Jom travel ke Taiwan!

1:34 am


Jom ke Taiwan! Eh, sejak follow We Are In Love – Chen Bolin dan Song Ji Hyo, terus jatuh hati dengan Chen Bolin….eh Taiwan ni dah lama dah. Ye la, dalam reality TV tu Chen Bolin ada bawak Somg Ji Hyo balik hometown dia dan tunjuk keindahan Taipei, Taiwan. Aduhhhh, seronoknya kalau dapat ke sana! Nampak best je kalau berbasikal atau naik scooter jalan-jalan dalam Bandar Taiwan kan? Hah, baru-baru ni ke Program Promosi Pelancongan Taiwan oleh Taiwan Tourism. Teruja weyh!


Untuk pengetahuan korang, jumlah pelancong luar negara yang mengunjungi Taiwan pada tahun 2015 telah mencecah 1049.9 juta orang dan 43 juta daripadanya adalah pelancong dari Malaysia. WHAT? Ramainya Malaysian pergi melancong ke Taiwan! Menariknya, Taiwan berada di kedudukan kelima bagi destinasi melancong terbaik di dunia maka dengan peratusan yang semakin meningkat ini, Taiwan telah berusaha untuk menawarkan persekitaran ‘Muslim friendly’ yang dapat menarik minat umat Islam untuk mengunjungi Taiwan.



Masa event Promosi Pelancongan Taiwan baru-baru ni, Chef Dato’ Fazley, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 pun ada dijemput sebagai tetamu khas dan berkongsi tentang lawatan beliau di Taiwan, pengalaman, tips dan macam-macam lagi tentang Taiwan yang sesuai untuk pelancong Muslim. Chef Dato’ Fazley dah melawat Taiwan untuk kali pertama pada Mei Tahun 2016 dan teruja betul saya mendengar cerita beliau try makanan di pasar Taipei seperti Po Bu Zi (Cordia dichotoma) dan Onsen Tamago (telur separuh masak) yang memang sedap dan ada di Taiwan je lepas tu sempat dia puji pasar ikan di Taipei yang kemas, cantik dan bersih. Mula-mula jadi skeptikal jugak ingatkan Taiwan macam China, ternyata dengar cerita Chef Dato’ Fazley pun boleh berubah 360 darjah pandangan tentang Taiwan ni. Eeee….tak sabarnya nak pergi travel ke Taiwan! 




Dah lah dalam masa beberapa tahun ni, Taiwan dah tambahkan kemudahan surau dan tandas bidet, malah menggalakkan restoran di Taiwan untuk untuk mendapatkan pengiktirafan halal supaya umat Islam dapat melancong dengan tenang dan tanpa rasa was-was gituuuh. Maka, boleh lah pelancong beragama Islam menikmati masakan Taiwan yang pelbagai tu! Tapi kena beli tiket sendiri la nampaknya, sebab masa program promosi haritu, dapat hadiah sekotak Taiwan Pineapple Cake yang famous tu je. Untung Blogger Tya Salmid menang tiket penerbangan return ke Taiwan petang tu! Kak Diya dan Bang Long pulak menang Taiwan voucher meals kat Restoran Muslim di Taiwan dan penginapan di salah satu hotel di Taiwan. Wahhhh bestnya! 




 So, ke Taiwan lah kita?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook