Nak kurus ingat joegrimjow

3:10 am



semua orang nak kurus. tapi, ada jugak yang nak gemuk kan? terpulang lah cita rasa masing-masing. tepuk dada, tanya selera. eh, tapi kenapa kalau nak kurus kena ingat Joegrimjow pulak? apa kena mengena mamat herbalife ni dengan kita? sebab dia jual herbalife ke? TAK! tapi....ada cerita lain.




nak dijadikan cerita dulu Joegrimjow ni ada kenangan pahit masa zaman dia muda remaja dulu. ala, zaman cinta monyet atas pokok tu. dulu, dia sangat lah gemuk. gemuk gedempol tapi ala-ala gebu comel.lepastu, biasa lah zaman cinta monyet, dia ni berkenan betul dengan anak Kak Limah. ingat Kak Limah? kalau tak ingat, suruh Usop Wilcha ingatkan korang! sebab Joegrimjow ni tangkap cintan dengan anak Kak Limah ni tadi, dia pun try mengorat. tapi malangnya, dia direjek! sebab apa? sebab dia tak kurus!




akibat sedih cintanya di rejek, si Joegrimjow ni berusaha lah untuk menguruskan badan dia yang gebu comel itu. tetibe beberapa ketika selepas itu, berat dia dari 87Kg, terus jadi 75Kg secara tiba-tiba. hebat kan? entah apa dia buat. itu kena tanya dia sendiri lah kan? lepas dia jadi kurus ni, dari gebu montel terus jadi kacak bergaya. banyak lah jugak benda best bila dah jadi kurus ni kan...





dengan menjadi kurus, dia boleh memancing dengan penuh bergaya. ye lah, tak perlu risau dah lemak tepu di perut akan menonjol dan menakutkan ikan duyung berhampiran. kalau gemuk nanti, tak pepasal dapat ikan dugong pulak. mana tahu rezeki baik punya, dapat mengorat ikan duyung? kan lagi cun dari anak Kak Limah tu. lepas tu, bila dah jadi kurus, dia siap dapat tawaran jadi model sambilan lagi. fuhhh! gila lah! dapat posing maut punya. mana tahu dari sambilan je, boleh jadi popular dalam semua magazine maskulin lepas ni kan? tapi ada satu je saat paling best...




cinta yang dikejar dan dinanti dapat juga. akhirnya, anak Kak Limah terpikat dengan Joegrimjow. walaupun, anak Kak Limah tu tak tahu sebenarnya dalam masa yang sama, Joegrimjow dah ada skandal dengan artis nama Lisa Surihani. biasalah, dah kurus ni mestilah jadi pujaan ramai. berebut sana sini nak dia... 




semua sebab Joegrimjow dah KURUS! betapa best nya jadi orang yang kurus macam dia ni. pergi mana-mana tak perlu lagi risau lemak tepu yang akan menimbul. muka pun berseri-seri tersenyum riang kemana-mana. orang pandang rasa macam best je kan? pipi yang montel menggeleber tu dah jadi nipis je. tak gebu macam dulu. ecehhh....bestnya dia. jeles tak?




so, kalau rasa jeles Joegrimjow dah kurus, setiap kali nak kurus tu korang kena ingat Joegrimjow. apa? ulang lagi sekali? nak kurus ingat Joegrimjow! hah, bagus pun faham. bukan apa, kalau ingat dia ni, ada lah motivasi diri sikit korang nak kurus. kalau dia boleh kurus, kenapa korang tidak kan? 


***************************************************


DISCLAIMER:

entri ini direka untuk contest: Nak kurus ingat Joegrimjow. tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang sudah mati. rekaan semata-mata. aku rasa, ini adalah entry paling rajin pernah aku buat walaupun assignment masih menimbun. imaginasi aku merepek apa entah pun aku tak tahu. harap aku menang lah kan? doa tau semua! ngeee~ semoga terhibur. nak join klik: SINI 

p/s: penulis belog masih juga tidak kurus. macam mana ni joe? cer citer cer citer.... HAHAHA~






contestDH2



You Might Also Like

11 comments

  1. Hehe.Rajin pulak saya membacanya. Hihihi. comel giler entri ni. all the best dear <3

    ReplyDelete
  2. Bukan ke anak kak Limah tu laki, adakah waktu zaman sekolah itu Joe seorang yg ............... #OKBAI

    P/s: Gudluck kak Ieyra...!
    Kalau menang, belanja macarons online ye.. haha

    ReplyDelete
  3. Lupa!.. rekaan semata-mata.. hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. badan berasid memang la tak turun2 hehe

    ReplyDelete
  5. aku dulu kurus dan hensem..n sekarang dah agak berisi..tapi masih hensem..lupakan semua tu..lupakan Joe...hahahaha

    ReplyDelete
  6. aku kurus. dan semakin kurus. sejak aku balik dari obersi, berat aku tak penah nak naik. makin cengkung muka aku nih.

    ReplyDelete
  7. hahaha...herbalife sedap..
    eh..kita sama2 dak HND BIT la..kebetulan kan...

    ReplyDelete
  8. wow! ranking pertama. hebat! goodluck. comel entri ni.

    ReplyDelete
  9. wah tahniah menang contest ni :)

    ReplyDelete
  10. penulis blog kenalah amek herbalife
    hehe

    Terima kasih sebab join. Keputusan dah diumumkan. Boleh check kat sini
    Nantikan contest dari joegrimjow lagi okeh =)

    ReplyDelete
  11. Quite! This was a very great publish. Thanks on your supplied info.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook