Program CSR Asianic bersama Reen Rahim di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

1:18 am



Minggu lepas berkesempatan untuk mengikuti Program CSR Asianic bersama Reen Rahim ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Kat mana SBJK ni? Dan sekolah apa sebenarnya SBJK ni? Hah, jujurnya saya pun baru tahu sebenarnya kewujudan sekolah unik dan istimewa ni.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ialah sekolah PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 19 tahun. Penubuhan SBJK ialah sebagai salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap keperluan meneruskan usaha untuk memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur yang merupakan salah satu daripada kumpulan kanak-kanak terpinggir di negara kita ni. Penubuhan SBJK ini adalah selari dengan piagam United Nations Convention on the Right of the Child dan konsep Education for All oleh UNESCO.




Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) 
Lorong Haji Hussein 2, 
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 
 50300 Kuala Lumpur. 

Zulkerni Fauzi (Pengetua): 
013-3357505 / 03-26911232 
Pejabat SBJK: 
03-26911040 / 03-26911253 


Syarat kemasukan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ialah: 

+ Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri (kedua ibu bapa atau salah seorang ibu bapa mestilah warganegara Malaysia). 

+ Murid yang tercicir dari system persekolahan harian berpanjangan kerana kemiskinan. 

+ Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di pusat atau jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

+ Kanak-kanak warganegara yang menghadapi masalah social tidak sihat atau mangsa kepada gejala social. 




 SBJK menyediakan perkhidmatan pendidikan formal dengan modifikasi daripada segi kurikulum dan operasi sekolah yang sesuai dengan keadaan dan situasi kanak-kanak jalanan dan terpinggir. Proses pembelajaran mestilah lebih kepada konsep fun learning dan fleksibel. Ye lah, ada di antara mereka ni umur 8 atau 9 tahun pun masih belum boleh membaca. Tabik kepada guru-guru yang mengajar dan mendidik di SBJK ni. Mesti penuh ketabahan dan kesabaran yang tinggi nak ajar dari mula. Sebagai seorang guru, saya memang faham situasi ni sukar jugak la. Fuh! InsyaAllah di SBJK ini nasib kanak-kanak ini terbela, dan mereka akan dididik menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.


Program CSR Asianic bersama Reen Rahim ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ni memang seronok lebih-lebih lagi sebagai seorang guru sekolah, memang lah saya suka sangat dengan budak-budak. Melayan apa yang diorang nak bercerita, main music chair sama-sama, joget dengan badut, rasa macam sayu hati tengok diorang happy senyum macam tu pun ada. Aduh, tak boleh betul tengok anak-anak macam ni. Kalau tak Asianic invite ke program macam ni, entah tahu ke tidak sekolah macam ni wujud. Tak sangka ramai juga yang PM dan komen di laman social media saya bertanyakan tentang sekolah ni. Rasanya, nanti nak buat sumbangan juga untuk mereka yang bersekolah kat sini. Sedikit sebanyak membantu apa salahnya kan?





Ini Damia, salah seorang kanak-kanak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ni yang berumur 7 tahun. Mula-mula dia malu je bila tanya nama dia. Last-last sekali melekat terus hah siap tarik sana sini. Aduh, jatuh sayang kat budak Damia ni sampai lah mak dia jemput balik sekolah pun, saya ada dengan dia. Bila bagi duit raya, saya tanya nak buat apa dengan duit raya ni? Dia jawab dengan jujur, "Mia nak simpan lah...". Aduh, menangis dalam hati dengar suara comel dia.


 Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar, pharmacy dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya Aladdin Street.com dan juga melalui website : www.wonderlandprimary.com


Dan berita baik, ada contest sempena bulan kemerdekaan! Wah, Merdeka Contest! 
Apa perlu korang perlu buat ? Senang je! 

1.Follow Instagram: @AsianicHalal 

2.Tag 5 list friend korang 

3.Repost gambar dan tag @asianichalal 

4.Yang penting, jangan private account Instagram korang! 
Mudah untuk mereka pilih pemenang bertuah. 

5.Orang terakhir yang repost dan tag bakal menjadi pemenang yang terpilih. 

 Mana tahu menang kan? 
Cepat! Cepat! Siapa cepat dia dapat! 
 So apa lagi? 
Jom “Tag , repost & Menang” ‪!!

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M) 
No.17, Jalan PJS 5/26, Taman Desaria, 
46000 Petaling Jaya , Selangor. 

Tel : +603 7782 6308 
 Fax : +603 7783 6308 

Facebook:
Asianichalal

Instagram:
@Asianichalal

You Might Also Like

1 comments

  1. Seronok kan dapat bersama adik2 ni..
    Kalau ada byk lagi program macam ni sure sis nak ikut..melihat mereka gembira..hati cukup tersentuh

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook