Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini bersama Lifebuoy & Media Prima

3:37 am


Amalan kebersihan mestilah dikekalkan sentiasa. Demi kesihatan diri sendiri jugak kan? Cuci tangan dengan betul sebelum berbuka puasa, menghilangkan kotoran-kotoran degil dan kuman.   Maka sempena bulan Ramadan ni, jenama sabun cecair mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia iaitu Lifebuoy melancarkan kempen yang menekankan kepentingan menjaga kebersihan di kalangan warga Malaysia.


Kempen "Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini" sebenarnya ada beberapa aktiviti la untuk memupuk kesedaran dan amalan menjaga kebersihan. Kempen sebulan ni melibatkan jugak perkongsian strategik antara Rangkaian Televisyen Media Prima dan Lifebuoy.


Nanti ada iklan Lifebuoy, yang menampilkan pelakon Farid Kamil dan Muhammad Farid, anaknya. Wah Chemad pun berlakon sekarang? Mesti comel keletah dia dalam iklan Lifebuoy istimewa yang bawa mesej "Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini".

Bukan setakat iklan je! Lifebuoy akan pergi ke bandar-bandar terpilih seluruh Malaysia untuk kempen kebersihah ni. Selain tu Lifebuoy akan turut serta jugak dalam acara "Skuad Terima Kasih", "Bazar Terima Kasih" dan "Jom Masjid" yang akan diadakan di Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Dah tentunya lah banyak aktiviti menarik masa tu termasuklah demonstrasi membasuh tangan secara betul dan pengagihan lebih 3,000 pek penjagaan Lifebuoy.

Kemana sahaja kita pergi, setiap hari amalan kebersihan memang sangat penting untuk mencegah jangkitan kuman lagi-lagi bila kita kat tempat ramai orang, waktu tengah shopping raya ke kan? Penuh sesak mana mana shopping mall tu kuman bertebaran. Pergh bila ke Bazar Ramadhan apatah lagi. Bila kita jaga kebersihan, kesihatan pun terjaga untuk memenuhi kewajipan sepanjang Ramadan dan persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Kesihatan kita, di tangan kita. Rangkaian produk Lifebuoy mengandungi rumusan perlindungan kuman yang mampu membasmi 99.9% kuman. Ada cecair sabun mandian badan, sabun tangan, sanitizer, dan sabun buku memang wajib Lifebuoy ni jadi satu keperluan harian. Kalau saya pun kemana mana mesti tergantung sanitizer di bag. Penting untuk cuci tangan sentiasa. 


Selain tu, Lifebuoy menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons jugak untuk kempen ni, dengan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadhan ni. Untuk setiap pembelian sebanyak RM15 di mana-mana cawangan Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu. Bukan tu je!! Korang boleh menang hadiah daripada Habib Jewels jugak melalui peraduan Lifebuoy di seluruh negara. 

Bapa borek anak rintik. Amalan yang patut diamalkan dari anak anak masih kecil, dan jom kita sucikan diri dan hati bersama keluarga dan Lifebuoy di bulan Ramadhan ini.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook