Kabali versi Bahasa Melayu gamatkan panggung wayang!

2:19 am


Pada 29 Julai 2016 yang lepas, saya berkesempatan ke Premiere Screening Kabali dubbed in Malay Language. Fuh rasanya ini la filem Tamil pertama yang dialih bahasa ke Bahsa Melayu. Filem aksi Kabali lakonan superstar Rajinikanth ni memang mendapat sambutan hangat masa Tamil version keluar dulu haritu. Di Malaysia sampai lah ke luar negara memang famous filem Kabali ni! Menariknya, pelakon Malaysia pun turut sama berlakon dalam filem Kabali ni.


 

       

Filem Kabali yang juga merupakan filem ke-159 Rajinikanth ini turut dibintangi pelakon Taiwan, Winston Chao dan pelakon Malaysia sendiri seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan danTony Kassim. Hos televisyen tempatan, V Arun Kumaran diberi tanggungjawab sebagai pengalih suara watak Kabaliswaran atau lebih dikenali sebagai Kabali yang merupakan gangster di Malaysia. Pelakon terkenal, Fatiya Latiff turut diberi kepercayaan untuk mengalihkan suara Dhansika yang membawa watak anak Rajnikanth dalam filem itu termasuk pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang mengalih suara watak antagonis dalam filem itu.



Teruja juga la kami nak tengok Kabali ni dah lah antara yang pertama menonton Kabali yang dah dialih bahasa. Ternyata, memang menarik la filem Kabali dalam bahasa Melayu ni! Selalunya tipikal filem yang dah dialih bahasa mesti guna bahasa Melayu baku kan? Hah, untuk filem Kabali ni ada sedikit elemen lucu dalam penggunaan term dan gaya bahasa memang urban sungguh! Gila tak gelak kalau dengar Rajinikanth tu tetibe guna dialog "Merecik Hawau!!!" . Fuh, kami memang gelak sakan tonton Kabali alih bahasa ni sampai habis. 


Jangan tak tahu, filem Kabali terbitan Malik Streams ni dah berjaya kutip RM12juta hanya dalam tempoh seminggu sahaja! Memang macam pisang goreng panas jual kat panggung wayang dah filem Kabali ni. Dan menariknya, filem Kabali versi Melayu ini selain ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara, ia juga akan ditayangkan di Indonesia, Thailand dan China pada akhir bulan ini. Di laman Twitter, dengan hashtag #KabaliMalaysia juga dah trending sebelum ni!

Jom pergi ke pawagam berdekatan dan kita tonton filem Kabali bahasa Melayu beramai-ramai.
Pasti tak menyesal!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook