Kemanjaan Kesayangan

11:56 pm



nak kejut si dia dari tidur...

Wahai kasih ku sayang manja comel buah hati pengarang
jantung semerbak mawar indah angkasa bagai bulan
dipagar bintang..bukalah matamu yg indah itu kasihku
seorang...

nak ajak si dia makan...

Wahai tongkat jiwaku sebatang kau seorang sahaja
didalam hati yg gersang mendambakan cinta suci padamu
tulus ikhlas tiada wasangka walau sebesar zarah tidak
ada..mari kita bersantap wahai sayangku..

sebelum mula bergayut bersama si dia...

Sayangku kasihku intanku permataku jantungku hatiku
organ-organ dalam yg penting bagiku semua itu engkau
bagi aku..nyawaku...


aku rasa kalau ayat berbunga panjang macam ni, mahu muntah aku. kalian ada yang jiwang seperti ini? aduh! tak perlu la rasanya. maka, apa panggilan anda buat yang tersayang? intan permata tongkat jiwa semua? jangan zaman bercinta bersayang-sayang, intan permata... selepas kahwin nanti melayang-layang berkecai semua permata.

“Mulai hari ni kita couple. Jadi awak kena panggil saya abang sebab awak lebih muda dari saya. Saya pulak panggil awak sayang sebab saya sayangkan awak".amboi amboi noks! romantiknya masa mula-mula couple. Macam-macam panggilan manja ada. kalian ada pengalaman seperti ini? ini takpe lagi. ada kalian lihat budak zaman sekarang bercinta?

aku lihat, terlalu maju budak sekolah zaman sekarang. ada rakan aku ketawa guling di atas lantai ketawakan adiknya yang masih belum habis sekolah sudah menggunakan panggilan, "mama" "papa" dengan kekasihnya. itu belum lagi ada yang daddy mummy, ayah ibu, honey hubby, kanda dinda... sangat dasyat bukan? belum ada anak, macam-macam panggilan ada.

yang normal, kebanyakkannya menggunakan panggilan sayang, baby, sebagai penyedap rasa ajinamoto dalam hubungan. rakan-rakan alam maya aku juga ada yang menggunakan panggilan pelik. kongkang, keraluku, welly, bunny, teddy, tukang kebun, lolipop dan sebagainya. ini geng wonderpet namanya. comel bukan? 

Tapi yang jadi masalahnya, bila dah lama berkahwin anak berderet... tak ada pulak lekat panggilan manja masa zaman couple dulu. Kononnya, bila dah kahwin tak payah nak sayang-sayang lagi sebab malu nak cakap macam tu depan anak cucu. 

Bagi kalian, patut kah panggilan manja dihapuskan selepas sudah berkahwin?








You Might Also Like

9 comments

  1. panggil bunny sangat cool.

    dan bunny gelak2 bila dia tau kau panggil bf kau kongkang.

    dia kata unik gila.

    XD

    ReplyDelete
  2. haaaa.. meluat pulak aku dengar...

    kawin ada peringkat... bak kata opismate aku, ada peringkat 5tahun pertama, 8 tahun pertama, 10tahun pertama... semua tahuntahun tu yg menentukan perubahan.. so watch out...!

    ReplyDelete
  3. kongkang tak berape best untuk gelaran..
    cube panggil proboscis., lagi unik gitu..
    ade bunyi cam omputeh sikit..
    hahahahaha... :))

    ReplyDelete
  4. percaya tak adik aku darjah 3 pernah couple then putus. haha kelakar doe kalau dengar cite dia =p

    ReplyDelete
  5. tak patot. kekalkan la smpai selepas kawen. baru romantik! my bro smpai skang die panggil wife die baby. hha

    ReplyDelete
  6. ahh tak pandai nk jiwang2 nih.teheee

    ReplyDelete
  7. hanya menggunakan 'aku' & 'kau' dengan incik kekasihku.. sekarang duk pening adekah lepas kawen nanti nak panggil aku kau gak? bila nak tukar jadi 'awak' 'saya' rasa macam cakap dengan org lain T_T

    ReplyDelete
  8. aku jer tak de orang panggil nama manja =(

    ReplyDelete
  9. intan permata tngkat jiwa tu memang xmanahan.hahah

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S