itu antara penulis-penulis buku. terima kasih, kerana sudi menurunkan tanda tangan dan ucapan di buku yang aku beli. untuk AisaLingLung , maaf lah lambat beli buku Sperma Cinta. aku dah kata, aku tunggu gaji. hehehe....


gerhana bulan ditembak oleh aku.

dalam perjalanan pulang ke rumah malam itu, perasaan teruja inzal bagai apa aku melompat di dalam kereta Haniff, bila dapat lihat bulan yang sangat bulat dan terang. ya, dari kecil, memang itu perangai aku. aku juga boleh melompat-lompat jika dapat lihat bulan sebenarnya. Subhanallah indah ciptaan Tuhan. itu situasi sebelum gerhana bulan berlaku. ketika sebelum bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. sungguh, cantik bulan malam itu. dan pulang ke rumah malam itu, aku tunggu gerhana sampai ke malam. ketika gerhana bulan penuh berlaku, aku bersyukur aku dapat menikmati suasana itu walaupun gerhana dalam hati tidak pernah hilang hingga kini. lihat bulan, hati aku sedikit tenang. bulan sakit, aku sakit. gerhana bulan, gerhana hati aku.

You Might Also Like

3 comments

  1. pehhh. bergama\bor dengan laki orang ni. marah cikgu vee kejap lagi...

    kahkah

    ReplyDelete
  2. heavennya hdup ko yer iera. hehe

    ReplyDelete
  3. Hehehehe.

    Thanks for writing this sayang. Heh! I miss U so much, and yes I do love U.

    Untung jumpa kamu. Kenal kamu. And yes, Hanif is such a wonderful guy. :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook