468x60

.

Melompat kegembiraan di EnerZ Indoor Trampoline Extreme Park

Thursday, August 25, 2016


Seluas 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park ni salah satu di antara Indoor Extreme Park yang TERBESAR di Asia. Memang confirm, melangkah masuk je korang akan rasa teruja tengok sana sini trampoline je. Dengan platform yang berwarna-warni. Tali tergantung sana sini di udara, dinding untuk dipanjat, terjun semua benda ada kat sini! Kalau adrenalin korang tak bergerak secara aktif dan pantas dalam EnerZ Indoor Extreme Park ni, sah korang ada masalah besar! Dan menariknya, kat sini semua aktiviti sesuai untuk pelbagai peringkat umur yang gemarkan aktiviti extreme dan adventure macam ni. Eh mesti la seketul Neyra suka aktiviti macam ni! Lupa entry Viper dulu? Terima kasih Broframestone jemput saya ke sini!





Sukan ekstrim dan mencabar kini lebih digemari ramai di Malaysia tapi salah satu perkara yang jadi kebimbangan semua orang ialah risiko keselamatan dan cuaca kat Malaysia ni yang memang boleh rosakkan mood korang. Teringat teambuilding dan obstacles masa kat Kem Saujana Asahan, Melaka bulan May lepas. Nak main flyimg fox, abseiling, high ropes semua tu kalau cuaca hujan macam mana? Hah, lepas ni tak perlu pening-pening lagi datang je EnerZ Indoor Extreme Park ni. Ciri-ciri keselamatan sangat lah terbaik, dengan guide dari coach, dan juga semuanya indoor! Takde lah sunburn pulak kalau kat luar kena panas matahari ataupun demam kena hujan kan? Baguslah semua rakyat Malaysia sihat sikit berpeluh lepas ni. Asyik main Pokemon GO je mana nak keluar peluh kan?




  

Ada pelbagai aktiviti di EnerZ Indoor Extreme Park ni. Bukan main lompat-lompat free jump atas trampoline je tau; Foam Pit, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Wall Climbing, Gut Builder untuk kanak-kanak dan juga basketball dan badminton court! Yang terbaru, EnerZ menambah tiga platform baru yang lebih mencabar, iaitu Gladiator, Meltdown dan Ninja Warrior. Hah nak tahu semua ni macam mana nak main kena lah datang sini cuba dulu ye dak?

Selain datang ke sini bersama kawan-kawan dan keluarga untuk lebih bonding dan eratkan lagi hubungan masing-masing, EnerZ Indoor Extreme Park ni juga sesuai untuk buat teambuilding organisasi atau company. Ye lah, masa nil ah baru tahu teamwork atau bekerjasama untuk sesuatu tu feel dia lain tau? Mungkin semua orang akan lebih produktif lepas tu? Birthday party, family day, dan aktiviti lain pun sesuai buat kat sini.






Untuk harga masuk ke sini sangat murah dan berbaloi iaitu;

OFF PEAK (3 jam / weekdays)

Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117
Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)

PEAK (2 jam / weekends, public holidays, school holidays)

Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138
Group of 8 Passes: RM288 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM680 (RM28 each)


Untuk yang menaiki public transport jangan risau, naik je LRT Taipan (Putra Height lane), kalau dari KL Sentral – Taipan baru RM4.10 lepas tu dari station LRT boleh naik UBER/GrabCar/Taxi atau jalan kaki je macam saya tadi! Setakat 1 KM je jarak LRT ke EnerZ ni apa lah sangat berpeluh sikit. Warm up sebelum main trampoline kan? Alamat ke sini ialah:


EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Website: www.enerz.my


Keep Fit, Be Healthy!






5 comments:

  1. Bro Framestone said...:

    Perghhhh, saya cadangkan Neyra setiap minggu datang ke sini he...23x

  1. Mouse Mommy said...:

    Wow! Many fun games available in Enerz indoor extreme park! Another choice of my family outing 😘

  1. Khir Khalid said...:

    Mmg best... lompat2 sampai mual sbb tak biasa... klu practice selalu syok juga... boleh jadi aktiviti fitness gaya baru ni... seronok! :)

  1. Sherry said...:

    so fun wanna go again to jump!

  1. Qiya Saad said...:

    Lepas main trampoline kat EnerZ ni adrenalin qiya terus aktif sampai hari ni. Hari-hari work-out kat rumah sekarang ni. hahaha...nak bagi fit sikit, nanti bila p EnerZ lagi boleh lompat tinggi-tinggi..hehe

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates