Malaysia terus dihina Indonesia

10:07 pm


PENUNJUK perasaan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia di Jakarta, semalam.


Malaysia terus dihina

Daripada BORHAN ABU SAMAH

JAKARTA 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia.

Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya. – UTUSAN

*****************************************

aku lama tak baca newspaper so aku tak tahu sebenarnya punca konflik ni. hidup seorang blogger, hari-hari tengok lappy je, sampai newspaper kat kedai pun aku tak jumpa. nak baca online macam takda nikmat. hahahaha. yang aku tahu, sempena Merdeka Day, aku dan choir team aku tiba-tiba kena nyanyi lagu Tanah Airku Indonesia, dan lagu Kami Anak Malaysia pada malam ambang merdeka nanti. mari menghafal lirik!

*aku neutral maka tidak berpihak kepada sesiapa. dua-dua ok je bagi aku*

anda pula bagaimana?


You Might Also Like

4 comments

  1. err, apsal kena nynyi lagu tanah airku indonesia??

    hmm,sebenarnye tak de adab dan sopan, tahu nak buat tunjuk perasaan jek sbb dorang tu tak de keje..hampas..

    ReplyDelete
  2. untuk tunjuk kami masih ok-ok saja disini bersatu dua negara hahaha

    ReplyDelete
  3. huh. ape da.~ dorg ni memang terlalu suka mengarut sgt. isu dibangkit2kn. urm

    ReplyDelete
  4. isu malaysia dgn indonesia ni dari dulu x habis2.. haish.. nama je satu rumpun..

    http://neizalyez.blogspot.com/2010/08/kamu-baik-atau-baik-baik-apakah.html

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook