The Malaysia Traditional Arts Showcase 2016

10:51 pm



Siapa peminat Teater dan Drama Tari? Berita baik untuk pencinta seni tanahair! Sebanyak tiga program “The Malaysia Traditional Arts Showcase 2016” anjuran Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan diadakan secara PERCUMA di MaTiC mulai 19 Ogos 2016 ini. Ya, PERCUMA! Ya lah masa ni lah nak memperkenalkan seni budaya tradisional kepada para pelancong dalam dan luar negara kan? Tak payah pelancong sangat lah, saya yang duduk kat KL ni pun dah teruja sangat dah ada showcase macam ni. Bukan senanga ada peluang nak tengok showcase budaya dan PERCUMA pulak tu!


Tiga progam The Malaysia Traditional Arts Showcase 2016 yang akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC Kuala Lumpur ialah:

+ Teater Tradisional Melayu Makyong: Dewa Indera Indera Dewa 
19 Ogos 2016 (8.30 malam) & 20 Ogos 2016 (3.00 petang)

Menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang diiringi muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.





+ Orkestra Tradisional Malaysia: The Colours of Malaysia 
2 & 3 September 2016 (8.30 malam)

Menampilkan gubahan lagu-lagu yang berasaskan kepada gabungan keunikan dan keindahan kepelbagaiaan kaum di Malaysia dengan tajuk “The Colours of Malaysia”. Pelbagai peralatan muzik tradisional kaum Malaysia seperti rebab, rebana, sitar, erhu, yangqin, dan tabla digunakan.





+ Drama Tari Puteri Lindungan Bulan 
 14 & 15 Oktober 2016 (8.30 malam)

Menampilkan pelbagai jenis tarian tradisional yang sering dipersembahkan di istana. Antara tarian yang dipersembahkan dalam drama tari ini ialah Tarian Asyik, Tarian Terinai, Tarian Layang Mas, sambil diiringi alunan muzik tradisional secara live.



Best jugak ada pementasan budaya secara percuma macam ni. Dari Istana Budaya ke MaTiC pulak tu kan? Fuh, bukan senang nak tengok pementasan sebegini. Harapnya dengan program macam ni dapatlah Negara Malaysia memperkenalkan lagi seni budaya tradisional kita kepada pelancong dalam dan luar Negara dan meningkatkan lagi sumbangan kepada industry pelancongan Negara.

 Ayuh kita ke MaTic!

 Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jln Ampang, 
Kuala Lumpur.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook