Perseid Meteor Shower TONIGHT!

5:11 am



salam ramadhan semua! lama aku tak bertukar jadi ahli kaji bumi kan? agak sibuk maka semua pun tak sempat nak update. tapi setiap malam juga mencari bulan bintang di Tronoh ni. apa fenomena untuk bulan Ogos ye?


3hb - Bulan fasa separuh akhir
10hb - ijtimak bulan
11hb - bulan perigee
13hb - meteor perseids memuncak
17hb - bulan fasa separuh awal
25hb - bulan penuh
25hb - bulan apogee


yang lain-lain tu aku dah selalu cerita kan? maka, kita terus je ke fenomena paling menarik perhatian. "Meteor Perseids Memuncak" atau dengan bahasa mudah paham hujan meteor. bukan meteor garden ye. siapa pernah tengok, angkat tetikus anda sekarang! aku pernah. dalam dua kali tak silap. memang cantik. menyesal kalau korang tak tengok kan? tadi masa lepak kat Information Resources Centre UTP ni, aku baca The Star. tengok kat penghujung kanan bawah dalam The Star ada cerita pasal meteor shower. oh! harus lah aku tengok tapi Tronoh hujan ni. macam mana?




Pada mlm 12 hb sehingga pagi 13hb ogos, meteor perseids akan memuncak dgn kadar kira-kira 100 meteor dpt dilihat dlm masa sejam. meteor akan bermula pada jam 12.40 tgh mlm dan memuncak pada jam 6.20 pagi, dan meteor akan berakhir pada jam 6.52 pagi ketika suasana sudah hampir cerah. bagaiman mahu mencerap bintang dan meteor? sangat mudah! tidak perlu teleskop atau binokular, anda hanya perlu berbaring di bawah ribuan bintang dgn memandang ke arah buruj Perseus, dan tunggu sehingga meteor pertama anda akan keluar. selepas itu, anda akan dihujani dgn lebih byk meteor yg akan keluar satu demi satu sepanjang mlm. menarik bukan? hah, tapi ingat! jangan bawak awek/balak baring sama-sama pulak malam ni kan? tak pepasal je tok kadi cekup.

Meteor Perseid ni sebenarnya sebahagian dari komet Swift-Tuttle yang telah wujud kira-kira dalam 2,000 tahun dahulu dan dinamakan Perseid kerana terhasil dari bintang Perseus. Meteor Perseid mudah dilihat di kawasan yang gelap tanpa dilimpahi cahaya lampu. Teruja tak? kunci jam anda mana la tahu tertidur kan? sementara tunggu waku sahur pun korang boleh jenguk-jenguk langit malam ni ye tak? selamat mencerap!



"We see these beautiful, bright streaks across the sky. These are the shooting stars, no more than mere grains of dust" - John Fletcher




credit to: 1 || 2 || 3

You Might Also Like

6 comments

  1. thanx utk info..malam ni nk try usha2 najis bintang ni...hehe

    ReplyDelete
  2. saya akan period masa bulan penuh ;p

    ReplyDelete
  3. kita tgk saman2 malam ni nak tak yang? hehe

    ReplyDelete
  4. x-po; amboi2 gatai. jum abg! ahaks

    eny; ehem2. i dah bulan mengambang ni hahahaha

    homo; silakan

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook