Costa Cruises Meraikan Ulang Tahun ke-10 di Asia

7:09 pm


Baru-baru ini, Costa Asia meraikan ulang tahun ke-10 syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang menyelusuri Asia. Sejak pelayaran sulungnya pada Julai 2006 sehingga kini, Costa Asia sudah mencatat 2 juta penumpang bagi pasaran Asia sahaja. Dah satu dekad ni, Costa Asia masih mengekalkan prinsip yang mengutamakan kepuasan pelanggan selain fokus kepada sentiasa exclusive dan elegan bagi pelanggan menikmati pengalaman pelayaran penuh kretif lebih-lebih lagi dengan pelayaran berkonsepkan Pelayaran ala Itali atau Italy at Sea.




Bermula dengan pelayaran bersama Costa Allegra (tahun 2006), Costa Classica (2009) dan Costa Romantica (2010), dan yang terkini Costa Victoria (“The Ship of Fashion”, 2012), Costa Atlantica (“The Ship of Art”, 2013), Costa Serena (“Ancient Rome at Sea”, 2015) dan Costa Fortuna (“Museum at Sea) dan terkini pada April 2016, Costa Asia menampilkan pula Italy at Sea untuk memberi pengalaman pelayaran ala Eropah untuk para pelanggan. Armada Costa Asia juga bakal menerima ketibaan Costa neoRomantica pada tahun 2017, dan juga pada tahun 2019 dan 2020 akan menerima dua kapal persiaran yang berkapasiti 4,200 penumpang yang khusus rekaannya bagi pasaran Asia. Selain itu, syarikat pelayaran terulung Jerman AIDA Cruises akan menyertai Costa Asia menjelang 2017 untuk pertama kalinya, di Asia.


Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-10 di Asia, Costa Asia juga memberi penghargaan kepada ejen pelancongan yang mendapat pencapaian terbaik. Selain itu, Costa Asia juga menganjurkan peraduan “Mr./Ms. Costa Free Voyage” kepada ejen yang terlibat. Ejen akan berpeluang juga memenangi hadiah Pas Pelayaran selama 10 Tahun di Asia bersama Costa Cruises sebagai penumpang VIP, dan berpeluang menikmati perlayaran Italy at Sea. Untuk menang, ejen pelancongan hanya perlu menjawab soalan: 

“Kapal persiaran mewah Costa yang manakah menjadi pilihan / kegemaran dan nyatakan mengapa?”

Jawapan terbaik yang diterima dari setiap ejen bagi Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, masing-masing akan memenangi fasiliti kabin berkembar dengan balkoni bai setiap tahun untuk tempoh 10 tahun pelayaran berturut-turut. Tempoh peraduan adalah pada 11 Ogos 2016 hingga 2 September 2016. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 September 2016.

Antara Oktober 2016 hingga Januari 2017, Costa Victoria akan menawarkan rangkaian pelayaran untuk 3 hingga 5 malam bermula dari Singapura, Phuket, Melaka, Langkawi, dan Pulau Pinang. Dan ada berita baik! Untuk memberi keselesaan, pelayaran bermula Oktober dan November 2016, penumpang yang berada di Malaysia dapat menaiki dan kembali di Pulau Pinang. Wah, maknanya senang la untuk kita yang di Malaysia ni nak berlayar ala-ala berada di Italy gituuuh.



Armada Costa Asia memang akan menerapkan segala aspek kapal Costa Victoria ni secara terperinci gaya rekaan asli Itali yang elegan. Dekorasi pada lounge ada keuinikan seni, seperti di Capriccio Bar dengan penggunaan mozek karya Emillio Tadini. Wah ini juga menjadikan Costa Victoria ni kapal persiara berstatus fesyen pertama di Asia. Lima restoran yang terdapat dalam Costa Victoria menampilkan menu hidangan kulineri ala Itali khusus bagi selera orang Asia. Ada pelbagai jenis hidangan dari sajian buffet, restoran pizza, hinggalah ke fine dining. Terdapat juga sebanyak 10 bar, dan kelab malam yang boleh dikunjungi dengan hiburan dan persembahan setiap malam.

Untuk merasai lebih real Italy at Sea, tetamu akan dibawa untuk melihat persembahan terkenal dunia iaitu Carnival of Venice, di atas kapal persiaran. Pesta yang dimulakan dengan persembahan muzik live dan diikuti perarakan di Atrium. Tetamu akan dapat menyelami kepelbagaian festival ini dengan persembahan budaya dan tradisi dengan suasana dikelilingi Carnival of Venice. Yang menariknya, yang terlibat dengan persembahan akan mengenakan busana Venetian so macam real betul Itali. Tetamu pun boleh turut serta menari bersama-sama ketika Round Dancing. Untuk menghiburkan tetamu juga, segmen khas Tribute to Michael Jackson dengan persembahan Feel the Beat menampilkan variasi rentak seluruh dunia dengan sentuhan moden. Tetamu juga boleh bergelak ketawa dengan komedi jenaka Duo Lafracci termasuk Sapori d’ Italia, yang bakal menampilkan seleksi lagu dan tarian popular Itali.


Jangan tak tahu, untuk kanak-kanak pun ada special activities! Di Squok Club, ada pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti kelas menari, pirate party untuk treasure hunt, aktiviti art & craft membuat kostum dan topeng Venetian, melukis mural dan t-shirt, buat rantai, bersukan dan macam-macam lagi! Menariknya, kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah layak berlayar secara PERCUMA bersama ibu bapa mereka. Kiranya takde lah nak tinggal je anak korang tu boleh la bawak sekali. Dah la percuma kan.

Wah, teringin juga nak berlayar bersama Costa Cruises Asia ni. Boleh feel real Italy walaupun tak ke Italy tu. Tapi mesti romantic kalau pergi dengan pasangan kan? Ehhhh

Untuk mendapat info yang lebih lanjut boleh terus ke website Costa Asia, 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook