FASTYLE Raya X Gen Restaurant di Sunway Putra Hotel

12:35 am

 

Memperkenalkan...makwe baru Fattah Amin.... eh? bukan bukan. Yeay raya dah habis! Tapi sempena Hari Raya Aidilfitri dan raya kan sebulan, pada minggu lepas Gen Restaurant di Sunway Putra Hotel dengan kerjasama MyFastyle Creative Sdn Bhd (FASTYLE) mengadakan Majlis FASTYLE Raya X Gen Restaurant untuk meraikan artis dan media. First time pergi jamuan raya makan makanan Jepun. Bagus jugak lepas raya sebulan, bosan dah makan rendang, lontong semua kan?



  

 Majlis diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara artis-artis di bawah pengurusan FASTYLE iaitu Fattah Amin, Sherry Ibrahim dan Mira Filzah bersama rakan media, pelanggan dan penaja. Memang seronok jumpa rakan-rakan media semua sambil masing-masing makan tempura, sushi, udon tapi masih dalam suasana hari raya.

 Majlis ini juga dimeriahkan dengan kejutan demo membuat sushi oleh artis di bawah pengurusan FASTYLE iaitu Fattah Amin dan Mira Filzah dengan tunjuk ajar Chef Kevin dari Gen Restaurant. Wah Nampak macam professional betul Fattah dan Mira menyediakan sushi untuk tetamu. Bukan senang nak buat sushi tau! Penuh teliti dan kesabaran yang tinggi diperlukan.

 
 

 Pada masa yang sama, Gen Restaurant juga melancarkan promosi terkini untuk penggemar makanan Jepun di sekitar Kuala Lumpur untuk bulan kemerdekaan ini. Promosi Merdeka di Gen Restaurant, Sunway Putra Hotel menyediakan empat jenis best seller mereka iaitu Gen Bento Lunch Box (RM39), All-You-Can-Eat Gen Weekend Japanese Buffet Dinner (Normal Price RM98, sekarnag promo hanya RM68), Sashimi Moriawase platter (Normal price RM174, promo 20% discount!) dan juga Ebi Tempura (RM45). Untuk bulan ni juga pengunjung boleh join contest di Instagram, dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah dari Gen Restaurant!




Ya Allah memang sedap lah semua makanan kat Gen Restaurant ni. Ini kali kedua saya makan kat sini, memang tak pernah mengecewakan makanan-makanan Jepun kat sini. Datang pulak masa hari lahir, rasa special pulak sambut birthday kat Sunway Putra Hotel haha! Kek semua sedap, chef pulak tolong serve dessert masa tu. Auwwww birthday girl happy! Anyway, Miso Soup and Teriyaki Chicken SEDAP GILA!




Thank you so much MyFastyle Creative Sdn Bhd (FASTYLE), Gen Restaurant, dan Sunway Putra Hotel untuk jemputan ke majlis FASTYLE Raya X Gen Restaurant ni! And terima kasih Mira Filzah untuk wish happy birthday ni. 


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook