Merdeka kah kita?

6:54 am


Merdeka. Hari Kebangsaan Malaysia. Apa yang korang tahu pasal semua ini? Sudah cukup kah nilai patriotik dalam diri korang selama 53 tahun kita merdeka? Ye, sudah 53 tahun! Tak perlu korang ambil kalkulator dan mula mengira. Aku percaya ramai masih tak sedar sudah berapa tahun kita merdeka. Kalau korang tak percaya cakap aku, cuba pegi tanya artis-artis. Oops! Statement terlebih sudah.


Sejak bila Malaysia mengecapi kemerdekaan?

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrument Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.



Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki!

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

-credit : Sejarah Merdeka

Tetapi sejauh mana pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia tentang erti kemerdekaan? Merdeka kah mereka? Buang bayi di sana sini bagaikan buang sampah. Terlalu banyak anak-anak kecil yang tidak bersalah dilahirkan dan dibuang. Bukan sahaja dibuang tetapi dibaling, dibunuh, dibakar, dikelar. Bergaduh di sana sini bagaikan medan peperangan. Adakah ini yang dikatakan serumpun? Masyarakat yang bersatu padu? Di mana keamanan, di mana perpaduan itu terletak? Masalah murtad di kalangan mereka yang bergelar seorang Islam juga semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Masitah Zaini, Lina Joy, Salleh Gregor Samsa juga semakin dikenali lebih daripada pejuang-pejuang kemerdekaan atau tokoh-tokoh negara kita. Adakah negara kita betul-betul sudah merdeka?



Bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Tahukah anda maksud disebaliknya?

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas. Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Adab dan tertib mengibarkan bendera:

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.

4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.

9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.


Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang patut kita banggakan sejak 53 tahun kemerdekaan itu kita miliki. Tetapi, mengapa masih ada yang mengibarkan bendera yang sudah koyak rabak bagaikan kain buruk mengelap kaki itu? Belum cukup lagi, aku pernah melihat seorang remaja tidak memakai seluar dan hanya membaluti bahagian pinggang ke bawah dengan memakai bendera Malaysia, Jalur Gemilang pada malam kemerdekaan di Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Bangga kah mereka? Di mana rasa hormat mereka pada negara? Di situkah sepatutnya terletak rasa hormat kita pada bendera kebangsaan negara kita? Untuk isu Jalur Gemilang dipijak, dibakar dan sebagainya, maaf. Aku tidak mahu menyentuh isu itu disini. Cukup sahaja dengan apa yang terjadi. Kita melihat, dan kita sendiri yang menilai.

Persoalannya sekarang, merdeka kah kita hingga kini? Dimana terletaknya nilai kemerdekaan itu? Fikir dan jawab dalam hati masing-masing. Cukup merdeka kah kita? Patriotis kah kita?

p/s: malam ambang merdeka nanti aku dan pasukan koir UTP akan membuat persembahan untuk Senator Jins Samsudin dan VVIP yang lain. Kami, pelajar Malaysia dan Indonesia akan menyanyikan lagu dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kami Anak Malaysia dan Tanah Airku Indonesia. dan maaf, HIDUP SEORANG BLOGGER memang begini suka emo membebel menaip entri.

p/s: Untuk Acara Perbarisan dan Perarakan peringkat Nasional akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 31 ogos 2010 dan Perayaan Hari Malaysia disambut di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah pada 16 September 2010.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-53 !!


You Might Also Like

6 comments

  1. selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53...

    ReplyDelete
  2. Salam merdeka,
    semoga lebih ramai generasi sekarang yang memahami erti kemerdekaan

    ReplyDelete
  3. negara kita memang sudah merdeka. cuma jiwa dan minda kita je masih dijajah...remaja zaman sekarang mudah terpengaruh.. adoii

    selamat hari kemerdekaan!

    ReplyDelete
  4. merdeka! merdeka! merdeka! 53 thn kita merdeka...

    ReplyDelete
  5. merdeka! physically we are independent, but mentally there a lot to be improved.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook