Majlis Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
10:50 pm
Majlis Blogger Raya 2016
Di penghujung Syawal baru-baru ni, Komuniti Hai Blogger! sempat menganjurkan Majlis Blogger Raya 2016 dengan kerjasama Sajian d-Hidang di Shah Alam. Komuniti Hai Blogger! telah diasaskan oleh Halim Nadzeri, sejak tahun 2013 dengan objektif mengumpulkan geng-geng blogger dalam satu komuniti blogger yang bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti. Wahhhh kiranya, dah tiga tahun lah kan Hai Blogger! ni? Dan katanya, Majlis Blogger Raya ni dah macam salah satu aktiviti wajib tahunan, dan ini tahun kedua dianjurkan. Hmmmm...Majlis Blogger Raya tahun lepas tak berkesempatan nak join.
Gigih siapkan guestbook sampai pagi.
Hahaha! Ni je mampu buat last minute. Okayh la kan?
Persiapan petang tu.
This is so lovely and fascinating..
Simple tapi cantik kan?
Sunset petang tu..
Cannot move on about this. Asyik pandang ke atas je sebab cantik sangat..
Tahun ni, Majlis Blogger Raya ditaja oleh Sajian d-Hidang, dan pemilihan Sajian d-Hidang kerana kualiti makanan yang sentiasa terbaik dan eksklusif. Berpengalaman lebnih 15 tahun dalam industri makanan dan katering, memang Sajian d-Hidang sentiasa menjadi pilihan terbaik dan diberikan kepercayaan menguruskan katering untuk orang-orang kenamaan seperti menteri-menteri dan pembesar-pembesar lain.
Blogger semua mula datang jam 6 petang dan dengan tema baju raya, terasa meriahnya lagi hari raya walaupun dah penghujung Syawal. Majlis diserikan dengan pengacara majlis persis artis Emma Maembong, ala yang pernah viral kejap dulu sebab katanya muka gadis bernama Suffila Aida seiras Emma Maembong. Siapa lagi kalau bukan Suffila Aida! Siapa nak ambil Suffila Aida jadi pengacara majlis atau talent modelling boleh lah terus contact Mohd Fuad (019-3933529) ye. Sekaligus Fuad pun jadi pengacara bersama malam tu untuk memeriahkan lagi suasana mengusik para tetamu haha!
Semua jenis buah-buahan ada!
Kaunter dessert ni memang awesome.
Pecal, Satay, Kek Coklat, Buah-buahan...
Pavlova, Burritos, Salad dan Kek Pisang yang MasyaAllah sedap gila!
Pada malam Majlis Blogger Raya tu, Sajian d-Hidang menyediakan pelbagai juadah hari raya untuk para blogger. Lemang, lontong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, satay ayam dan satay daging, kuey teow goreng panas, ABC, cendol, burritos ayam, burritos kambing, kambing golek dan banyak lagi. Berebut juga masing-masing nampak makanan yang menyelerakan.
Stall burritos yang menjadi rebutan malam tu
Berselera betul para bloggers menikmati juadah raya malam tu
Antara juadah yang disediakan oleh Sajian d-Hidang
Majlis belum start pun saya dah bodek abang kat stall burritos tu nak rasa dulu. Hey, mestilah! Floor Manager kena QC makanan dulu. hahaha! Alasan je kan. Tapi memang tak tipu, burritos kambing terbaik! Makan pulak tengah panas kan. Walaupun burritos kambing, tapi tak bau kambing pun sebenarnya. Tu yang saya suka! Rata-rata blogger yang datang serbu stall burritos dulu. Dan tentunya stall kambing golek juga menjadi rebutan ramai. Saya pun tengah sibuk urus majlis boleh ulang alik ke meja dessert. Ya Allah sedap betul kek pisang, pavlova, red velvet, caramel pudding dan macam-macam lagi malam tu. Buah-buahan pun pelbagai jenis.
Sesi jawab kuiz dan para blogger dapat hadiah special CoolHijab!
Wah happynya dia dapat hadiah dari CoolHijab
Sesi berebut CoolHijab.
Siapa cepat dia dapat!
Malam tu juga Hafiz Mansor, pengasas CoolHijab datang malam tu dan buat kejutan bawa 20 botol CoolHijab untuk diberi PERCUMA. Wahhh seronok tengok blogger berebut menjawab kuiz untuk dapatkan giveaway CoolHijab. Ada juga sesi berebut CoolHijab atas kerusi. Sampaikan blogger lelaki pun berebut sama kemain betul! Siapa cepat, dia dapat. Malam tu juga ada selingan sesi sharing oleh Faiz Razak, dari blogrdirect untuk intro apa itu blogrdirect dan apa kepentingannya kepada para blogger. Yang mana belum daftar di blogrdirect boleh terus daftar di web blogrdirect ya!
Dan...malam tu juga ada birthday surprise untuk saya.
Terharu sangat sebenarnya malam tu sampai speechless.
Malu kena usik lagi.
Terasa special ada 100 orang sambut birthday dalam majlis besar macam ni.
Terharu sangat sebenarnya malam tu sampai speechless.
Malu kena usik lagi.
Terasa special ada 100 orang sambut birthday dalam majlis besar macam ni.
Di penghujung majlis, para blogger membawa pulang goodies bag dari Sajian d-Hidang dengan produk special mereka iaitu Ikan Masin Warisan, Sambal Goreng Picisan, Acar Buah Diraja dan juga Daging Lembu Dendeng. Tapi dua jenis je lah satu goodie bag. Nak satu set ni kena beli la hihihi. Dalam goodie bag juga ada MIWA Jelly Drink. Nyummmy!
Terima kasih semua crew yang terlibat, para blogger yang hadir dan penaja utama Sajian d-Hidang, serta penaja bersama, MIWA Jelly Drink, dan juga photographer dan videographer malam tu, CVS Production.
Untuk yang ingin mencari perkhidmatan katering pakej majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis graduasi, Hi-Tea, Inflight catering dan lain-lain lagi. Saya 100% mencadangkan kepada anda yang berminat untuk mengadakan majlis yang grand, exclusive, makanan berkualiti dan sedap untuk menghubungi Sajian d-Hidang sebagai pilihan pakej katering.
Untuk yang ingin mencari perkhidmatan katering pakej majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis graduasi, Hi-Tea, Inflight catering dan lain-lain lagi. Saya 100% mencadangkan kepada anda yang berminat untuk mengadakan majlis yang grand, exclusive, makanan berkualiti dan sedap untuk menghubungi Sajian d-Hidang sebagai pilihan pakej katering.
SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD
Sajian d-Hidang Catering
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Facebook : Sajian d-Hidang Catering
No Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773
0 comments
drop your comment here!