Berhati-hati dengan telur ayam tiruan

5:40 am




Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.telur tiruan dari bahan-bahan kimia berbahaya seperti ini akan memberi kesan negatif kepada metabolisma badan, hati dan juga otak jika dimakan pada kadar yang kerap.


Telur tiruan yang dijual di pasaran Malaysia, mengandungi pelbagai bahan kimia seperti; natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. semua bahan tersebut digunakan untuk menghasilkan kuning telur dan putih telur. 

Pelanggan yang membeli telur sangat sukar untuk membezakan telur tiruan dan telur biasa. Ini adalah salah satu faktor dan berita baik bagi peniaga-peniaga dan pengedar telur tiruan ini untuk meneruskan penipuan mereka di dalam perniagaan. 




Untuk menghasilkan putih telur tiruan, mereka akan menggunakan bahan kimia seperti gelatin, asid benzoik, alum, natrium alginat, sejenis serbuk yang tidak diketahui, dans edikti air yang kebiasaannya bahan-nahan kimia ini digunakan dalam kerja-kerja perindustrian.


Manakala, untuk menghasilkan kuning telur tiruan pula, sedikit pewarna lemon akan dicampurkan di dalam air dan dikacau hingga sebati. cecair yang dihasilkan akan dituang ke dalam acuan plastik berbentuk bujur atau bulat, dan akan dicampurkan dengan sedikit air yang mengandungi kalsium klorida.


Ini akan menghasilkan kuning telur tiruan yang membrannya agak nipis diluar tetapi terbentuk dengan sempurna. telur itu terbentuk dengan bantuan acuan plastik tadi. kemudian, untuk menghasilkan kulit telur tiruan, sedikit wax dan cecair bewarna putih yang tidak diketahui bahannya akan dituang ke atas telur tiruan tadi, dan dibiarkan sehingga kering.


Ciri-ciri pada telur tiruan adalah:

- bentuk seperti telur grade A tetapi tiada apa-apa rasa selepas dimasak tetapi ada juga di antara mereka mengatakan, rasanya lebih kurang sama dengan telur biasa.

- selepas telur tiruan dipecahkan, telur putih dan kuning akan bercampur dan sebati dengan cepat dan kelihatan seperti berbuih, nipis dan cair. 

- kuning telur tiruan bewarna kuning pekat.

- kulit telur tiruan kelihatan lebih bersinar daripada telur biasa dan mempunyai tekstur kulit yang kasar.

- apabila telur tiruan bercampur dengan air, ia akan menghasilkan bunyi apabila dikacau.

- apabila menggoreng telur tiruan, kuning telur akan pecah tanpa disentuh permukaannya terlebih dahulu.




contestDH2




You Might Also Like

5 comments

  1. bahaya tu. macam2 brg tiruan skg ni. telur pun ada tiruan.

    ReplyDelete
  2. huh. macam-macam. rasa macam tak selamat la tinggal kat Msia nie.huhu

    ReplyDelete
  3. mmg tak pernah sangka telor pon leh ditiru. hebat! mmg dasar china. hehe. camne tah rasenye eh? hehe

    ReplyDelete
  4. mungkin lepas ni ada yang bagi cadangan suruh pelihara ayam sendiri kalau nak makan telur ayam.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook