Anchor Cheese Campaign: Nikmati roti dan kek yang gebu, lembut dan enak oleh Anchor!

3:35 am




Sabtu lepas sempat ke Yeast Pastry House di Melaka untuk ke launching event Anchor Cheese Campaign 2016 Fasa 2. Oleh sebab saya penggemar cheese dan lebih-lebih lagi penggemar pastry, memang semangat lah ke Melaka kan? Alang-alang buat weekend trip ke Melaka. Untuk pengetahuan korang, Anchor Cheese Campaign ni dah masuk fasa kedua dan kempen yang dijalankan pada fasa pertama tahun lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka, oleh sebab itu lah Fonterra Foodservices Malaysia meneruskan kempen ini di fasa kedua pula, dengan menyediakan pelbagai dessert dibawah brand Anchor. Dengan kerjasama beberapa kedai bakery di seluruh negara, termasuklah Yeast Pastry House Melaka ini, Fonterra Foodservices Malaysia akan terus menggembirakan hati pelanggan dengan limited edition dessert yang dihasilkan khas oleh chef-chef Fonterra dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat berkualiti dari brand Anchor seperti butter, cream cheese, susu dan krim. 


Kejap kejap, siapa tak kenal Fonterra ni siapa? Fonterra adalah salah satu syarikat terbesar dari New Zealand, dan global leader dalam industry nutrisi tenusu ni. Dan ini dah masuk ulang tahun ke 40 Fonterra di Malaysia, dan telah menghasilkan pelbagai jenama yang besar seperti Anchor, Anmum, Anlene dan Fernleaf. Ye, dari kecil saya memang suka minum Fernleaf. Dan satu-satunya susu tepung yang boleh saya minum sepanjang 28 tahun hidup ni Cuma Fernleaf. Serius, my mom pun cakap macam tu! Haha punya lama Fernleaf dan Fonterra ni sebati dalam hidup kami. Gituuuh. Dan dibawah jenama Anchor ni pulak ada Anchor Butter, Anchor Milk, Anchor Culinary Cream dan Anchor Cream Cheese. Hah, kalau Anchor Butter tu memang saya selalu sangat lah makan di hotel-hotel ke apa. Sedap! 





Okayh, jika fasa pertama dahulu, Fonterra memperkenalkan dessert inspirasi dari Jepun menggunakan Anchor Cream Cheese yang menyelerakan, untuk Anchor Cheese Campaign Fasa 2 ini pula, Fonterra memperkenalkan seleksi dessert bertemakan European dengan tema, “Connecting with Loved Ones”. (mohon rujuk gambar diatas yang tetibe kena dengan tema haha!). Perasmian fasa kedua ni sangat tepat pada masanya ketika rakyat Malaysia masih belum hilang mood raya walaupuns elepas sebulan beraya, dan juga Raya Aidiladha coming soon. Tak lupa juga perayaan-perayaan lain yang akan datang hingga hujung tahun nanti. Siapa je taknak hidangan juadah perayaan yang sedap dan enak dimakan kan? Pemilihan Yeast Pastry House juga adalah disebabkan oleh mereka setiap hari akan mengeluarkan roti dan kek yang fresh baked, tanpa bahan pengawet dan pewarna yang tidak dibenarkan. Antara dessert yang ada dibawah brand Anchor ialah: 



Almond Rosa; almond butter sponge cake yang penuh dengan kacang almond, dan ada lapisan Anchor Cream Cheese. Memang sangat sedap dan tidak muak!


Cheeznie; lapisan cream cheese di antara dua keeping brownies coklat dan toppingnya adalah kepingan walnut! saya bukanlah penggemar kek coklat tapi Cheeznie memang boleh diterima oleh anak tekak saya ni sebab tak manis pun kek ni!


First Love; roti manis dengan brown sugar cream cheese di atas roti dan sprinkle tambahan brown sugar diatasnya. Gerenti jatuh cinta untuk first bite roti First Love ni! Memang jatuh cinta dengan kelembutan roti First Love ni. 


Lady Marmalade; roti manis dengan cream cheese perisa oren dan toppingnya ialah kepingan buah oren! Fuh, terasa masam manis buah oren tu sangat sedap bila mixed dengan cream cheese. 

Sebagai customer, kita mestilah nak makan makanan yang berkualiti dan exclusive kan? Anchor Say Cheese Campaign ni salah satu cara Anchor untuk lebih dekat di hati pelanggan, secara terus melalui bakery partners mereka. Setiap bakery yang bekerjasama dengan Fonterra akan menghasilkan dessert terbaik menggunakan produk Anchor, dan resepi original dan training yang disediakan oleh chef-chef diiktiraf dari Fonterra. Menariknya, bila saya Tanya Mr Poh Wei Cheng iaitu owner dan ketua chef Yeast Pastry House tentang keenakkan dan kelembutan roti First Love, katanya mereka tidak menggunakan apa-apa bahan pengawet atau pelembut roti sekalipun untuk menghasilkan First Love tu. Wow! Memang kagum lah sebab kat rumah saya baking jugak, tapi bila letak bread softener je roti jadi gebu dan lembut semacam haha!


Semua roti dan kek eksklusif dari Anchor boleh didapati di kedai kek dan roti terpilih di seluruh Negara mulai sekarang hingga bulan Disember 2016. Pelanggan juga akan dapat sudu Anchor limited edition dengan setiap pembelian dua kotak Anchor’s signature dessert. Signature dessert oleh Anchor ini boleh didapati di RT Pastry (Klang Valley), Bread History (Penang), The Baker’s Hut (Seri Manjung), Born & Bread (Ipoh), Patisfrance dan Yeast Pastry House (Melaka), Veluxe Cake House (Skudai), Fung Seng Cake House (Muar), Port View Euro Bakery (Kota Kinabalu), Taka Cake House (Kuching), dan Hot Cross Buns (Miri). Harga adalah berbeza mengikut jenis roti dan kek. Tapi, murah je! Serendah harga RM3.50 pun boleh dapat dah roti First Love yang gebu tu! Fuh, roti murah dan sedap.

Dapatkan sekarang semua roti dan kek eksklusif dari Anchor, di kedai-kedai yang terpilih. Nyummmy!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook