Backpacking Trip: Kuching - Miri - Brunei (Day 1)

1:50 am


Sebelum seorang Neyra peram cerita travel dia lama-lama dalam Travel Journal dia tu, baiklah dia terus update. 11 December 2015 yang lepas, saya backpacking lagi! kali ni acah Borneo Trip tapi cover Sarawak & Brunei je. Tak sampai lagi la ke Sabah nampaknya. hmmm... Kisahnya ni another unplanned journey. One of my officemate is Sarawakian and dia invite me to his wedding at Kuching. so few months before his wedding, scroll la Skyscanner check tiket ke Kuching, tengok RM59 terus beli! Lepas tu kebetulan masa tu ada promo Air Asia, dan terfikir, macam best kalau sambung dari Kuching - Miri - Brunei - Labuan kan? check tiket semua, mampu sampai Brunei je sebab Labuan mahal sangat tiket balik KL. So masa tu dapatlah tiket-tiket Air Asia seperti dibawah:

Kuala Lumpur - Kuching : RM 59.00
Kuching - Miri : RM 29.00
Brunei - Kuala Lumpur : RM 79.00



Tapi, walaupun dah beli tiket empat lima bulan awal dari tarikh nak fly, saya tetap takde masa untuk plan journey saya. lagi-lagi sebab saya stravel solo. takkan nak suruh #travellingberuang pulak tolong plan. haha! hostel kat Kuching pun kakak angkat, Kak Julie yang duduk Kuching tolong cari dan book kan. punya la suka redah je kemana-mana. malam tu biasa lah, overnight at KLIA2 sebab tiket memang suka ambil awal pagi. dari KL Sentral naik bas ke KLIA2, RM 11.00. Lepas tu macam biasa lepak Texas Chicken sebab kat situ ada sofa yang empuk untuk tidur, plug untuk charge phone dan juga refillable air for free! Habis melantak malam tu RM 18.00 jugak lah. haha!


Tengah beratur nak boarding tu, tetibe jumpa mamat pakai jersey Manchester United ni. ehhhhhh! Mumuedstar lah! kebetulan, naik flight sama. dia dengan kawan-kawan bertiga travel ke Kuching for leisure. 



Hah yang datang Sabah atau Sarawak dan dari Semenanjung tu jangan lah lupa pulak lepas keluar flight, ke immigration untuk scan MyKad dan dapatkan 90 days permit to enter Sarawak ni. dan jangan hilang kan slip ni! kang tak boleh keluar dari Sarawak. biasa saya suruh cop kat passport je tak suka pegang slip macam ni entah kenapa akak tu taknak cop haha!


Dan kami berlima eh berempat selamat tiba di Kuching International Airport pagi tu. dan kami berpecah disini since Mumu dan rakan-rakan dah arranged pickup by Hilton Hotel tempat diorang stay. Saya pulak plan nak naik taxi or tumpang je diorang tapi tetibe kawan yang duduk Kuching whatsapp nak ambil kat airport. fuhhhh alhamdulillah syukur! jimat duit. 


Kawan ni sebenarnya kawan Twitter, tak pernah jumpa pun haha! Namanya Muhammad. Thanks bebanyak sudi ambil di airport lepas tu belanja pulak Mie Kolok Sapi kat Kedai Mie Kolok Hj Salleh di Wisma Satok. Saya tak sure semangkuk berapa sebab Muhammad yang belanja. Syukur lagi sekali jimat duit. haha!


Oleh sebab ini hari Jumaat, dan Muhammad kena pergi solat jumaat so lepas makan tu dia hantar saya terus ke hostel yang kakak saya dah book tu. oh, rupa-rupanya abang kerja jadi Tour Guide kat sini! patut lah senang je book. hehehe~~ 

The Radioman Heritage Hostel di Paradesa Borneo ni hanya berharga RM 20.00 untuk satu malam. Saya stay in 4-bed female dorm, siap ada aircond dan kipas, dan paling best comforter tuuuu~ gebu dan tebal macam kat hotel tu. Shared bathroom tapi bersih, and ada air panas. Dekat ruangan lepak-lepak tu pulak best dan selesa jugak. sempat lah tengok dormmate dari UK main congkak kat situ. haha! 

The Radioman Heritage Hostel (Paradesa Borneo)
No 1, Wayang Street, Kuching, Sarawak
Instagram: @Paradesa Borneo 
Tel: +6082-248816


Malam tu Kak Julie dan Abang Nizam ajak pergi The Spring. Ingat nak makan kat Barok Village atau Top Spot tapi sebab hujan, dan anak diorang Adam takkan nak main hujan kan so kami pergi The Spring je la. makan kat foodcourt, Kak Julie cakap Laksa Sarawak Special sini boleh tahan. So sekali lagi, malam tu orang belanja makan lagi. yeay! alhamdulillah memang sedap gila Laksa Sarawak ni. 


So malam tu jalan-jalan dalam mall je sebab takde plan ikut je la diorang bawak jalan. Lepas tu jumpa si pengantin, Kasmady untuk dia pass card. takde card tak boleh masuk pulak. kat KL memang tak sempat dia nak pass card, boleh pulak kat The Spring ni ha baru collect card haha!




malam  tu dah balik hostel, tetibe Mumu dan geng lain ni kecoh dalam whatsapp group MIMMA3. fuhhhhh... Ain dan Aca pun ada datang Kuching sebab sepupu diorang bertunang. Tetibe Amir Azizi pun ada! wahhhh complete lah gila almost half dari Team MIMMA3 ada kat sini. So malam tu Mumu suruh jalan kaki ke Hilton sebab dekat je dari hostel saya, lepas tu kami jalan kaki menyusuri waterfront, untuk ke Grand Margherita Hotel tempat Ain dan Aca stay. Last-last meetup semua orang kat kucing ni. dah berapa kali saya datang Kuching ni pun tak pernah ambil gambar kat sini! So malam tu semua orang lepak-lepak la minum sampai pagi haha! Ribena Longan RM4.00 minum pun tak habis sebab borak banyak sangat. we had fun! Okayhhh sambung entry Day 2 pulak okayhhh!

Total kemusnahan setakat ini:
Tiket KUL - KCH: RM 59.00
Tiket KCH - MYY: RM 29.00
Tiket BWN - KUL: RM 79.00
Bas Kl Sentral - KLIA: RM 11.00
Hostel: RM 40.00 (2 malam)
Makan Minum: RM 22.00

Total semuanya: RM 240.00

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook