Drama Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat - sampaikan mesej perayaan penuh bermakna

8:57 pm



Ketupat Rendang Brownies Coklat? Macam mana juadah raya tradisional bergabung dengan kuih raya moden ni? Hah bukan nak bagi resepi ketupat mahupun rendang lagi lah bukan resepi brownies coklat. Tapi, sebenarnya nk cerita pasal drama bersiri yang akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan nanti!


Panasonic menjalinkan kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk memperkukuhkan kehadiran dan kedudukan di pasaran bagi segmen produk elektrik pengguna. Hah harapnya lepas tengok drama ni nanti semua penonton terpikat dan jatuh hati nak beli barangan elektronik Panasonic untuk penggunaan di rumah lebih-lebih lagi bulan Ramadhan dan Raya yang bakal menjelang nanti kan?

Drama Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat -- drama yang pasti menyentuh hati menghubungkan emosi dan amat sesuai untuk merapatkan hubungan seisi keluarga.


Drama bersiri Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat dibintangi oleh Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Khatijah Tan, Mior Hashim Manaf, Khayrisyah Kamal dan Habeil Lutfillah. Ceritanya, dah hampir 3 tahun Zaid (lakonan Rashidi Ishak) dan keluarga tak sambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Mestilah  Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) rindu cucu diorang ye dak? Zaid dan isterinya Elyna (Rita Rudaini) pulak tak habis habis busy hah. Bila Zaid call je cakap raya kali ni tak dapat balik beraya kat kampung, apa lagi terus Wan dan Tok Wan pergi bandar buat surprise! Eh tapi banyak lagi kejutan dalam drama ni dan kat mana rendangnya? Ketupatnya? Brownies Coklat?  Hah kena la tengok drama ni nanti.

Drama bersiri Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Khamis jam 6.00 petang dari 25 Mei hingga 15 Jun 2017. Terlepas episod? Takpe ada siaran ulangan dari 3-6 Julai 2017, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35 petang.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook