selamat hari kelahiran ke 22.

9:25 am


Alhamdulillah. Tiba juga 03 Ogos 2010 dan syukur kepada-Nya aku masih bernafas hingga ke hari ini, pada usia ku 22 tahun. Terima kasih, ya Allah. 22 tahun yang lalu bersamaan dengan 20 Zulhijjah 1408H, aku yang bernama Nor Azri Syahirah Mohd Sabri (bermaksud: cahaya keberanian yang masyhur) telah selamat dilahirkan ke muka bumi ini oleh ibuku pada pukul 09:20 pagi. Syukur, aku masih mampu meneruskan liku-liku kehidupan hingga ke hari ini dan aku masih belajar untuk mengenal erti kehidupan. Learn to see things backwards, inside out and upside down to make me as a better person. Reach high, for stars lie hidden in my soul and dream deep, for every dream precedes the goal. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Berusia 22 tahun dan aku mempunyai tanggungjawab yang terlalu besar dalam hidupku sejak bergelar pelajar kembali di muka bumi Allah ini. Doakan aku supaya mampu bersabar dan tahan dengan segala dugaan yang datang dalam mengharungi sisa-sisa hidup yang mencabar di sini. Being as a self-sponsored student in this university, aku harus terus bertahan mengejar ilmu demi masa depan aku yang aku sendiri belum tahu apa kan berlaku namun aku percaya kepada ketentuan-Nya. When the sun is shining I can do anything; no mountain is too high, no trouble to difficult to overcome. Aku akan terus berusaha sebagai pelajar yang insyaAllah akan memberi rasa bangga kepada semua orang di sisi aku. Doakan aku dalam perjuangan ini.



Untuk abang kembar tujuh jam terpisah iaitu Mohd Khairulnizam Abu Hassan, selamat hari kelahiran yang ke-22 tahun juga untuk kamu. Semoga kamu menjadi anak yang solehah kepada ibu bapa kamu, adik yang baik kepada kakak dan abang kamu, kekasih yang sejati dan bakal suami yang mithali kepada Nur Irfah Mohd Raflie. InsyaAllah. Jadikan 03 Ogos 2010 ini sebagai satu permulaan yang terbaik dalam hidup kamu sebagai seorang yang bergelar khalifah Allah di bumi ini. Doa-doaku sentiasa ada untuk kamu. Terima kasih untuk hadiah di atas, Famous Amos berbalas Famous Amos juga untuk kamu. Untuk kamu, birthdays are important milestones, a time to count our joys and forget our sorrows. Enjoy each birthday as a celebration of life because it bring us cheer and happiness. They remind us of who we are and what we want to be. They also remind us that we are blessed to have so many loving people around us. Selamat hari kelahiran, Khai. Twinnies forever.



Untuk sahabat-sahabat ku, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku hingga ke hari ini. Semoga perjuangan kita dalam hidup ini sentiasa diberkati oleh-Nya. Buat kalian yang memberi hadiah-hadiah dia atas pada 01 Ogos 2010 yang lalu, terima kasih yang tak terhingga buat kalian dan akan aku simpan baik-baik kesemuanya sebagai tanda penghargaan aku. Sahabat-sahabat ku, kamu adalah hadiah terbaik dari Allah dalam hidup ini dan aku tahu setiap sahabat aku tiada galang gantinya. Friendship is unnecessary, like philosophy, like art. It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival. The best rule of friendship is to keep your heart a little softer than your head. Friends Forever.

Buat semua "haters" yang sentiasa rasa tidak segan silu setia mengunjungi blog ini, terima kasih juga diucapkan kerana tanpa komen-komen "membina" kalian, blog ini tidak akan mampu bertahan hingga kini. Di sini, aku memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah berkecil hati, terasa hati, terluka hati dengan aku. Aku hanya seorang insan yang penuh kekhilafan dalam diri dan tidak pernah merasa sempurna dalam hidup ini. Setiap insan yang dicipta oleh-Nya sentiasa membuat salah dan silap dan dari kesilapan itu juga, kita belajar tentang sesuatu iaitu makna kehidupan. If you can’t make a mistake, you can’t make anything. Tegurlah aku jika aku membuat apa sahaja bentuk kesalahan terhadap kalian kerana bagi aku, the friend who holds your hand and says the wrong thing is made of dearer stuff than the one who stays away. Sesiapa sahaja kalian di muka bumi ini, semoga hidup kalian sentiasa diberkati oleh-Nya.

Untuk si dia yang tersayang, kamu tahu siapa kamu. Kehadiran kamu memberi kekuatan kepada aku. Sinar yang belum tentu aku temui di mana-mana. Terima kasih ya Allah kerana memberi perasaan itu dalam hidup ini dan terima kasih cinta hati kerana sentiasa berada di sisi aku. There is one person in the life of each of us who seems not a separate person, however dear and beloved, but an expansion, an interpretation, of one's self, the very meaning of one's soul and that person is you. Remember one thing sayang, happiness is a perfume you cannot pour on others without getting a few drops on yourself too. Sayang kamu, Cinta. ♥

Cuma satu yang aku pinta, doakan aku dalam apa jua yang aku hadapi sekarang ini. Semoga usia 22 tahun ini memberi sesuatu yang bermakna dalam hidup aku dan aku tahu perjalanan hidup ini masih jauh dan belum tamat disini. Wallahualam.




You Might Also Like

12 comments

  1. salam,

    Happy birthday to you...
    Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan Neyra Shazeyra...
    Allah selamatkan kamu...

    Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-22 tahun sis. Semoga sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT.

    Belajar elok2..semoga berjaya di dalam pelajaran!

    Dan selamat berbahagia jua kepada anda dan pasangan anda. Bila nak reveal? Ahaa..~

    Love u!

    ReplyDelete
  3. tq semua! <3

    kak nass, reveal? errr....hehehe

    ReplyDelete
  4. happy birthday eyra... moga hidup dimudahkan perjalanan.. moga segala yang kusut akan terlerai juga.. makin berumur kene makin matang.. moga selamat dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. Happy birthday to you :)
    today ramai sangat hari jadi 3 ogos umi nadz juga.haha
    -na'dz

    ReplyDelete
  6. hepi besday to u..moga pjg umur n murah rezeki..

    ReplyDelete
  7. hapy bfday, bfday girl!!
    selamat hari tua,ehehe

    ~_^

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday.
    Apa hadiah paling best tahun ni?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook