Program B Healthy – Topik Kecergasan, Senaman dan Tips Diet Sihat!

4:37 pm




Ingat pesan Neyra dalam entry yang lalu, "Keep Fit and Be Healthy?" Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? Hah mesti korang kadang-kadang macam tak pasti atau tertanya-tanya semua ni. Jangan risau, segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang sudah mula disiarkan pada 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan B Healthy ini akan mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!



B Healthy bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Lebih menarik lagi, B Healthy membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan B Healthy dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan B Healthy dan berkongsi tips-tips dari mereka. 


Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komen mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu B Nutritious; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba;  B Fitness yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen B Mindfullness di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan. Selain selebriti tempatan, B Healthy turut berkerjasama dengan selebriti di Asia Tenggara seperti Raline Shah dari Indonesia juga Liv Lo dari Singapura dalam usaha menempatkan jenama B Healthy sebagai pelopor program kesihatan di rantau ini. B Healthy juga merupakan permulaan untuk saluran Astro Bella memperkenalkan lebih banyak lagi program berbahasa Inggeris buat tontonan penonton di rumah. 

Istimewa buat penonton di rumah, B Healthy juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod B Healthy untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle.

Jangan lupa saksikan B Healthy, setiap Ahad jam 7.00 petang saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD!



















You Might Also Like

1 comments

  1. Wah...menarik....saya pun ada buat team senamrobik utk ibu2...nnt boleh buat panduan

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook