Mini Gath
8:13 am
pukul 7.00 pagi dapat SMS dari Amir. katanya sudah keluar rumah! wooooshhh! bapak ah gila semangat budak kecik ni. terkebil-kebil aku tengok jam. alarm aku kunci pukul 8.00 pagi pun tak berbunyi lagi tau mir! bangun awal, aku golek online dan whatsapp dulu, pukul 8.30 pagi baru aku bantai mandi dan terhegeh-hegeh mekap jadah semua. pukul 10.00 pagi tu pakai shawl dalam kereta je sebab lambat. on the way ke bandar, ternampak eksiden tepi jalan. ada kereta masuk gaung. maha dasyat!
sampai di berjaya megamall entah pukul berapa, aku main hide and seek dengan Fatehah kat dalam Popular. cisdel chicken chop betul lah dia jumpa aku. hahahaha~ then kami ke Deli Country makan fruit tart faveret aku bersama orange juice yang bikin sakit perut sementara menunggu yang berbahagia Tuan Amir datang dari Kemaman menaiki bas tua semput. Bila Amir dah sampai, aku dapat keychain dari Aussie! mari kita bersorak! aku kan pengumpul keychain yang tegar. dan masa mula jumpa Amir, cawan air aku pun terjatuh. nebes nokss tengok Amir kachak!! okayh, malas amek gambar keychain maka kita teruskan entry dengan tulisan.
kemudian, kami ke Bowling dengan muka bajet konpiden je takkan masuk longkang. pergelangan tangan tengah sakit pun aku hentam je main. walaupun tak pro, hati kena kental bajet konpiden walaupun masuk longkang je sebab lane sebelah ada lelaki kachak. main 3 game sahaja. itupun 1 game hanya RM3. okayhlah kan? ahaks! dah bosan baca bebelan? meh tengok gambar!
kami keluarga bahagia. baju merah itu anak ye.
with Fatehah. jauh dia travel nak jumpa aku. ahaks!
Amir comel kan? jauh jugak ni datang dari Australia. eceh dia tengah cuti lah!
budak gemok ni pro bab masuk bowl dalam longkang. makcik belakang tu lagi terer buat strike.
baheklah, kita sambung. kemudian mahu menonton movie Khurafat cadangnya tapi kami kesengalan ikut waktu Australia agaknya, ingat hari ni dah tayang Khurafat padahal esoknya. salah tengok tarikh. maka kami terkedek-kedek ke ECM berjalan kaki. sampai sana, kami terus beli tiket Paranormal Activity 2. di sini, Amir telah tertinggal paper bag berisi stokin busuknya. perghhh! dan kemudiannya, dengan perut kelaparan kebuluran macam kat Africa, kami ke Food Court. haruslah aku makan Honey Chicken Mee with Wantan Soup faveret aku tu. Fatehah makan Mee Tomyam yang manis hahaha. dan Amir makan Spicy Nasi Goreng apa jadah nama aku pun tatau. lepas melantak ke surau pula dan terus ke panggung wayang.
mula tengok Paranormal Activity 2, pergh bapak bosan cerita ni. dah lah tak paham apa pun asal usul. nama watak dalam citer tu pun aku blur-blur. dah tengah cerita, hamek kau! aku dah siap tutup muka intai celah jari je terjerit-jerit. Amir dah macam penyu Terengganu aku tengok masuk kepala dalam baju sebab seram sejuk. menjerit sakan aku dengan Amir. tapi...Fatehah jiwa kental beb! macam takde efek. ada beberapa scene je dia terkejut. perghhhh dasat! lu orang tengok baru lu orang tahu kesan makan dalam nya.
lepas tengok movie, kami nak blah lah hajat hati. tapi singgah di Big Apple, wahhhh! Amir belanja Big Apple. aummmmmmm! sedap! tenkiyu Amir. mari tengok gambar:
ehem. sedap kan? almond itu saya punya. Amir tak makan almond. ngee~
nyummmy~ saya gemuk, saya ok.
pergi hiburkan hati sebab nak lupakan result exam aku semalam? mungkin. pakai merah dengan hati mengidam nak ke Kenny Rogers ada offer untuk si merah tapi tak jugak pergi. fuhhhhhh~~~~ siap! aku kepenatan tapi tabah. aku rasa Amir dan Fatehah mesti dah tido. maka, aku pun nak chow! katil memanggil~~
7 comments
bowling semalam RM5 per game sbb xdpt student price. haha.
ReplyDeletenanti kita keluar lagi. hehe.
p/s: nasib ko x update psl stokin tu. haha. >_<
biler nak jumpe lolly ?
ReplyDeletegege
wuwuwuwu macam nie arrr ... wat micro gathering tak ajak
ReplyDeletehuhu jiwa kental konon, padahal dlm hati dah sumpah seranah dah wargh bodohla citer ni terkejut aku.hahaha best gile r even ber3 je jumpe.
ReplyDeletewah bestnya dpt gath..
ReplyDeleteeven mini gath skali pn..huhu
Mamat Aussie tu kalau rambut perang, konpom mcm mat salleh.. haha.. sonok ye korang ber'gath2... hohoho
ReplyDeletelama xterjah blog ni...heheh
ReplyDeleteHi eyra!!
drop your comment here!