Karnival Hartanah #U4RIA Pulau Pinang

6:53 am


Hai orang Utagha semua! Nak bagitahu hujung minggu ni ada Karnival Hartanah U4RIA di Pulau Pinang! Apa U4RIA ni? Hah, Karnival Hartanah U4RIA dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad dan masa Karnival Hartanah U4RIA ni lah, peluang untuk mereka yang berminat untuk memiliki hartanah boleh memiliki hartanah pilihan mereka! Pelbagai jualan hartanah dan pameran hartanah ada di Karnival Hartanah U4RIA ni.






Imbas kembali Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA tahun 2014, UDA Holdings Berhad mensasarkan jualan sebanyak RM136.2 juta untuk  pelbagai jenis rumah sepanjang dua hari karnival. Sejumlah 185 unit pelbagai jenis rumah ditawarkan dengan beberapa pilihan keluasan binaan dan harga jualan yang dijangka mampu menarik minat bakal pembeli ketika itu. Tahun 2014, pelanggan berpeluang memiliki rumah idaman dengan harga tawaran serendah RM320,000 hingga ke kediaman mewah, harga bermula RM2.5 juta. Ternyata UDA Holdings Berhad berjaya menarik pengunjung yang datang dan rekod jualan mereka di Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA 2014 melebihi sasaran mereka iaitu RM142 juta! 


Di Karnival Hartanah U4RIA 2016, beberapa lokasi akan diadakan serentak seluruh negara, tapi karnival utama terletak di Pulau Pinang.


Tarikh: 27-28 Ogos 2016
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: Tapak Projek Crescent Dew, Bertam Pulau Pinang

Selain pameran dan jualan hartanah, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti aktiviti hiburan keluarga, dan juga persembahan dari artis-artis seperti Dayang Nurfaizah dan Mark Adam. Penampilan Boboiboy juga di Karnival Hartanah U4RIA mampu menarik lebih ramai pengunjung yang datang bersama keluarga. 

Aktiviti yang paling menarik ialah Flying Fox, Zorb Ball dan Kapten Buehbossa. Hah apa tu? Nak tahu kena lah datang Karnival U4RIA di Pulau Pinang hujung minggu ni!


Aturcara Karnival Hartanah U4RIA di Pulau Pinang 



Hartanah Khas Bahagian Utara di Karnival Hartanah U4RIA Pulau Pinang



Selain tu, masih sempat untuk korang semua berpeluang memenangi 40" Full HD LED TV, IKEA gift card dan iPhone 6S dengan menyertai pertandingan Karnival Hartanah U4RIA ini! Hanya perlu jawab kuiz berkenaan dengan hartanah yang sesuai dengan korang di website mereka : www.udaproperty.com.my. Mudah kan? Tarikh tutu[ 23 Ogos 2016 tau!

Jangan lupa datang memeriahkan Karnival Hartanah U4RIA Pulau Pinang hujung minggu ini!
Untuk maklumat lanjut tentang U4RIA boleh terjah....

Website : 

Facebook : 
























You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S