Review: Mirror Mirror

7:00 am


Filem Mirror Mirror yang merupakan hasil gabungan The Brothers Grimm dan Snow White and the Seven Dwarf arahan Tarsem Singh menceritakan tentang seorang permaisuri jahat dan kejam, lakonan Julia Robert mengambil alih kuasa memerintah sebuah kerajaan. Snow White lakonan Liily Collins, puteri raja yang baik hati cuba menyelami perasaan rakyat jelata nya yang semakin hidup susah dek kerana permaisuri yang kejam suruh bayar cukai yang terlalu tinggi untuk menanggung kehidupan mewah permaisuri. Sebenarnya permaisuri ni dah habis hartanya. So secara tetibe datang pulak putera raja, Putera Alcott lakonan Armie Hammer. permaisuri ni pulak dah plan baik punya nak goda Putera Alcott yang banyak harta ni sebab nak menampung kehidupan dia.



dalam masa yang sama, permaisuri ni jelly lebih Snow White lagi cantik dari dia, so permaisuri berhajat besar nak bunuh terus Snow White ni. tambah jelly bila Putera Alcott jatuh cinta dengan Snow White, hangin betei la permaisuri ni kan. Maka permaisuri menitahkan bahawa Snow White perlu dibunuh tapi orang suruhannya tak sanggup sebab Snow White ni kan baik, cantik pulak. so, dia lepaskan Snow White kat dalam hutan dan tipu permaisuri bahawa Snow White dah mati dibunuh.


dalam hutan, Snow White berjumpa dengan 7 orang kerdil iaitu Napoleon, Half Pint, Grub, Grimm, Wolf, Butcher, Chuckles yang telah menyelamatkannya. 7 orang kerdil ni kerja mereka ialah mencuri tapi sejak Snow White duduk dengan diorang, 7 orang kerdil ni berjanji untuk mencuri harta permaisuri sahaja dan kembalikan harta untuk rakyat jelata lain. Akhirnya, Snow White dan 7 orang kerdil ni menentang permaisuri dan cuba untuk merampas kembali kerajaan yang sebenarnya hak milik Snow White. berjayakah mereka? happily ever after tak Snow dengan Alcott?


Overall, not bad la movie ni sebab movie ni bukanlah tipikal cerita Snow White ala-ala fairytale kita dengar masa kecik tu. Snow White ganas dalam cerita ni sebab pandai main pedang, dan lawan-lawan. takde lah gedik feeling princess sangat. orang kerdil nya pun tak comel, semua muka samseng gangster tapi lawak gila. paling best part permaisuri nak buat treatment tu. siapa sangka taik burung boleh buat masker? permaisuri sengkek je boleh buat. haha~ jalan cerita movie ni pun tak macam jalan cerita Snow White yang asal sebab dalam cerita Snow White tu kan  putera raja datang selamatkan Snow White yang pengsan tidur sebab kena sumpahan epal beracun? dalam movie ni, Snow White yang selamatkan putera raja yang kena sumpahan puppy love permaisuri. dan objek epal beracun hanya muncul di akhir cerita. heee~ senanya saya tengok cerita ni masa lunch hour tadi. dan dan je sempat kan? haha~ berapa bintang? 3.5 dari 5 bintang :)


psssttt...patutlah OST filem ni macam lagu hindustan. 
*sambil jeling nama pengarah*

You Might Also Like

4 comments

  1. Cair betul tengok kening Snow White.. kahkah!

    ReplyDelete
  2. Terbaek review Ieyra.

    Jom baca review kakiwayang.com pulak : Review Filem Mirror Mirror

    TQ ye

    ReplyDelete
  3. biasanya memang best cerita purba mcm ni. lakonan julia robert pulak tu.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook