Nasi Lemak diharamkan di kantin sekolah

5:23 am




credit: google.com



PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget.


Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.


Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti. - berita harian



sejauh mana berkesannya cara ini untuk menyekat masalah obesiti dan diabetes di Malaysia? Wajarkah 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu di kantin sekolah mengikut garis panduan baru bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar? bagi aku, cara pengambilan makanan yang tidak betul menjadi punca kegemukkan. masalah kuantiti pengambilan makanan itu yang perlu kita bendung. dan masing-masing juga harus memainkan peranan. ibu bapa juga perlu mengehadkan perbelanjaan sekolah anak-anak setiap hari. budak zaman sekolah sekarang, bawa duit belanja sekolah pun nak dekat RM10. zaman aku dulu? berapa RM je pun. zaman dulu kala lagi la kan? Ya, harga makanan di kantin sekolah juga sangat mahal sekarang, tapi boleh je kalau bukan semua makanan kita nak beli kan? atau, boleh juga bekalkan makanan untuk anak-anak pergi sekolah. 

70 jenis makanan akan dihadkan kekerapan jualannya di sekolah, menagapa tidak hadkan sahaja di semua kedai di Malaysia? Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat. Ya, menghadkan kekerapan jualan makanan tidak sihat boleh dilakukan. tetapi sejauh mana keberkesanan yang dijanjikan? nasi lemak dipersalahkan, penjaja kecil di luar sekolah juga secara tidak langsung terlibat.

Rasanya, pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah adalah faktor utama. Faktor persekitaran juga banyak mempengaruhi. kalau dah had kan jualan nasi lemak, tetapi di hujung minggu atau di rumah mereka, cara pemakanan tidak betul juga bagaimana? mengikut kajian oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO);

Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga.

Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi.

Maka, apa pendapat anda? wajarkah semua ini dilaksanakan? nasi lemak diharamkan di kantin sekolah? nasib baik lah, aku tidak pernah makan nasi. 






contestDH2


You Might Also Like

1 comments

  1. lepas nihh... mmg kurus budak2. bukan sbb makan makanan yg sihat, tp sebab kelaparan; habis makanan pebret depa dah tak jual tak skolah. hak hak hak!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook