468x60

.

FILODOXIA - Ending filem pendek ini memang tak terjangka dek akal langsung!

Tuesday, May 16, 2017



Isu keselamatan jalan raya ataupun road safety ni memang tak akan pernah habis kalau kita nak bincangkan di mana mana forum sekalipun. Kempen sana sini, tetap tabiat yang sama jugak dilakukan manusia. Penat kan nak cakap isu yang sama berulang kali?

Korang kena tengok filem pendek ni yang saya jumpa dalam salah satu penyertaan PLUS MUFORS Road Reels Short Video Competition yang bertemakan “Safer Together” atau Keselamatan Bersama. Filem pendek FILODOXIA -- digarap kemas, menceritakan tentang isu keselamatan jalan raya dan diselitkan dengan mesej pendek dan mendalam tentang bahayanya penggunaan telefon bimbit. Ye la orang sekarang ni sikit-sikit kang nak buat live IG atau FB, instastories lagi, nak upload sana sini segala jenis social media yang ada. Dah ramai saya tengok kalau buat live IG tu, semasa sedang memandu. Ya Allah bahaya tahu tak?




FILODOXIA ialah sebuah filem pendek idea asal dan arahan oleh Syahiran Sukardi, yang dibintangi oleh Dhiya Aizat sebagai watak utama. Filem yang akan membawa menyelusuri kehidupan jejaka bernama Dhiya di hari pertama beliau di tempat kerja baru. Tapi tu lah, teruja sangat agaknya hari pertama bekerja semua nak record dan update. Dari happening di awal cerita hinggalah membawa kepada pengakhiran cerita yang memang tak terjangka dek akal langsung!

Undi video ini di link: www.plusmuforsroadreels.com.my




Setiap individu memiliki cita-cita untuk dikejar, yang memerlukan usaha keras daripada mereka untuk merealisasikan impian tersebut. Bayangkan jutaan nyawa yang terkorban akibat penggunaan telefon ketika memandu? Bayangkan juga jutaan impian dan cita-cita yang turut terkubur bersama mereka. Jika anda mementingkan diri dan mengunakan telefon ketika memandu, ingatlah:

ANDA BUKAN SAHAJA MEMBUNUH NYAWA, MALAH ANDA MEMBUNUH IMPIAN.

HENTIKAN PENGGUNAAN TELEFON KETIKA MEMANDU!

Jangan lupa, undi video ini di link: www.plusmuforsroadreels.com.my






0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates