Restoran Nelayan Gombak - Bufet Ramadhan dengan harga murah!

11:42 pm


Restoran Nelayan Gombak -- dahulunya dikenali sebagai Restoran Nelayan Titiwangsa yang cukup popular dan dikenali sebagai restoran terapung di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur sejak tahun 80an. Tapi, sejak tahun 2012, restoran ini dah berpindah ke Jalan Gombak Utara atas sebab-sebab tertentu. 




Kini pengurusan restoran ini diambil alih oleh syarikat baru iaitu Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd. Sejak mengambil alih, pihak Q'Sha banyak melakukan pembaharuan dari segi produk dan fasiliti dalam restoran.

Apa yang saya lihat waktu pertama kali datang ke sini, restoran ni memang cukup besar! Kalau dari luar tengok wahhh macam gudang la besarnya! Kat sini ada Dewan tau? Cukup besar untuk buat majlis perkahwinan, graduasi, atau apa saja event dan function. Dewan ini berkapasiti 600 tempat duduk dan untuk majlis perkahwinan boleh menampung sehingga 1000 orang hingga ke 1500 orang.



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Restoran Nelayan Gombak ada buat promosi Buffet Ramadhan 2017. Menyediakan sajian yang sangat istimewa dan lebih banyak pilihan untuk para pelanggan yang datang. 

Antara menu yang disajikan ialah steamboat dan grill yang memang tumpuan utama para pelanggan yang datang. Ye lah, jarang Buffet Ramadhan ada steamboat & grill ni ye dak? Antara menu grilk yang ada ialah kambing, ayam, daging, dengan 4 jenis perapan istimewa dan signature kuah dan sos special. 



Untuk menu masakan kampung pula ada lebih 15 jenis menu dan juga pilihan kerabu dan ulaman tradisional disediakan.Yang bestnya kat sini ada live cook demo menu khas iaitu Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak dan rempah yang digunakan adalah rempah asli dan berkualiti bernama Rempah Tanjung. 

Jujurnya dua masakan ni memang menjadi favourite dishes saya malam tu! Bertambah-tambah la jugak Gulai Daging Kawah Tanjung tu makan dengan roti jala (sebab saya tak makan nasi).



Hah sebut pasal roti jala, kat sini ada Roti Jala Magic. Kenapa magic? Sebab diperbuat daripada Magic Floor atau Tepung Serbaguna Magic. Tekstur terlalu lembut dan wangi. Dari jauh da boleh bau wangi roti jala hah. Juga berkonsepkan live cook, sedap makan roti jala panas-panas chef masak. Menariknya, Roti Jala Magic dibuat warna warni pulak tu!


Ada juga Noodle Selection berkonsepkan gerai, yang menyediakan Nyonya Kari Laksa dan pelbagai pilihan mee, meehoon, dan kuey teow. Untuk Soup Selection pula ada Sup Kaki Ayam dan Sup Sayur. 



Lagi satu faveret saya ialah Gerai Snack Selection! Buah kurma yang disediakan sangat lembut dan sedap lupa tanya owner tu kurma dari mana haha! Selain kurma, ada kek, keropok, rojak buah, bubur, buah-buahan dan pelbagau jenis kuih muih melayu. Paling sedap kek coklat dan kuih muih. Ya ampun punya lah gebu dan lembut gila kek dan kuih bakar tu. Taste from Heaven rasanya bila masuk ke mulut.


Untuk minuman, selain air kordial ada juga cendol dan teh tarik istimewa! Saya suka teh tarik kat sini sebab tak terlalu manis dan kaw. Ada juga seleksi aiskrim buatan lokal disediakan. Oh ye, ada juga produk baru untuk menu add on iaitu Air Mojitos Sparkling dan Love Passion Sour Soup tapi yang ini kena bayar berasingan la ya! 


Bayangkan semua menu diatas hanya RM49.90 sahaja untuk dewasa? Untuk kanak-kanak antara 5 hingga 11 tahun serta warga emas berumur 61 tahun keatas pula dapat diskaun 50%! Kanak kanak berumur 4 tahun pula PERCUMA. 

Bagi untuk group package pula ada pakej RM25/pax, RM30/pax dan RM35/pax dengan minima order untuk 50 pax dan bergantung kepada jenis menu. Harga ini termasuk dengan pengangkutan, kelengkapan katering dan pelayan jika nak buat majlis berbuka puasa di luar seperti di rumah, pejabat, dewan, rumah anak yatim dan sebagainya.

Menariknya di Restoran Nelayan Gombak ini, terdapat surau untuk solat dan juga ruang dewan untuk solat terawih yang boleh menampung sehingga 200 orang. Setiap hari ada Imam Muda yang akan mengimamkan solat terawih di sini. Bukan sahaja untuk para pelanggan, tapi terbuka juga untuk penduduk di kawasan sekitar restoran ini.



Lagi satu uniknya Restoran Nelayan Gombak ni, mereka sediakan satu ruang khas untuk usahawan-usahawan IKS dan PKS menjual produk-produk mereka untuk pelanggan yang datang. 

Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak Utara,
Kuala Lumpur.
(berdekatan dengan BMI UniKL dan UIA Gombak)

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh call atau whatsapp:

03 6185 8400
013 223 7228
013 296 7228
019 293 1397





You Might Also Like

1 comments

  1. Rasa Gulai Kawah Tanjung ni berbeza dengan rasa Gulai Kawah daripada Kelantan...Kiranya memang kena benarlah dengan tekak Sally...tak kisah la daripada mana asalnya rempah dia..hahahaha...Rasanya mmg rempah memainkan peranan yang penting kan?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook